Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yehezkiel 41 >> 

1Kemudian dia membawa aku ke ruang besar Bait Suci. Diukurnya tiang-tiang temboknya, enam hasta tebalnya, baik di sayap kiri mahupun di sayap kanan.

2Lebar pintu masuk ialah sepuluh hasta. Dinding di sisi kanan dan sisi kiri pintu itu berukuran lima hasta. Diukurnya pula ruang besar bait itu, empat puluh hasta panjangnya dan dua puluh hasta lebarnya.

3Kemudian dia masuk ke ruang dalam dan mengukur tiang tembok pintu masuknya, dua hasta tebalnya. Lebar pintunya enam hasta, manakala dinding-dinding samping pintu itu tujuh hasta.

4Diukurnya ruang dalam itu, dua puluh hasta panjangnya dan dua puluh hasta lebarnya, letaknya tepat di belakang ruang besar. Lalu dia berkata kepadaku, ‘Ini ialah Tempat Yang Maha Suci.’

Bilik-bilik yang dibina pada tembok Bait Suci

5Kemudian dia mengukur tembok Bait Suci, enam hasta tebalnya. Di sekeliling Bait Suci ada bilik-bilik tambahan yang lebarnya empat hasta.

6Bilik-bilik tambahan itu tersusun dalam tiga tingkat, iaitu ada tiga puluh buah bilik setiap tingkatnya. Ada ceruk-ceruk dinding yang dibuat pada sekeliling Bait Suci untuk menopang bilik-bilik tambahan itu, sehingga bilik-bilik itu tidak ditopang oleh tembok Bait Suci.

7Semakin ke atas bilik-bilik tambahan itu semakin lebar, kerana ukuran ceruk di sekeliling Bait Suci semakin lebar semakin ke atas. Orang dapat menaiki tangga dari tingkat bawah ke tingkat atas melalui tingkat tengah.

8Kulihat pula Bait Suci berdiri di atas alas yang lebih tinggi daripada sekelilingnya, juga sebagai asas bagi bilik-bilik tambahan yang ada. Tingginya ialah sebatang tongkat, iaitu enam hasta.

9Tebal tembok bahagian luar bilik tambahan ialah lima hasta. Lalu ada kawasan yang dibiarkan kosong di antara bilik tambahan Bait Suci

10dengan bilik-bilik di kedua-dua belah sisi Bait Suci, lebarnya dua puluh hasta.

11Pintu-pintu bilik tambahan menghadap ke kawasan yang dibiarkan kosong, satu menghadap ke utara dan yang lain menghadap ke selatan. Di sekeliling bangunan ada teras selebar lima hasta yang dibiarkan kosong.

Bangunan di sebelah barat dan ukuran lengkap Bait Suci

12Ada sebuah bangunan yang menghadap pelataran sebelah barat, lebarnya tujuh puluh hasta dan panjangnya sembilan puluh hasta, dikelilingi tembok setebal lima hasta.

13Kemudian dia mengukur Bait Suci, seratus hasta panjangnya. Pelataran barat berserta dengan bangunan dan temboknya juga sepanjang seratus hasta.

14Lebar pelataran di sebelah timur termasuk sebelah kiri dan kanan Bait Suci bahagian depan ialah seratus hasta.

15Lalu diukurnya panjang bangunan yang menghadap pelataran barat di belakang Bait Suci berserta tembok di kedua-dua belah sisinya, seratus hasta. Ruang besar, ruang dalam, serambi yang menghadap ke pelataran,

Bahagian-bahagian Bait Suci

16juga ambang-ambang pintu, jendela-jendela berbidai, dan serambi-serambi di sekeliling ketiga-tiga ruang itu seluruhnya dilapisi papan dari lantai sampai ke jendela (jendela-jendela ini tertutup),

17hingga ke bahagian atas pintu masuk bahkan sampai ke ruang dalam Bait Suci, dan juga di luar. Pada seluruh bentang tembok di sekeliling ruang dalam dan ruang besar,

18terukir kerubin serta pokok kurma, dengan setiap pokok kurma diapit oleh dua kerubin. Setiap kerubin mempunyai dua muka:

19muka manusia menghadap ke pokok kurma yang satu dan muka singa menghadap ke pokok kurma yang lain. Demikianlah dibuat secara berkeliling di seluruh Bait itu.

20Pada dinding ruang besar, dari lantai sampai ke atas pintu masuk terdapat ukiran kerubin serta pokok-pokok kurma.

21Bingkai pintu ruang besar berbentuk empat persegi, dan di depan Tempat Yang Maha Suci ada sesuatu yang serupa dengan itu.

22Di situ ada suatu benda menyerupai mazbah daripada kayu, tiga hasta tingginya dan dua hasta panjang sisi-sisinya. Sudutnya, alasnya, dan dindingnya terbuat daripada kayu. Lalu dia berkata kepadaku, ‘Inilah meja yang ada di hadapan TUHAN.’

Pintu-pintu

23Ruang besar dan Tempat Yang Maha Suci mempunyai dua pintu.

24Setiap pintu itu terdiri daripada dua daun pintu yang dapat berputar.

25Pada pintu-pintu ruang besar terukir kerubin dan pokok kurma, sama seperti yang ada pada dinding. Di depan serambi, di muka bangunan sebelah luarnya ada tudung kayu.

26Pada dinding-dinding samping serambi terdapat jendela berbidai dan ukiran pokok-pokok kurma di kedua-dua belah sisinya. Bilik tambahan Bait itu pun mempunyai tudung.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yehezkiel 41 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel