Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yosua 17 >> 

Harta pusaka suku Manasye

1Peruntukan diberikan kepada suku Manasye sebagai keturunan anak sulung Yusuf. Tanah Gilead dan Basan diberikan kepada Makhir, anak sulung Manasye dan juga ayah Gilead atas sebab dia seorang perwira.

2Orang Manasye yang selebihnya juga mendapat bahagian menurut kaum-kaum mereka, iaitu bani Abiezer, bani Helek, bani Asriel, bani Sekhem, bani Hefer, dan bani Semida. Mereka itu para anak lelaki Manasye anak Yusuf menurut kaum-kaum mereka.

3Tetapi Zelafehad anak Hefer anak Gilead anak Makhir anak Manasye tidak mempunyai anak lelaki, melainkan anak perempuan sahaja. Inilah nama anak-anak perempuannya: Mahla, Noa, Hogla, Milka, dan Tirza.

4Mereka datang menghadap Imam Eleazar, Yosua anak Nun, serta para pemimpin, dan berkata, “TUHAN telah memerintahkan Musa untuk memberikan kepada kami harta pusaka di tengah-tengah saudara-saudara kami lelaki.” Oleh sebab itu Yosua memberikan kepada mereka harta pusaka di tengah-tengah saudara-saudara lelaki ayah mereka, selaras dengan firman TUHAN.

5Maka bagi orang Manasye jatuhlah sepuluh bahagian tanah di samping Tanah Gilead dan Basan di seberang Sungai Yordan,

6kerana keturunan perempuan Manasye pun menerima harta pusaka bersama-sama keturunan lelakinya. Tanah Gilead diperuntukkan kepada keturunan Manasye yang selebihnya.

7Sempadan daerah Manasye menganjur dari Asyer sampai ke Mikhmetat yang berseberangan dengan Sikhem, lalu terus ke sebelah selatan, ke daerah penduduk En-Tapuah.

8Tanah Tapuah milik suku Manasye, tetapi kota Tapuah di sempadan Manasye dimiliki bani Efraim.

9Selanjutnya sempadan itu turun ke Sungai Kana, ke sebelah selatan sungai itu. Kota-kota di situ dimiliki suku Efraim, meskipun berada di tengah-tengah kota-kota suku Manasye. Kemudian sempadan daerah Manasye berlanjutan ke sebelah utara sungai itu dan berakhir di laut.

10Wilayah sebelah selatan sungai itu milik suku Efraim manakala wilayah sebelah utara pula milik suku Manasye. Sempadan baratnya ialah laut. Seterusnya sempadan itu ialah daerah Asyer di sebelah utara dan daerah Isakhar di sebelah timur.

11Di daerah Isakhar dan Asyer ada milik suku Manasye, iaitu Bet-Sean dengan kampung-kampungnya, Yibleam dengan kampung-kampungnya, penduduk Dor dengan kampung-kampungnya, serta tiga daerah pergunungan meliputi penduduk En-Dor dengan kampung-kampungnya, penduduk Taanakh dengan kampung-kampungnya, dan penduduk Megido dengan kampung-kampungnya.

12Meskipun demikian, bani Manasye tidak menakluki kota-kota itu sepenuhnya kerana mereka tidak dapat mengusir penduduk kota-kota lantaran bani Kanaan berkeras untuk tetap tinggal di negeri itu.

13Pada waktu orang Israel menjadi kuat, mereka memaksa bani Kanaan menjadi buruh paksa, tetapi tidak mengusir umat itu sepenuhnya.

14Berkatalah bani Yusuf kepada Yosua, “Mengapakah tuan memberi kami satu peruntukan dan satu bahagian sahaja sebagai harta pusaka? Kami ini kaum yang besar kerana sampai saat ini TUHAN telah memberkati kami.”

15Jawab Yosua kepada mereka, “Jika jumlah kamu sebegitu ramai dan pergunungan Efraim terlalu sempit bagimu, naiklah ke hutan dan bukalah tanah baru di sana untukmu, di negeri orang Feris dan orang Refaim.”

16Kata bani Yusuf, “Pergunungan itu tidak cukup bagi kami, dan bani Kanaan yang tinggal di tanah lembah itu memiliki rata besi, baik yang ada di Bet-Sean serta kampung-kampungnya mahupun di Lembah Yizreel.”

17Maka kata Yosua kepada keturunan kaum Yusuf, iaitu kepada suku Efraim dan suku Manasye, “Kamu memang kaum yang besar dan mempunyai kekuatan yang besar pula. Kamu tentu tidak akan mendapat satu peruntukan sahaja.

18Pergunungan itu pun akan menjadi milikmu. Daerah itu memang masih berupa hutan, namun kamu akan membuka dan memilikinya sampai ke hujung-hujungnya. Kamu akan mengusir bani Kanaan itu, walaupun mereka mempunyai rata besi dan walaupun mereka kuat.”


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yosua 17 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel