Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yehezkiel 6 >> 

Nubuat melawan berhala di pergunungan Israel

1Datanglah firman TUHAN kepadaku demikian,

2“Wahai anak manusia, hadapkanlah mukamu ke gunung-gunung Israel dan bernubuatlah menentang mereka.

3Katakan, ‘Wahai gunung-gunung Israel, dengarlah firman Tuhan ALLAH!’ Beginilah firman Tuhan ALLAH kepada gunung-gunung dan bukit-bukit, kepada alur-alur sungai dan lembah-lembah, ‘Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan pedang atasmu dan Aku akan membinasakan bukit-bukit pemujaanmu.

4Mazbah-mazbahmu akan menjadi sunyi dan tugu-tugu mazbah dupamu akan dihancurkan. Orangmu yang terbunuh akan Kurebahkan di depan berhala-berhalamu.

5Aku akan mencampakkan mayat orang Israel di depan berhala-berhala mereka dan akan menyerakkan tulang-tulangmu di sekeliling mazbah-mazbahmu.

6Di mana-mana sahaja kamu tinggal, kota-kota akan menjadi reruntuhan dan bukit-bukit pemujaan akan menjadi tandus. Dengan demikian mazbah-mazbahmu akan rosak dan musnah, berhala-berhalamu akan hancur dan tersingkir, tugu-tugu mazbah dupamu akan patah, dan benda-benda buatan tanganmu akan lenyap.

7Orangmu yang terbunuh akan bergelimpangan di tengah-tengahmu dan kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN.

8Namun begitu, Aku akan menyisakan sebahagian daripada kalangan kamu, iaitu orang yang terselamat daripada pedang, ketika kamu diserakkan di antara bangsa-bangsa serta di pelbagai negeri.

9Orangmu yang terselamat itu akan mengingat Aku di antara bangsa-bangsa tempat mereka ditawan, bagaimana Aku didukacitakan oleh hati mereka yang berbuat kafir dengan menjauh daripada-Ku, dan oleh mata mereka yang berbuat kafir dengan mengikuti berhala-berhala mereka. Mereka akan berasa muak pada diri mereka sendiri kerana kejahatan dan kekejian yang dilakukan mereka.

10Mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN, dan bahawa Aku tidak main-main ketika Aku berfirman hendak mendatangkan malapetaka ini kepada mereka.

11Beginilah firman Tuhan ALLAH, Tepuklah kedua-dua tanganmu, hentakkan kakimu ke tanah, dan katakanlah, “Aduh!” sehubungan dengan parahnya segala kekejian keturunan kaum Israel. Mereka akan tewas oleh pedang, bencana kebuluran, dan wabak penyakit.

12Orang yang jauh akan mati oleh wabak penyakit, dan orang yang dekat akan tewas oleh pedang. Orang yang tertinggal dan bertahan hidup akan mati oleh bencana kebuluran. Demikianlah Aku akan melampiaskan murka-Ku atas mereka.

13Kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN ketika orang mereka yang terbunuh itu rebah di antara berhala di sekitar mazbah-mazbah mereka, di setiap bukit yang tinggi, di semua puncak gunung, di bawah setiap pokok yang rimbun, dan di bawah setiap pokok oak yang rendang – tempat mereka mempersembahkan bauan harum kepada segala berhala mereka.

14Aku akan menghulurkan tangan-Ku untuk melawan mereka. Akan Kujadikan negeri mereka sunyi sepi dan tandus mulai gurun sampai ke Ribla, di mana-mana pun mereka tinggal. Maka mereka akan tahu bahawa Akulah TUHAN.’ ”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yehezkiel 6 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel