Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yosua 16 >> 

Tanah milik suku Efraim dan suku Manasye

1Pembahagian berupa tanah milik bagi bani Yusuf yang mempunyai sempadan yang bermula dari Sungai Yordan di Yerikho, di sebelah timur mata air Yerikho, melintasi gurun, lalu naik dari Yerikho ke kawasan bukit-bukau dan ke Betel.

2Dari Betel sempadan itu keluar menuju Lus dan sampai ke Atarot, daerah orang Arki,

3kemudian turun ke sebelah barat, ke daerah orang Yaflet, sampai ke daerah Bet-Horon Hilir, dan dari sana terus ke Gezer hingga berakhir di laut.

4Demikianlah bani Yusuf, iaitu suku Manasye dan suku Efraim, menerima harta pusaka mereka.

5Berikut ialah sempadan wilayah bani Efraim menurut kaum-kaum mereka: Sempadan harta pusaka mereka di sebelah timur ialah Atarot-Adar sampai ke Bet-Horon Hulu,

6lalu keluar ke laut dengan Mikhmetat di sebelah utaranya, dan membelok ke sebelah timur, iaitu ke Taanat-Silo, sebelum berlanjutan ke sebelah timur, ke Yanoah.

7Dari Yanoah sempadan itu keluar ke Atarot dan ke Naharat dan menyentuhi Yerikho, lalu berakhir di Sungai Yordan.

8Dari Tapuah sempadan terus ke sebelah barat, iaitu ke Sungai Kana, dan berakhir di laut. Itulah harta pusaka suku bani Efraim menurut kaum-kaum mereka,

9termasuk semua kota berserta desa-desanya yang dipisahkan bagi bani Efraim di tengah-tengah harta pusaka bani Manasye.

10Namun begitu, mereka tidak mengusir bani Kanaan yang tinggal di Gezer, sehingga bani Kanaan itu masih tinggal antara bani Efraim sampai hari ini sebagai buruh paksa.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yosua 16 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel