Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Ulangan 20 >> 

Peraturan tentang peperangan

1Apabila engkau keluar berperang melawan musuh-musuhmu lalu melihat segala kuda dan rata, iaitu pasukan yang lebih besar daripada kamu, jangan takut kepada mereka kerana TUHAN, Allahmu, yang telah menuntun kamu keluar dari Tanah Mesir, menyertai kamu.

2Pada waktu kamu semakin menghampiri peperangan itu, hendaklah seorang imam maju ke hadapan dan berbicara kepada umat yakni pasukannya.

3Hendaklah dia berkata kepada mereka, ‘Dengarlah, wahai orang Israel! Pada hari ini kamu akan menghadapi peperangan melawan musuh-musuhmu. Jangan tawar hati, jangan takut, jangan gentar, dan jangan cemas kerana mereka

4sebab TUHAN, Allahmu, hadir menyertai kamu untuk berperang bagimu melawan musuh-musuhmu, dan memberimu kemenangan.’

5Kemudian hendaklah para pegawai yang memimpin pasukan berkata demikian kepada pasukan itu, ‘Siapakah yang baru selesai membina rumah tetapi belum mengadakan kesyukuran ke atasnya? Biarlah dia pulang ke rumahnya, supaya jangan dia mati dalam peperangan lalu orang lain yang mengadakan kesyukuran ke atas rumahnya.

6Siapakah yang baru menanami kebun anggur tetapi belum menikmati hasilnya? Biarlah dia pulang ke rumahnya, supaya jangan dia mati dalam peperangan lalu orang lain yang menikmati hasil kebunnya.

7Siapakah yang telah bertunangan dengan seorang perempuan tetapi belum memperisterinya? Biarlah dia pulang ke rumahnya, supaya jangan dia mati dalam peperangan lalu orang lain yang memperisteri tunangannya.’

8Selanjutnya hendaklah para pegawai yang memimpin pasukan berbicara lagi kepada pasukan itu demikian, ‘Siapakah yang takut dan tawar hati? Biarlah dia pulang ke rumahnya, supaya jangan hati para saudaranya turut menjadi tawar seperti hatinya.’

9Setelah para pegawai yang memimpin pasukan selesai berbicara kepada pasukan itu, lantiklah para panglima perang untuk mengepalai pasukan.

10Apabila kamu menghampiri sebuah kota untuk memeranginya, tawarkanlah perdamaian kepadanya.

11Jika kota itu memberikan sambutan terhadap seruan damaimu dan membuka pintu gerbangnya untukmu, maka semua orang yang ada di situ akan menjadi buruh paksa dan berkhidmat untukmu.

12Sebaliknya, jika kota itu tidak mahu berdamai denganmu malah berperang melawan kamu, maka hendaklah kamu mengepungnya.

13Ketika TUHAN, Allahmu, menyerahkannya ke dalam tanganmu, tewaskanlah semua lelakinya dengan mata pedang.

14Akan tetapi para perempuan, anak-anak, ternakan, dan segala yang ada di dalam kota itu, iaitu seluruh jarahan, boleh kaurampas untuk dirimu. Engkau boleh menikmati jarahan daripada musuh-musuhmu, yang diserahkan TUHAN, Allahmu, kepadamu.

15Begitulah yang harus kamu lakukan kepada semua kota yang letaknya sangat jauh daripadamu, yang tidak termasuk kota-kota bangsa-bangsa di sini.

16Akan tetapi, daripada kota-kota bangsa-bangsa itu yang telah dikurniakan TUHAN, Allahmu, kepadamu sebagai harta pusaka, jangan biarkan hidup apa-apa pun yang bernafas.

17Punahkanlah sama sekali bani Het, bani Amori, bani Kanaan, bani Feris, bani Hewi, dan bani Yebus, seperti yang diperintahkan TUHAN, Allahmu, kepadamu.

18Maksudnya ialah supaya mereka kelak tidak mengajar kamu membuat segala hal keji yang dilakukan mereka bagi tuhan mereka sehingga kamu berdosa terhadap TUHAN, Allahmu.

19Apabila engkau mengepung sesebuah kota selama beberapa hari dan kemudian memeranginya untuk merebutnya, jangan kaurosakkan pokok-pokok dengan kapak. Makanlah buahnya, tetapi jangan tebang pokok-pokok itu. Pokok-pokok di ladang bukan manusia sehingga semuanya harus turut kaukepung!

20Tetapi pokok yang kauketahui bukan pokok yang dapat dimakan buahnya boleh kaurosakkan dan kautebang untuk mendirikan pagar pengepungan terhadap kota yang berperang melawanmu, sampai tertakluknya kota itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Ulangan 20 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel