Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [AVB]     [PL]  [PB] 
 <<  Zakharia 10 >> 

Pemulihan Yehuda dan Israel

1Mintalah hujan kepada TUHAN pada masa hujan akhir musim – kepada TUHAN yang menjadikan kilat – maka Dia akan mengurniakan hujan lebat kepada manusia dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di padang kepada setiap orang.

2Patung berhala rumah mengatakan kesia-siaan dan penenung menyampaikan penglihatan dusta. Mereka menceritakan mimpi-mimpi bohong dan memberikan penghiburan yang sia-sia. Oleh sebab itu orang berkeliaran seperti kawanan domba, menderita kerana tidak ada gembala.

Pembebasan Israel daripada kuasa asing

3“Murka-Ku menyala-nyala terhadap para gembala dan Aku akan menghukum para pemimpin! TUHAN alam semesta, akan mengurus kawanan domba-Nya, iaitu keturunan kaum Yehuda, dan akan menjadikan mereka seperti kuda perang yang penuh kemegahan dalam peperangan.

4Daripada mereka akan muncul batu penjuru, daripada mereka akan muncul pancang khemah, daripada mereka akan muncul busur peperangan, daripada mereka akan muncul semua penguasa bersama-sama.

5Mereka akan seperti para kesateria yang menginjak-injak musuh di jalan berlumpur dalam peperangan. Mereka akan berperang kerana TUHAN menyertai mereka, dan akan mengaibkan para penunggang kuda.

6Aku akan menguatkan keturunan kaum Yehuda, dan menyelamatkan keturunan kaum Yusuf. Aku akan membawa mereka kembali, kerana Aku mengasihani mereka. Mereka akan menjadi orang yang seolah-olah tidak pernah Kubuang, kerana Akulah TUHAN, Allah mereka, dan Aku akan menjawab mereka.

7Efraim akan seperti seorang kesateria, hati mereka akan gembira seperti orang minum air anggur. Anak-anak mereka akan melihatnya dan bersukacita, hati mereka akan bergembira di dalam TUHAN.

8Aku akan memanggil mereka dengan isyarat dan mengumpulkan mereka, kerana Aku telah menebus mereka. Mereka akan bertambah ramai sebagaimana ramainya mereka dahulu.

9Sekalipun Aku telah menyerakkan mereka ke antara bangsa-bangsa, di tempat-tempat yang jauh mereka akan mengingati Aku. Mereka akan bertahan hidup bersama dengan anak-anak mereka dan mereka akan kembali.

10Aku akan membawa mereka kembali dari Tanah Mesir dan mengumpulkan mereka dari Asyur. Aku akan membawa mereka masuk ke Tanah Gilead dan Lebanon, sampai tidak ada lagi tempat bagi mereka.

11Mereka akan mengharungi laut kesesakan dan memukul segala gelombang di laut, sehingga semua tempat yang dalam di Sungai Nil menjadi kering. Keangkuhan Asyur akan diruntuhkan dan tongkat kerajaan Mesir akan disingkirkan.

12Aku akan menguatkan mereka di dalam TUHAN, dan mereka akan berjalan dalam nama-Nya,” demikianlah firman TUHAN.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Zakharia 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel