1Nyanyian. Mazmur puak Korah. Maha Besar TUHAN, segala puji bagi-Nya, di kota Allah kita, di bukit suci-Nya.
2Indah dalam ketinggiannya, kegembiraan seluruh bumi. Bukit Sion di bahagian utara Zafon, kota Raja yang Agung.
3Allah berada di istana kota ini; Dia telah menunjukkan diri-Nya sebagai Pelindung.
4Lihatlah, raja-raja telah berhimpun, mereka lalu bersama-sama,
5mereka melihatnya lalu berasa takjub; mereka cemas dan segera pergi.
6Mereka dicengkam ketakutan di situ, dan kesakitan seperti perempuan hendak bersalin.
7Seperti waktu Engkau memecahkan kapal-kapal Tarsis dengan angin ribut dari timur.
8Sebagaimana yang kami dengar, begitulah yang kami lihat di kota TUHAN Yang Maha Kuasa, di kota Allah kita: Allah akan memeliharanya untuk selama-lamanya. Sela
9Kami telah memikirkan, ya Allah, kasih setia-Mu, di dalam rumah suci-Mu.
10Menurut nama-Mu, ya Allah, demikianlah Engkau dipuji di serata bumi; tangan kanan-Mu penuh keadilan.
11Bergembiralah wahai Bukit Sion, bersukacitalah anak-anak perempuan Yehuda kerana penghakiman-Mu yang adil.
12Berjalanlah serata Sion, bersiar kelilingnya, hitung menara-menaranya,
13perhatikan kubu-kubunya, tatap istana-istananya, untuk diceritakan kepada anak cucu kelak.
14Kerana demikianlah Allah, Allah kita untuk selama-lamanya; Dia akan memimpin kita hingga ke akhir hayat.