Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yehezkiel 18 >> 

Setiap manusia bertanggungjawab ke atas dirinya

1Datanglah firman TUHAN kepadaku demikian,

2‘Apakah maksud kamu mengucapkan pepatah ini di Tanah Israel: “Ayah makan buah anggur mentah dan gigi anak-anaknya yang berasa ngilu”?

3Demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, kamu tidak akan mengucapkan pepatah itu lagi di Israel.

4Sesungguhnya, semua jiwa ialah milik-Ku! Jiwa ayah ataupun jiwa anak ialah milik-Ku. Hanya jiwa yang berdosalah yang harus mati.

5Seandainya ada seorang yang benar yang menegakkan apa yang adil dan benar.

6Dia tidak makan daging korban di atas gunung-gunung dan tidak memuja berhala-berhala keturunan kaum Israel. Dia tidak menodai isteri jirannya dan tidak menghampiri perempuan yang sedang datang haid.

7Dia tidak menindas orang, tetapi mengembalikan gadaian orang yang berhutang. Dia tidak merampas harta orang, tetapi memberikan makanan kepada orang yang lapar dan mengenakan pakaian kepada orang yang telanjang.

8Dia tidak memberikan pinjaman dengan menuntut bunga dan tidak mengambil riba. Dia menahan tangannya daripada kezaliman dan menjalankan hukum yang benar antara manusia dengan manusia.

9Dia hidup menurut ketetapan-ketetapan-Ku dan berpegang teguh pada peraturan-peraturan-Ku dengan setia. Dialah orang benar. Dia pasti hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH.

10Tetapi seandainya orang itu dikurniai seorang anak lelaki, yang kemudian menjadi penyamun, penumpah darah, dan melakukan salah satu hal itu

11meskipun ayahnya tidak melakukan segala hal itu: Dia makan daging korban di atas gunung-gunung dan menodai isteri jirannya.

12Dia menindas orang miskin dan orang melarat, merampas harta orang dan tidak mengembalikan gadaian. Dia memuja berhala-berhala dan melakukan kekejian,

13memberikan pinjaman dengan menuntut bunga dan mengambil riba. Adakah dia akan tetap hidup? Tidak, kerana dia telah melakukan segala kekejian itu. Oleh sebab itu dia harus mati dan darahnya tertanggung atas dirinya sendiri.

14Tetapi seandainya dia dikurniai anak lelaki dan anak ini melihat segala dosa yang dilakukan ayahnya lalu menyedari hal itu dan tidak berbuat demikian:

15Dia tidak makan daging korban di atas gunung-gunung dan tidak memuja berhala-berhala keturunan kaum Israel. Dia tidak menodai isteri jirannya

16dan tidak menindas orang. Dia tidak mengambil gadaian dan tidak merampas harta orang, tetapi memberikan makanan kepada orang yang lapar dan mengenakan pakaian kepada orang yang telanjang.

17Dia menahan tangannya untuk tidak menganiaya orang miskin dan tidak mengambil wang bunga atau riba. Dia melakukan peraturan-peraturan-Ku dan hidup menurut ketetapan-ketetapan-Ku. Dia tidak akan mati kerana kesalahan ayahnya, melainkan pasti hidup.

18Tetapi ayahnya yang melakukan pemerasan, merampas harta jirannya, dan melakukan hal yang tidak baik di tengah-tengah bangsanya, sungguh, dia akan mati dalam kesalahannya.

19Namun begitu, kamu berkata, “Mengapakah anak itu tidak menanggung kesalahan ayahnya?” Kerana anak itu menegakkan yang adil dan benar serta berpegang teguh pada segala ketetapan-Ku dan melakukannya, maka dia pasti hidup.

20Jiwa yang berdosa itulah yang harus mati. Anak tidak akan menanggung kesalahan ayah, dan si ayah tidak akan menanggung kesalahan si anak. Perbenaran orang benar tetap pada diri sendiri, dan kefasiqan orang fasiq tetap pada diri sendiri.

21Tetapi seandainya orang fasiq bertaubat daripada segala dosa yang dilakukannya lalu berpegang teguh pada segala ketetapan-Ku dan menegakkan apa yang adil serta yang benar, dia pasti hidup. Dia tidak akan mati.

22Segala pelanggaran yang dilakukannya tidak akan diingat lagi. Dia akan hidup kerana melakukan yang benar.

23Adakah Aku menyukai kematian orang fasiq? demikianlah firman Tuhan ALLAH. Bukankah Aku lebih suka dia bertaubat daripada perilakunya supaya dia hidup?

24Kalau orang benar berbalik daripada perbenarannya sehingga dia melakukan kezaliman dan bertindak menurut segala kekejian yang dilakukan orang fasiq, adakah dia akan hidup? Segala perbenaran yang dilakukannya tidak akan diingat lagi. Dia akan mati kerana kemungkaran yang dilakukannya dan kerana dosa yang diperbuatnya.

25Namun demikian, kamu berkata, “Jalan Tuhan itu tidak adil.” Dengarlah, wahai keturunan kaum Israel, adakah jalan-Ku tidak adil? Bukankah jalan-jalanmu yang tidak adil?

26Kalau orang benar berbalik daripada perbenarannya dan melakukan kezaliman, maka dia akan mati kerananya. Dia pasti mati dalam kezaliman yang dilakukannya.

27Sebaliknya, kalau orang fasiq berbalik daripada kefasiqan yang dilakukannya dan menegakkan apa yang adil serta benar, dia akan menyelamatkan jiwanya.

28Kerana dia sedar dan bertaubat daripada segala pelanggaran yang dilakukannya, maka dia pasti hidup. Dia tidak akan mati.

29Namun demikian, keturunan kaum Israel berkata, “Jalan Tuhan itu tidak adil.” Adakah jalan-Ku tidak adil, wahai keturunan kaum Israel? Bukankah jalan-jalanmu yang tidak adil?

30Oleh sebab itu Aku akan menghukum kamu menurut jalan hidup masing-masing, wahai keturunan kaum Israel, demikianlah firman Tuhan ALLAH. Berpalinglah dan bertaubatlah daripada segala pelanggaranmu supaya itu tidak menjadi batu sandungan di hadapanmu.

31Buanglah daripada dirimu segala pelanggaran yang kamu lakukan, milikilah hati yang baru serta roh yang baru. Mengapa kamu harus mati, wahai keturunan kaum Israel?

32Sesungguhnya, Aku tidak menyukai kematian yang harus ditanggung seseorang, demikianlah firman Tuhan ALLAH. Oleh sebab itu bertaubatlah dan hiduplah.’


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yehezkiel 18 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran