Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Yosua 21 >> 

Bahagian kota-kota dan padang ragut bani Lewi

1Para ketua kaum keluarga bani Lewi datang menghadap Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan para ketua kaum keluarga daripada suku-suku orang Israel yang lain

2di Silo, di Tanah Kanaan, dan berkata kepada mereka demikian, “Dengan perantaraan Musa, TUHAN telah memerintahkan supaya kepada kami diberikan kota-kota untuk dihuni berserta padang ragut untuk ternakan kami.”

3Maka selaras dengan firman TUHAN, orang Israel memberikan kepada bani Lewi kota-kota yang berikut ini berserta padang ragut daripada antara harta pusaka mereka.

4Melalui undian, kaum-kaum bani Kehat, bani Lewi daripada keturunan Imam Harun itu mendapat tiga belas buah kota daripada suku Yehuda, suku Simeon, dan suku Benyamin

5manakala bani Kehat yang selebihnya mendapat sepuluh buah kota daripada kaum-kaum suku Efraim, suku Dan, dan separuh suku Manasye melalui undian.

6Bani Gerson mendapat tiga belas buah kota daripada kaum-kaum suku Isakhar, suku Asyer, suku Naftali, dan separuh suku Manasye di Basan melalui undian.

7Bani Merari, menurut kaum-kaum mereka, menerima dua belas buah kota daripada suku Ruben, suku Gad, dan suku Zebulon.

8Orang Israel memberikan kota-kota itu berserta padang rumput ternaknya kepada bani Lewi melalui undian, seperti yang diperintahkan TUHAN dengan perantaraan Musa.

9Daripada suku bani Yehuda dan suku bani Simeon kota-kota yang berikut, yang nama mereka disebutkan di sini, diberikan

10kepada bani Harun, iaitu salah satu kaum Kehat daripada bani Lewi, kerana undian yang pertama memihak kepada mereka.

11Kepada mereka diberikan Kiryat-Arba (Arba ialah bapa Enak), iaitu Hebron di pergunungan Yehuda berserta padang ragut di sekelilingnya.

12Tetapi ladang-ladang kota itu berserta desa-desanya telah diberikan kepada Kaleb anak Yefune menjadi miliknya.

13Maka kepada keturunan Imam Harun diberikan Hebron, iaitu kota perlindungan bagi pembunuh, Libna,

14Yatir, Estemoa,

15Holon, Debir,

16Ain, Yuta, dan Bet-Semes. Semuanya berserta padang ragutnya berjumlah sembilan buah kota daripada dua suku itu.

17Daripada suku Benyamin diberikan Gibeon, Geba,

18Anatot, dan Almon. Semuanya berserta padang ragutnya berjumlah empat buah kota.

19Jumlah seluruh kota bagi para imam daripada bani Harun ialah tiga belas kota berserta padang ragut mereka.

20Kaum-kaum bani Kehat, iaitu bani Lewi daripada bani Kehat yang selebihnya, mendapat kota-kota yang diperuntukkan bagi mereka daripada suku Efraim.

21Kepada mereka diberikan Sikhem, iaitu kota perlindungan di pergunungan Efraim bagi pembunuh, Gezer,

22Kibzaim, dan Bet-Horon. Semuanya berserta padang-padang ragut – empat kota.

23Daripada suku Dan diberikan Elteke, Gibeton,

24Ayalon, dan Gat-Rimon. Semuanya berserta padang-padang ragut – empat kota.

25Dari setengah suku Manasye diberikan Taanakh dan Gat-Rimon. Semuanya berserta padang-padang ragut – dua kota.

26Jumlah kota bagi kaum-kaum bani Kehat yang selebihnya itu ialah sepuluh buah berserta padang ragut mereka.

27Kepada bani Gerson daripada kaum-kaum bani Lewi, setengah suku Manasye yang lain memberikan Golan di Basan, iaitu kota perlindungan bagi pembunuh, dan Beestra. Semuanya berserta padang-padang ragut – dua kota.

28Daripada suku Isakhar diberikan Kisyon, Dobrat,

29Yarmut, dan En-Ganim. Semuanya berserta padang-padang ragut – empat kota.

30Daripada suku Asyer diberikan Misal, Abdon,

31Helkat, dan Rehob. Semuanya berserta padang-padang ragut – empat kota.

32Daripada suku Naftali diberikan Kedesh di Galilea, iaitu kota perlindungan bagi pembunuh, Hamot-Dor, dan Kartan. Semuanya berserta padang-padang ragut – tiga kota.

33Jumlah seluruh kota bagi bani Gerson menurut kaum-kaum mereka ialah tiga belas kota berserta padang ragutnya.

34Kepada kaum-kaum bani Merari, iaitu bani Lewi yang selebihnya, suku Zebulon memberikan Yokneam, Karta,

35Dimna, dan Nahalal. Semuanya berserta padang ragutnya berjumlah empat buah kota.

36Daripada suku Ruben diberikan Bezer, Yahas,

37Kedemot, dan Mefaat. Semuanya berserta padang ragutnya berjumlah empat buah kota.

38Daripada suku Gad diberikan Ramot di Gilead, iaitu kota perlindungan bagi pembunuh, Mahanaim,

39Hesbon, dan Yaezer. Semuanya berserta padang ragutnya berjumlah empat buah kota.

40Jumlah seluruh kota bagi bani Merari menurut kaum-kaum mereka, iaitu kaum-kaum bani Lewi yang selebihnya, ialah dua belas buah kota menurut undian mereka.

41Jadi, jumlah kota bani Lewi di tengah-tengah milik orang Israel ialah empat puluh lapan buah kota berserta padang ragutnya.

42Tiap-tiap kota itu memiliki padang ragut di sekelilingnya; demikianlah keadaan semua kota itu.

43Demikianlah TUHAN memberikan kepada orang Israel seluruh negeri yang dijanjikan-Nya dengan bersumpah untuk dikurniakan kepada nenek moyang mereka. Mereka menduduki negeri itu dan tinggal di dalamnya.

44TUHAN memberikan ketenteraman di sekeliling mereka, selaras dengan semua yang dijanjikan-Nya dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka. Daripada semua musuh mereka, tiada seorang pun dapat bertahan menghadapi mereka. Semua musuh mereka diserahkan TUHAN ke dalam tangan mereka.

45Tidak ada satu pun daripada segala hal yang baik yang dijanjikan TUHAN kepada keturunan kaum Israel yang tidak dikotakan. Semuanya menjadi kenyataan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yosua 21 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel