Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Pengkhotbah 7 >> 

Bezanya hikmah daripada kebodohan

1Nama yang baik lebih baik daripada ubat salap yang berharga, dan hari kematian lebih baik daripada hari kelahiran.

2Pergi ke rumah orang berkabung lebih baik daripada pergi ke rumah orang berpesta kerana kesudahan setiap insan memang di rumah orang berkabung. Semoga setiap insan yang hidup memperingati hal ini.

3Berdukacita lebih baik daripada tertawa kerana hati akan lega oleh wajah yang muram.

4Hati orang yang bijaksana berada di tempat perkabungan tetapi hati orang bodoh di tempat bersuka ria.

5Mendengar celaan orang yang bijaksana lebih baik daripada mendengar dendangan orang bodoh.

6Kerana sebagaimana bunyi duri terbakar di bawah periuk, begitulah ketawa orang bodoh. Ini pun kesia-siaan.

7Lantaran penindasan orang bijaksana naik gila, dan wang sogokan merosakkan hati.

8Kesudahan sesuatu lebih baik daripada permulaannya. Jiwa yang sabar lebih baik daripada jiwa yang bongkak.

9Jangan hatimu cepat marah kerana amarah mendongkol dalam dada orang bodoh.

10Jangan berkata: “Mengapa zaman dahulu lebih baik daripada zaman sekarang?” Sebabnya bukan atas hikmahmu kamu melontarkan hal itu.

11Hikmah memang baik apabila segandingan dengan warisan dan itu suatu kelebihan bagi orang yang masih melihat matahari.

12Maka melindungi hikmah juga seperti melindungi wang, dan kelebihan hikmah ialah ia memelihara kehidupan para pemiliknya.

13Perhatikanlah pekerjaan Allah! Siapalah yang mampu meluruskan apa yang telah Allah bengkokkan?

14Bergembiralah pada hari kamu makmur, tetapi pada hari kamu susah ingatlah bahawa betapa hari kamu susah pun dijadikan Allah seperti hari kamu makmur, agar manusia tidak memahami apa yang bakal terjadi pada kemudian hari.

15Dalam hidupku yang sia-sia ini telah kulihat segala hal: ada orang warak yang binasa dalam kewarakannya , ada orang fasiq yang hidup panjang umur meskipun hidupnya dalam kejahatan.

16Janganlah terlalu salih dan janganlah menjadikan dirimu terlampau bijak. Mengapa perlu kamu musnahkan diri sendiri?

17Janganlah terlalu fasiq dan jangan menjadi orang bodoh! Mengapa perlu kamu mati sebelum tiba ajalmu?

18Baik jika kamu berpegang kepada satu nasihat ini dan tidak melepaskan yang satu lagi kerana yang takut kepada Allah akan maju daripada kedua-duanya.

19Hikmah memberikan kekuatan kepada orang bijaksana lebih banyak daripada sepuluh orang penguasa di dalam kota.

20Sesungguhnya, di bumi ini tiada orang benar yang sentiasa berbuat baik dan tidak pernah berdosa.

21Juga janganlah terlalu mempedulikan apa yang dikatakan orang supaya kamu tidak mendengar hambamu mengutuk kamu.

22Sebabnya hatimu pun tahu betapa kamu juga kerap mengutuk orang lain.

23Kesemuanya ini pernah kuuji dengan hikmah. Kataku: “Aku akan menjadi bijaksana,” tetapi tahap itu jauh daripadaku.

24Maka, siapakah yang dapat mencapai tahap yang sangat jauh dan sangat dalam itu?

25Lalu aku berusaha untuk memahami, menyelidiki, dan mencari hikmah dan kesimpulan, serta untuk memahami betapa bodohnya kejahatan dan gilanya kebebalan.

26Dan aku mendapati bahawa yang lebih pahit daripada maut ialah perempuan yang hatinya bak perangkap dan jala serta tangannya seperti belenggu. Orang yang baik di mata Allah terhindar daripadanya, tetapi orang yang berdosa akan terjebak olehnya.

27Lihatlah iktibar yang kudapati, kata Pengkhutbah yang mempertimbangkan satu perkara dengan yang lain demi mencari kesimpulan,

28yang masih kucari namun belum menemuinya. Kutemui seorang lelaki antara seribu, tetapi tidak kutemui seorang pun perempuan antara mereka.

29Lihatlah, yang hanya kudapati ialah bahawa Allah menjadikan manusia jujur, tetapi manusia sendiri yang banyak rancangan jahatnya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Pengkhotbah 7 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel