Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yosua 19 >> 

Tanah pusaka suku Simeon

1Cabutan undi kedua memihak suku Simeon, iaitu bagi suku bani Simeon menurut kaum-kaum mereka. Harta pusaka mereka terletak di tengah-tengah harta pusaka bani Yehuda,

2meliputi Bersyeba, Syeba, Molada,

3Hazar-Sual, Bala, Ezem,

4Eltolad, Betul, Horma,

5Ziklag, Bet-Markabot, Hazar-Susa,

6Bet-Lebaot, Saruhen iaitu sejumlah tiga belas kota dengan desa-desanya;

7dan empat kota lagi dengan desa-desanya iaitu Ain, Rimon, Eter, Asan;

8juga seluruh desa di sekeliling kota-kota itu sampai ke Baalat-Beer, iaitu Rama di Tanah Negeb. Itulah harta pusaka suku bani Simeon menurut kaum-kaum mereka.

9Harta pusaka bani Simeon berada di dalam bahagian bani Yehuda kerana bahagian bani Yehuda itu terlalu besar bagi mereka. Sebab itulah bani Simeon mendapat harta pusaka di tengah-tengah harta pusaka mereka.

Tanah pusaka suku Zebulon

10Undian ketiga memihak kepada bani Zebulon menurut kaum-kaum mereka. Sempadan harta pusaka mereka sampai sejauh Sarid.

11Ke arah barat pula, sempadan itu menanjak menuju Marala, menyentuhi Dabeset dan sungai di depan Yokneam.

12Dari Sarid sempadan menghala ke sebelah timur, arah matahari terbit, ke sempadan Kislot-Tabor, lalu keluar ke Dobrat dan naik ke Yafia.

13Dari situ sempadan itu menganjur ke sebelah timur, iaitu ke Gat-Hefer, lalu ke Et-Kazin, keluar di Rimon, dan membelok ke Nea;

14dan selanjutnya membelok di utara ke Hanaton, dan berakhir di Lembah Yiftah-El.

15Daerahnya termasuk juga Katat, Nahalal, Simron, Yidala, Betlehem iaitu dua belas buah kota dengan desa-desanya.

16Kota-kota itu dengan desa-desanya itulah harta pusaka bani Zebulon menurut kaum-kaum mereka.

Tanah pusaka suku Isakhar

17Undian keempat memihak kepada suku Isakhar, iaitu bagi bani Isakhar menurut kaum-kaum mereka.

18Daerah mereka ialah Yizreel, Kesulot, Sunem,

19Hafaraim, Sion, Anaharat,

20Rabit, Kisyon, Ebes,

21Remet, En-Ganim, En-Hada, dan Bet-Pazes.

22Sempadan daerah itu bergeser dengan Tabor, Sahazima, Bet-Semes dan berakhir di Sungai Yordan iaitu sejumlah enam belas buah kota dengan desa-desanya.

23Kota-kota itu dengan desa-desanya itulah harta pusaka suku bani Isakhar menurut kaum-kaum mereka.

Tanah pusaka suku Asyer

24Undian kelima memihak kepada suku bani Asyer menurut kaum-kaum mereka.

25Daerah mereka ialah Helkat, Hali, Beten, Akhsaf,

26Alamelekh, Amad, dan Misal. Di sebelah barat sempadan bergeser dengan Karmel dan Sikhor Libnat,

27kemudian menghala ke arah matahari terbit, ke Bet-Dagon. Setelah itu, sempadan menyentuhi Zebulon dan Lembah Yiftah-El menuju utara, ke Bet-Emek serta Nehiel, dan keluar di Kabul di sebelah utara,

28terus ke Ebron, Rehob, Hamon, Kana, sampai ke Sidon Besar.

29Kemudian sempadan belok ke Rama dan sampai ke kota kubu Tirus. Selanjutnya sempadan belok lagi ke Hosa dan berakhir di laut. Daerahnya termasuk juga Mahalab, Akhzib,

30Uma, Afek, Rehob iaitu sejumlah dua puluh kota dengan desa-desanya.

31Kota-kota itu dengan desa-desanya itulah harta pusaka suku bani Asyer menurut kaum-kaum mereka.

Tanah pusaka suku Naftali

32Undian keenam memihak kepada bani Naftali, iaitu bagi bani Naftali menurut kaum-kaum mereka.

33Daerah mereka dimulai dari Helef, dari pokok oak di Zaananim, terus ke Adami-Nekeb, Yabneel, sampai ke Lakum, dan berakhir di Sungai Yordan.

34Kemudian sempadan belok ke sebelah barat menuju Aznot-Tabor, lalu dari situ keluar ke Hukok. Di sebelah selatan sempadan bersinggungan dengan Zebulon, di sebelah barat dengan Asyer, dan di arah matahari terbit dengan Yehuda di tepi Sungai Yordan.

35Kota-kota kubunya ialah Zidim, Zer, Hamat, Rakat, Kineret,

36Adama, Rama, Hazor,

37Kedesh, Edrei, En-Hazor,

38Yiron, Migdal-El, Horem, Bet-Anat, dan Bet-Semes iaitu sejumlah sembilan belas kota dengan desa-desanya.

39Kota-kota itu dengan desa-desanya itulah harta pusaka suku bani Naftali menurut kaum-kaum mereka.

Tanah pusaka suku Dan

40Undian ketujuh memihak kepada suku bani Dan menurut kaum-kaum mereka.

41Daerah harta pusaka mereka ialah Zora, Esytaol, Ir-Semes,

42Saalabin, Ayalon, Yitla,

43Elon, Timna, Ekron,

44Elteke, Gibeton, Baalat,

45Yehud, Bene-Berak, Gat-Rimon,

46Me-Yarkon, dan Rakon berserta daerah yang berhadapan dengan Yope.

47Bani Dan kehilangan sebahagian daripada daerah mereka lalu mereka maju berperang melawan kota Lesem. Mereka menawan kota itu, membunuh penduduknya dengan mata pedang, mendudukinya, dan tinggal di sana. Lesem dinamai mereka Dan menurut nama bapa leluhur mereka, Dan.

48Kota-kota itu dengan desa-desanya itulah harta pusaka suku bani Dan menurut kaum-kaum mereka.

Tanah pusaka Yosua

49Setelah mereka selesai membahagi-bahagikan negeri itu menjadi harta pusaka mereka menurut daerah-daerahnya, orang Israel memberikan suatu harta pusaka kepada Yosua anak Nun di tengah-tengah mereka.

50Menurut perintah TUHAN, mereka memberikan kepadanya kota yang dimintanya, iaitu Timnat-Serah di pergunungan Efraim. Kemudian dia membina kota itu dan tinggal di dalamnya.

51Itulah harta pusaka yang dibahagi-bahagikan oleh Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan ketua kaum keluarga suku-suku orang Israel dengan mencabut undi di Silo, di hadapan TUHAN, di depan pintu Khemah Pertemuan. Demikianlah mereka menyelesaikan pembahagian negeri itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yosua 19 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel