Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yehezkiel 47 >> 

Sungai yang keluar dari Bait Suci

1Dia membawa aku kembali ke pintu Bait Suci. Tampak air mengalir dari bawah ambang pintu Bait Suci ke arah timur, kerana Bait itu menghadap ke timur. Air itu mengalir daripada bahagian bawah sisi kanan Bait Suci, di sebelah selatan mazbah.

2Kemudian dia membawa aku keluar melalui pintu gerbang utara dan berputar menuju pintu gerbang luar yang menghadap ke arah timur. Tampak air memancur di sebelah selatan.

3Orang itu pergi ke arah timur sambil membawa tali pengukur. Lalu dia mengukur jarak sepanjang seribu hasta lalu disuruhnya aku masuk ke air itu, tingginya satu mata kaki.

4Dia mengukur lagi sepanjang seribu hasta dan menyuruh aku masuk ke air itu, ternyata tingginya paras lutut. Lagi-lagi dia mengukur sepanjang seribu hasta lalu menyuruh aku masuk, air itu setinggi pinggang.

5Kemudian dia mengukur seribu hasta lagi. Kali ini air itu sudah menjadi sungai yang tidak dapat kuseberangi kerana airnya telah meninggi. Cukup tinggi air itu sehingga orang dapat berenang – sungai itu sudah tidak dapat diseberangi.

6Katanya kepadaku, ‘Sudahkah kaulihat, wahai anak manusia?’ Kemudian dia membawa aku kembali ke tepi sungai.

7Ketika aku kembali, tampak di kedua-dua belah tepian sungai itu ada banyak sekali pokok.

8Katanya kepadaku, ‘Air ini mengalir ke wilayah timur lalu turun ke Araba dan bermuara di Laut Mati. Ketika air mengalir itu sampai di laut, air laut pun menjadi tawar.

9Jadi, ke mana-mana pun sungai itu bermuara, semua makhluk hidup yang berkerumun di sana akan hidup. Ikan akan menjadi sangat banyak kerana air ini bermuara ke sana dan menjadikan air laut itu tawar. Ke mana-mana pun sungai itu bermuara, segala sesuatu di sana akan hidup.

10Penangkap ikan akan berdiri di tepiannya, mulai En-Gedi sampai ke En-Eglaim akan ada tempat membentangkan jaring. Ikan di sungai itu akan sangat banyak jenisnya, seperti ikan di laut besar.

11Akan tetapi, rawanya dan empang-empangnya tidak akan menjadi tawar. Tempat-tempat itu ditentukan sebagai tempat orang mengambil garam.

12Di kedua-dua belah tepian sungai itu akan tumbuh berbagai-bagai pokok buah-buahan. Daunnya tidak akan layu dan buahnya tidak akan habis. Tiap-tiap bulan pokok-pokok itu akan mengeluarkan buah baru kerana air yang mengalir dari tempat suci mengairi mereka. Buahnya akan menjadi makanan dan daunnya menjadi ubat.’

Batas sempadan Tanah Israel

13Beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Inilah batas sempadan dari tanah yang harus kamu bahagikan supaya menjadi harta pusaka kepada dua belas suku Israel. Yusuf mendapat dua bahagian.

14Bahagikanlah tanah itu secara rata-rata. Aku telah bersumpah untuk mengurniakannya kepada nenek moyangmu dan tanah ini akan menjadi harta pusakamu.

15Inilah sempadan tanah itu. Di sebelah utara: dari laut besar melalui Hetlon sampai jalan masuk ke Zedad,

16Hamat, Berota, Sibraim, yang terletak di antara daerah Damsyik dengan daerah Hamat, terus ke Hazar Hatekhon di daerah Hauran.

17Jadi, sempadan itu membentang dari laut sampai ke Hazar-Enan di sebelah utara daerah Damsyik. Daerah Hamat terletak di sebelah utaranya. Itulah sempadan sebelah utara.

18Di sebelah timur: di antara Hauran, Damsyik, dan Gilead dengan Tanah Israel ada Sungai Yordan. Kamu harus mengukurnya dari perbatasan utara sampai ke laut timur. Itulah sempadan sebelah timur.

19Di sebelah selatan: dari Tamar sampai ke mata air Meriba dekat Kadesh, terus ke Wadi Mesir, terus lagi sampai ke laut besar. Itulah sempadan sebelah selatan.

20Di sebelah barat: laut besar menjadi sempadan sampai ke tempat di depan jalan masuk Hamat. Itulah sempadan sebelah barat.’

Pembahagian Tanah Israel

21‘Tanah ini harus kamu bahagi-bahagikan antara kamu menurut suku-suku Israel.

22Kamu harus membahagikannya dengan mencabut undi sebagai harta pusaka bagimu dan bagi pendatang yang tinggal antara kamu dan yang mempunyai anak di tengah-tengah kamu. Orang itu harus kamu anggap sama seperti warga asli orang Israel. Mereka akan mendapat harta pusaka bersama denganmu di tengah-tengah suku-suku Israel.

23Jadi, di wilayah suku mana-mana pendatang itu tinggal, di situlah kamu harus memberikan harta pusakanya,’ demikianlah firman Tuhan ALLAH.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yehezkiel 47 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel