Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 3 >> 

1Mazmur Daud ketika dia melarikan diri daripada anaknya Absalom. Ya TUHAN, betapa ramainya musuhku! Betapa ramai yang bangkit melawanku!

2Ramai yang berkata tentangku, “Allah tidak akan menyelamatkannya.” Sela

3Tetapi Engkau ialah perisai yang melindungiku, ya TUHAN; Engkau mengurniakan kemuliaan dan mengangkat kepalaku.

4Kepada TUHAN aku berseru lantang, dan Dia menyahut seruanku dari bukit suci-Nya. Sela

5Aku baring dan tidur; aku terjaga semula, kerana TUHAN memeliharaku.

6Aku tidak akan takut kepada puluhan ribu yang bersiap sedia melawanku dari setiap pihak.

7Bangkitlah, ya TUHAN! Selamatkanlah aku, Ya Allahku! Palulah semua musuhku di tulang rahang mereka; patahkanlah gigi orang zalim.

8Daripada TUHAN datang penyelamatan. Semoga Engkau memberkati umat-Mu. Sela


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel