Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yesaya 50 >> 

Dosa Israel

1Beginilah firman TUHAN “Di manakah surat cerai ibumu tanda Aku mengusir dia? Atau, kepada siapakah antara pemiutang-Ku Aku pernah menjual engkau? Sesungguhnya, kamu dijual atas sebab kesalahan-kesalahanmu, dan ibumu diusir kerana segala pelanggaranmu.

2Mengapa tidak ada seorang pun apabila Aku datang, dan tidak ada yang menjawab apabila Aku memanggil? Adakah tangan-Ku tidak berkuasa sama sekali sehingga tidak dapat menyelamatkan kamu? Masakan tidak ada kekuatan pada-Ku untuk melepaskan kamu? Sesungguhnya, dengan herdikan-Ku Aku mengeringkan laut, Aku membuat sungai-sungai menjadi padang gurun. Ikan-ikannya berbau busuk kerana tidak ada air dan mati kehausan.

3Aku boleh mengenakan pakaian hitam kepada langit dan membuat kain kabung jadi selubungnya.”

Ketaatan hamba Allah

4Tuhan ALLAH telah mengurniakan lidah seorang murid kepadaku, supaya dengan perkataanku aku tahu bagaimana menolong orang yang letih. Dia membangunkan aku pagi demi pagi, Dia menjadikan aku peka untuk mendengar seperti seorang murid.

5Tuhan ALLAH telah membuka telingaku dan aku tidak memberontak. Aku tidak mundur.

6Aku menyerahkan belakangku kepada orang yang memukul aku, dan pipiku kepada orang yang mencabut janggutku. Tidak kusembunyikan mukaku apabila diaibkan dan diludahi orang.

7Tuhan ALLAH menolong aku, sebab itu aku tidak mendapat aib. Oleh sebab itu pula aku menetapkan hatiku seteguh batu api, dan aku tahu bahawa aku tidak akan malu.

8Dia yang membenarkan aku sudah dekat, Siapakah yang hendak berbantah-bantah dengan aku? Mari kita tampil bersama-sama! Siapakah lawanku berperkara? Biarlah dia menghampiriku!

9Sesungguhnya, Tuhan ALLAH menolong aku. Siapakah yang berani menyatakan aku bersalah? Sesungguhnya, mereka semua akan menjadi usang seperti pakaian, gegat akan memakan mereka.

10Siapakah antara kamu yang takut kepada TUHAN dan mendengar perkataan hamba-Nya? Kalau dia berjalan dalam kegelapan dan tidak ada cahaya baginya, biarlah dia percaya kepada nama TUHAN dan bergantung pada Allahnya.

11Camkanlah, wahai kamu semua yang menyalakan api, yang memperlengkapkan diri dengan panah-panah api! Berjalanlah ke dalam nyala apimu dan ke tengah-tengah panah api yang kamu nyalakan. Inilah yang akan kamu terima daripada tangan-Ku: kamu akan rebah di tempat azab penyeksaan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yesaya 50 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel