Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yeremia 45 >> 

Kata penghiburan Yeremia kepada Barukh

1Inilah firman yang disampaikan oleh Nabi Yeremia kepada Barukh anak Neria pada tahun keempat zaman pemerintahan Yoyakim anak Yosia, raja Yehuda, ketika Barukh menuliskan perkataan-perkataan tersebut dalam sebuah kitab langsung daripada penuturan Nabi Yeremia,

2“Beginilah firman TUHAN, Allah Israel, kepadamu, wahai Barukh!

3Engkau telah berkata, ‘Malangnya aku kerana TUHAN telah menambahkan dukacita pada penderitaanku! Aku penat berkeluh-kesah dan tidak mendapat ketenteraman.’ ”

4Beginilah harus kaukatakan kepadanya, “Demikianlah firman TUHAN, ‘Sesungguhnya, Aku akan meruntuhkan apa yang Kubina dan Aku akan mencabut apa yang Kutanam. Begitulah halnya di seluruh negeri itu.

5Haruskah kaucari bagi dirimu hal-hal yang besar? Jangan mencarinya. Sesungguhnya, Aku akan mendatangkan malapetaka atas semua manusia, demikianlah firman TUHAN, tetapi nyawamu akan Kukurniakan seperti barang jarahan bagi dirimu sendiri ke mana-mana pun engkau pergi.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yeremia 45 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel