Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 56 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu “Merpati Sepi di Tanah Jauh.” Mazmur Daud, pada masa orang Filistin menangkapnya di Gat. Kasihanilah aku, ya Allah, kerana orang hendak membinasakan aku; sepanjang hari mereka menyerang dan menindasku.

2Musuhku memburu aku sepanjang hari; ramai orang menentangku.

3Apabila aku berasa takut, aku berharap kepada-Mu.

4Kepada Allah, aku memuji firman-Nya, kepada Allah, aku meletakkan kepercayaanku; aku tidak akan gentar. Apakah yang dapat dilakukan oleh manusia kepadaku?

5Sepanjang hari mereka memesongkan kata-kataku; seluruh fikiran mereka penuh kejahatan menentangku.

6Mereka berhimpun, mereka bersembunyi, memerhatikan jejak langkahku, lalu menghendap untuk meragut nyawaku.

7Mereka tidak patut dibiarkan berleluasa melakukan kejahatan; binasakanlah mereka dalam kemurkaan-Mu, ya Allah.

8Engkau memerhati setiap gerak-geriku; Engkau mengambil kira setiap titis air mataku – tidakkah mereka itu tercatat dalam buku-Mu?

9Apabila aku berseru kepada-Mu musuhku akan berundur. Ini aku tahu, kerana Allah memihak kepadaku.

10Kepada Allah, aku memuji firman-Nya, kepada TUHAN, aku memuji firman TUHAN –

11kepada Allah kuletakkan kepercayaanku; aku tidak akan gentar. Apakah yang dapat dilakukan oleh manusia kepadaku?

12Aku akan menunaikan segala janjiku kepada-Mu, ya Allah; aku akan bersyukur memuji-Mu.

13Kerana Engkau telah menyelamatkan aku daripada maut dan mengelakkan kakiku daripada tergelincir, supaya aku dapat melangkah di hadapan Allah dalam cahaya orang yang hidup.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 56 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel