Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 90 >> 

Jilid IV: 90 – 106

1Doa Musa, pengikut Allah. Tuhan, Engkaulah tempat kami menetap turun-temurun.

2Sebelum gunung-ganang diwujudkan atau Engkau membentuk bumi dan dunia, dari selama-lamanya hingga selama-lamanya, Engkau ialah Allah.

3Engkau memalingkan manusia terhadap pemusnahan, dan berkata, “Pulanglah, hai anak-anak manusia.”

4Kerana seribu tahun pada pandangan-Mu ialah seperti satu hari yang berlalu, dan seperti sebahagian malam.

5Engkau membawa mereka pergi seperti banjir, mereka seperti tidur; pada waktu pagi mereka seperti rumput yang tumbuh –

6pada waktu pagi ia subur dan tumbuh, pada waktu petang ia ditebas dan layu.

7Kerana kami telah dibakar oleh kemarahan-Mu dan kami ketakutan kerana kemurkaan-Mu.

8Engkau telah membentangkan dosa kami di hadapan-Mu, segala kesalahan rahsia kami dalam pancaran sinar wajah-Mu.

9Hari demi hari kami lalui dalam kemurkaan-Mu; tahun demi tahun kami akhiri dengan keluhan.

10Hidup kami hanyalah tujuh puluh tahun – dan jika kerana kekuatan usia kami mencapai lapan puluh tahun; tiada kemegahannya kecuali penat lelah dan sedih pilu, kerana sebentar sahaja nyawa pun diragut lalu kami melayang pergi.

11Siapa yang tahu akan kuasa kemarahan-Mu? Kerana seperti ketakutan kepada-Mu, demikianlah kemurkaan-Mu.

12Oleh itu, ajarlah kami menghitung hari kehidupan kami, supaya hati kami bijaksana.

13Kembalilah, ya TUHAN! Berapa lama? Berikanlah belas kasih kepada hamba-Mu.

14Segera limpahkan kasih setia-Mu kepada kami, supaya kami bergembira dan bersukacita seumur hidup.

15Biarlah kami bersukacita sama panjangnya dengan masa kami Kauazabkan, tahun-tahun kami menemui kedurjanaan.

16Biarlah perbuatan-Mu dilihat oleh hamba-hamba-Mu, dan kemuliaan-Mu oleh anak-anak mereka.

17Dan biarlah berkat Tuhan, Allah kami, turun ke atas kami; dan meneguhkan kerja tangan kami – ya, meneguhkan kerja tangan kita.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 90 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel