Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 64 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Mazmur Daud. Dengarlah suaraku, ya Allah, dalam renunganku; peliharakan nyawaku daripada ancaman ngeri musuh.

2Lindungi aku daripada pakatan rahsia orang zalim, daripada pemberontakan mereka yang melakukan kejahatan.

3Mereka menajamkan lidah mereka seperti pedang dan melengkungkan busur memanahkan kata-kata pahit.

4Jangan biarkan mereka memanah dengan rahsia orang yang tidak bersalah; mereka memanahnya mendadak tanpa takut.

5Mereka saling menggalakkan ke arah kejahatan, mereka berbincang hendak memasang jerat dalam rahsia; kata mereka, “Siapa yang akan melihat mereka?”

6Mereka merancang pelbagai kejahatan, “Kami telah menyiapkan muslihat licik!” Fikiran dan hati manusia memang sukar diselami.

7Tetapi Allah akan melepaskan anak panah-Nya kepada mereka; tiba-tiba mereka akan luka.

8Dia akan membinasakan mereka dengan kata-kata mereka sendiri; semua yang melihat mereka menggeleng kepala.

9Semua manusia akan ketakutan; dan akan mengisytiharkan perbuatan Allah kerana dengan bijaksana mereka akan merenung tindakan-Nya.

10Orang yang benar akan bersukacita kerana TUHAN dan berlindung kepada-Nya; dan semua yang tulus hati akan memuliakan-Nya!


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 64 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel