Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 74 >> 

1Renungan Asaf. Ya Allah, mengapakah Engkau menyingkirkan kami untuk selama-lamanya? Mengapakah kemurkaan-Mu berasap terhadap domba di padang-Mu?

2Ingatlah jemaah-Mu yang telah Kaubeli dahulu, suku warisan-Mu, yang telah Kautebus – Bukit Sion ini, yang telah Kaudiami.

3Angkatlah kaki-Mu kepada malapetaka yang berterusan, musuh telah merosakkan segala-galanya di tempat suci.

4Musuh-Mu mengganas di tempat perhimpunan-Mu; mereka mengibarkan panji-panji sebagai tanda.

5Mereka kelihatan seperti orang yang mengangkat kapak di celah pohon-pohon redang.

6Dan sekarang mereka meruntuhkan ukirannya dengan kapak dan tukul.

7Mereka telah membakar tempat suci-Mu; mereka telah mencemarkan tempat kediaman nama-Mu ke bumi.

8Mereka berkata dalam hati, “Mari kita musnahkan semuanya!” Mereka telah membakar semua tempat perhimpunan Allah di tanah ini.

9Kami tidak melihat tanda-tanda kami; tidak ada lagi nabi, dan tiada siapa antara kami yang tahu berapa lama.

10Ya Allah, berapa lamakah seteru akan mencela? Adakah musuh akan mengkufuri nama-Mu selama-lamanya?

11Mengapakah Engkau menarik balik tangan-Mu, ya, tangan kanan-Mu? Keluarkanlah tangan-Mu dari dada-Mu dan musnahkan mereka!

12Kerana Allah ialah Rajaku dari dahulu; menjalankan penyelamatan di tengah-tengah bumi.

13Engkau telah membelah laut dengan kekuatan-Mu; Engkau telah meremukkan kepala ular-ular laut di perairan.

14Engkau telah meremukkan kepala-kepala Lewiatan dan memberikan sebagai makanan kepada orang yang tinggal di gurun.

15Engkau telah membukakan pancuran dan banjir; Engkau telah mengeringkan sungai-sungai besar.

16Siang milik-Mu, malam juga milik-Mu; Engkau telah menyediakan cahaya dan matahari.

17Engkau telah meletakkan semua sempadan bumi; Engkau telah menjadikan musim panas dan musim dingin.

18Ingatlah ini, bahawa musuh telah mencela, ya TUHAN, dan kaum yang bodoh telah mengkufuri nama-Mu.

19Janganlah serahkan nyawa merpati-Mu kepada binatang ganas; janganlah lupakan kehidupan makhluk-Mu yang miskin selama-lamanya.

20Fikirkanlah perjanjian, kerana tempat-tempat gelap di bumi penuh dengan sarang kekejaman.

21Janganlah biarkan orang yang tertindas pulang menanggung malu; biarlah orang yang miskin dan sesak memuji nama-Mu.

22Bangkitlah, ya Allah, tegakkanlah perjuangan-Mu sendiri; ingatlah betapa orang bodoh mencela-Mu setiap hari.

23Janganlah lupakan suara musuh-Mu, hiruk-pikuk mereka, yang bangkit menentang-Mu semakin bertambah.



Studi Alkitab dengan AI: Chat dengan Alkitab GPT.

Studi lengkap, silahkan lihat: Alkitab SABDA.
Dengar dan baca Alkitab Karaoke, silahkan kunjungi: Alkitab Karaoke.
Rencana Multimedia Baca Alkitab: BaDeNo.

 <<  Mazmur 74 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Keesaan
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Alkitab GPT
Bantuan
Dual Panel Dual Panel