Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yehezkiel 9 >> 

Orang fasiq di Yerusalem dibunuh

1Setelah itu, aku mendengar Dia berseru dengan suara nyaring, firman-Nya, ‘Ke marilah, wahai pengawas-pengawas kota, masing-masing dengan alat pemusnah di tangannya!’

2Lalu tampaklah enam orang datang dari arah Pintu Gerbang Atas yang menghadap ke sebelah utara, masing-masing dengan alat penghancur di tangannya. Seorang antara mereka berpakaian linen dan di pinggangnya ada wadah tinta seorang penulis. Mereka masuk lalu berdiri di samping mazbah tembaga.

3Pada waktu itu kemuliaan Allah Israel telah terangkat dari atas malaikat kerubin, iaitu dari tempatnya semula, ke ambang pintu Bait Suci. Kemudian Dia memanggil orang yang berpakaian linen itu, yang di pinggangnya ada wadah tinta seorang penulis.

4Firman TUHAN kepadanya, ‘Berjalanlah, lintasi seluruh Kota Yerusalem itu dan letaklah tanda pada dahi mana-mana orang yang mengeluh serta mengerang kerana segala kekejian yang dilakukan di dalamnya.’

5Kepada orang yang lain aku mendengar Dia berfirman, ‘Lintasilah seluruh kota itu mengikuti dia dan cabutlah nyawa orang yang ada. Jangan berasa hiba dan jangan berbelas kasihan

6Bunuhlah orang tua, pemuda dan pemudi, kanak-kanak dan perempuan, tetapi jangan sentuh sesiapa pun yang mempunyai tanda itu. Mulailah dari tempat suci-Ku!’ Maka mulailah mereka dengan orang tua yang berada di depan Bait Suci.

7Firman-Nya kepada mereka, ‘Najiskanlah Bait itu dan penuhilah pelataran-pelatarannya dengan orang yang terbunuh. Majulah!’ Maka majulah mereka dan mencabut nyawa orang yang ada di dalam kota.

8Pada waktu mereka membunuh orang dan aku tertinggal sendirian, aku pun bersujud dan berseru, kataku, ‘Aduh, Tuhan ALLAH, apakah Engkau hendak memusnahkan seluruh saki-baki orang Israel dengan mencurahkan murka-Mu ke atas Yerusalem?’

9Firman-Nya kepadaku, ‘Kesalahan keturunan kaum Israel dan Yehuda sedemikian besar. Negeri ini penuh dengan penumpahan darah dan kota ini penuh dengan penyimpangan. Mereka berkata, “TUHAN telah meninggalkan negeri ini. TUHAN tidak melihat.”

10Oleh sebab itu Aku pun tidak akan berasa hiba dan tidak akan berbelas kasihan. Perilaku mereka akan Kubalas kepada mereka sendiri.’

11Kemudian tampak orang yang berpakaian linen dan yang berwadah tinta di pinggangnya itu menyampaikan laporan, katanya, ‘Aku telah melakukan seperti yang Kauperintahkan kepadaku.’


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yehezkiel 9 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel