Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Nehemia 7 >> 

Pengawalan demi melindungi Yerusalem

1Setelah tembok dibina semula dan pintu-pintunya kupasang, ditetapkanlah tugas para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, dan bani Lewi.

2Aku menugaskan Hanani, saudaraku, untuk mengawasi Yerusalem, bersama-sama Hananya, panglima puri. Hanani seorang takut kepada Allah yang boleh dipercayai melebihi ramai orang lain.

3Kataku kepada mereka, “Jangan dibuka pintu-pintu gerbang Yerusalem sebelum matahari panas dan sewaktu para pengawal, pintu-pintu itu sedang bertugas arahkan mereka menutup dan memalang kesemua pintu. Tempatkanlah para penjaga daripada kalangan penduduk Yerusalem di tempat penjagaan masing-masing dan di depan rumah masing-masing.”

Daftar orang yang kembali daripada pembuangan

4Kota raya Yerusalem luas dan besar, tetapi penduduknya sedikit dan rumah-rumah pun belum dibina semula.

5Kemudian Allahku menaruh rancangan dalam hatiku untuk mengumpulkan bangsawan, pemimpin, dan rakyat supaya mereka didaftarkan menurut salasilah masing-masing. Sementara itu kutemukan daftar salasilah kalangan yang lebih dahulu pulang. Di dalamnya kudapati tertulis demikian:

6Inilah warga wilayah Yehuda yang pulang dari tempat penawanan, iaitu warga yang dahulunya dibuang oleh Nebukadnezar, raja Babel. Mereka kembali ke Yerusalem serta ke Tanah Yehuda, ke kota masing-masing.

7Mereka datang bersama-sama Zerubabel, Yesua, Nehemia, Azarya, Raamya, Nahamani, Mordekhai, Bilsan, Misperet, Bigwai, Nehum, dan Baana. Bilangan warga Israel itu ialah:

8bani Paros, 2,172 orang;

9bani Sefaca, 372 orang;

10bani Arah, 652 orang;

11bani Pahat-Moab, daripada keturunan Yesua dan Yoab, 2,818 orang;

12bani Elam, 1,254 orang;

13bani Zatu, 845 orang;

14bani Zakai, 760 orang;

15bani Binui, 648 orang;

16bani Bebai, 628 orang;

17bani Azgad, 2,322 orang;

18bani Adonikam, 667 orang;

19bani Bigwai, 2,067 orang;

20bani Adin, 655 orang;

21bani Ater, daripada Hizkia, 98 orang;

22bani Hasum, 328 orang;

23bani Bezai, 324 orang;

24bani Harif, 112 orang;

25bani Gibeon, 95 orang;

26orang Betlehem dan Netofa, 188 orang;

27orang Anatot, 128 orang;

28orang Bet-Azmawet, 42 orang;

29orang Kiryat-Yearim, Kefira, dan Beerot, 743 orang;

30orang Rama dan Geba, 621 orang;

31orang Mikhmas, 122 orang;

32orang Betel dan Ai, 123 orang;

33orang Nebo yang lain, 52 orang;

34bani Elam yang lain, 1,254 orang;

35bani Harim, 320 orang;

36orang Yerikho, 345 orang;

37orang Lod, Hadid, dan Ono, 721 orang;

38bani Senaa, 3,930 orang.

39Para imam: bani Yedaya, daripada keturunan kaum Yesua, 973 orang;

40bani Imer, 1,052 orang;

41bani Pasyhur, 1,247 orang;

42bani Harim, 1,017 orang.

43Para bani Lewi: bani Yesua dan Kadmiel, daripada keturunan Hodewa, 74 orang.

44Para penyanyi: bani Asaf, 148 orang.

45Para penjaga pintu gerbang: bani Salum, bani Ater, bani Talmon, bani Akub, bani Hatita, dan bani Sobai, 138 orang.

46Hamba Bait Allah: bani Ziha, bani Hasufa, bani Tabaot,

47bani Keros, bani Sia, bani Padon,

48bani Lebana, bani Hagaba, bani Salmai,

49bani Hanan, bani Gidel, bani Gahar,

50bani Reaya, bani Rezin, bani Nekoda,

51bani Gazam, bani Uza, bani Paseah,

52bani Besai, bani Meunim, bani Nefusim,

53bani Bakbuk, bani Hakufa, bani Harhur,

54bani Bazlit, bani Mehida, bani Harsa,

55bani Barkos, bani Sisera, bani Temah,

56bani Neziah, dan bani Hatifa.

57Keturunan hamba Salomo: bani Sotai, bani Soferet, bani Perida,

58bani Yaala, bani Darkon, bani Gidel,

59bani Sefaca, bani Hatil, bani Pokheret-Hazebaim, dan bani Amon.

60Jumlah seluruh hamba Bait Allah dan keturunan hamba Salomo ialah 392 orang.

61Orang yang berikut datang dari Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adon, dan Imer, tetapi mereka tidak dapat menunjukkan bahawa kaum keluarga dan zuriat mereka keturunan daripada bangsa Israel:

62bani Delaya, bani Tobia, bani Nekoda, 642 orang.

63Daripada keturunan imam: bani Habaya, bani Hakos, dan bani Barzilai (orang ini memperisteri seorang anak perempuan Barzilai, orang Gilead itu, lalu ia dinamai menurut nama keluarga itu).

64Mereka ini mencari catatan nama mereka dalam daftar salasilah tetapi tidak menemukannya. Oleh sebab itu mereka dinyatakan cemar untuk menyertai jawatan imam.

65Pembesar memerintahkan mereka supaya jangan makan daripada persembahan teramat suci sampai ada imam yang memegang Urim dan Tumim.

66Jadi, jumlah seluruh jemaah itu ialah 42,360 orang,

67belum termasuk hamba mereka baik lelaki mahupun perempuan yang berjumlah 7,337 orang. Mereka mempunyai 245 penyanyi lelaki dan perempuan.

68Kuda mereka berjumlah 736 ekor, baghal mereka 245 ekor,

69unta mereka 435 ekor, dan keldai mereka 6,720 ekor.

70Beberapa ketua kaum keluarga memberikan sumbangan untuk pekerjaan itu, sedangkan pembesar menyumbang untuk perbendaharaan sebanyak 1,000 dirham emas, 50 buah bokor, dan 530 helai tunik imam.

71Beberapa orang ketua kaum keluarga menyumbang untuk perbendaharaan pekerjaan itu sebanyak 20,000 dirham emas dan 2,200 mina perak.

72Sementara yang disumbangkan rakyat selebihnya ialah 20,000 dirham emas, 2,000 mina perak, dan 67 helai tunik imam.

73Imam, bani Lewi, penjaga pintu gerbang, penyanyi, sebahagian daripada rakyat, hamba Bait Allah, dan seluruh orang Israel menetap di kota-kota mereka.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Nehemia 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel