Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yeremia 30 >> 

Janji pemulihan Israel

1Firman daripada TUHAN turun kepada Yeremia demikian,

2“Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, ‘Tulislah segala firman yang telah Kusampaikan kepadamu dalam sebuah kitab.

3Sesungguhnya, waktunya akan datang,’ demikianlah firman TUHAN, ‘bahawa Aku akan memulihkan keadaan umat-Ku Israel dan Yehuda,’ demikianlah firman TUHAN, ‘dan Aku akan mengembalikan mereka ke negeri yang telah Kukurniakan kepada nenek moyang mereka. Mereka akan memilikinya.’ ”

4Inilah firman yang disampaikan TUHAN mengenai Israel dan mengenai Yehuda,

5“Beginilah firman TUHAN: ‘Kami telah mendengar bunyi kegemparan, kengerian, dan bukan damai.

6Tanyakan dan perhatikanlah, adakah lelaki bersalin? Mengapa pula Kulihat setiap lelaki meletakkan tangan di pinggang seperti perempuan yang akan bersalin, dan setiap muka berubah menjadi pucat?

7Aduh, alangkah dahsyat hari itu! Tidak ada taranya. Itulah masa kesesakan bagi Yakub, tetapi dia akan diselamatkan.’

8‘Pada hari itu,’ demikianlah firman TUHAN alam semesta, ‘Aku akan mematahkan kuk dari tengkuk mereka dan memutuskan tali pengikat mereka. Orang asing tidak akan memperhamba mereka lagi.

9Mereka akan menghamba kepada TUHAN, Allah mereka, dan kepada Daud, raja mereka, yang akan Kubangkitkan bagi mereka.’

10‘Janganlah takut, wahai hamba-Ku Yakub,’ demikianlah firman TUHAN, ‘dan janganlah kecut hati, wahai Israel! Sesungguhnya, Aku akan menyelamatkan engkau dari tempat yang jauh dan keturunanmu dari negeri tempat mereka ditawan. Yakub akan kembali dan hidup tenang, aman tanpa ada yang mengusik.

11Sungguh, Aku menyertai engkau,’ demikianlah firman TUHAN, ‘untuk menyelamatkan engkau. Aku akan memusnahkan segala bangsa tempat Aku mencerai-beraikan engkau, tetapi Aku tidak akan membinasakan engkau sama sekali. Meski demikian, Aku akan menghukum engkau dengan adil, dan tidak akan begitu sahaja membebaskan engkau daripada hukuman.’

12Beginilah firman TUHAN, ‘Lukamu tidak tersembuhkan, cederamu berat.

13Tidak ada yang membela perkaramu, tidak ada ubat bagi bisulmu, tidak ada kesembuhan bagimu.

14Semua kekasihmu melupakan engkau, mereka tidak mencari engkau. Aku telah menghukum engkau seperti seorang musuh memukul, seperti seorang bengis mengajar, kerana kesalahanmu banyak dan dosamu besar.

15Mengapa engkau menjerit kerana lukamu? Sakitmu tidak tersembuhkan. Kerana kesalahanmu banyak dan dosamu besar, maka Kulakukan semua ini terhadapmu.

16Namun begitu, semua orang yang melahap engkau akan dilahap. Semua lawanmu akan diangkut ke tempat pembuangan. Orang yang menjarah engkau akan menjadi jarahan. Semua orang yang merampas engkau akan Kujadikan rampasan.

17Aku akan mendatangkan kesembuhan bagimu dan Aku akan mengubati luka-lukamu,’ demikianlah firman TUHAN, ‘kerana mereka telah menyebut engkau yang terbuang, Sion yang tidak diperhatikan oleh seorang pun.’

18Beginilah firman TUHAN, ‘Sesungguhnya, Aku akan memulihkan keadaan khemah-khemah Yakub dan mengasihani kediaman-kediamannya. Kota itu akan dibangunkan kembali di atas timbunan puingnya, dan purinya akan berdiri di tempatnya semula.

19Dari dalamnya akan keluar ucapan syukur dan suara orang bersuka ria. Aku akan memperbanyak jumlah mereka sehingga mereka tidak berkurang. Aku akan memuliakan mereka sehingga mereka tidak dihina.

20Anak-anak mereka akan seperti pada zaman dahulu, dan perhimpunan mereka akan tetap ada di hadapan-Ku. Aku akan menghukum semua orang yang menindas mereka.

21Pemimpin mereka akan berasal daripada mereka sendiri, penguasa mereka akan muncul daripada kalangan mereka. Aku akan mengizinkan dia maju dan mendekat kepada-Ku, kerana siapakah yang berani mempertaruhkan nyawa untuk mendekat kepada-Ku?’ demikianlah firman TUHAN.

22‘Kamu akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allahmu.’ ”

23Lihat, badai TUHAN! Murka memancar. Angin yang menyeret, yang berputar melanda kepala orang fasiq.

24Murka TUHAN yang menyala-nyala itu tidak akan surut sampai Dia selesai mengerjakan dan melaksanakan rancangan-rancangan hati-Nya. Pada hari-hari kemudian kamu akan mengerti hal itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yeremia 30 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel