Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 2 >> 

1ADAPUN sutlah sudah Isa dipranakkan diBathliham tanah Yahuda, tutkala Herodis munjadi raja disitu, hieran, adalah pundita datang deri sublah timor ka Jerusalem,

2Katanya, Dimanakah Raja orang Yahudi yang bahru dipranakkan itu? kurna kami tulah mulihat akan bintangnya dinugri timor, maka datanglah kami handak munyumbah akan dia.

3Hata apabila didungar ulih raja Herodis akan hal itu, maka susahlah hatinya, surta dungan sagala isi Jerusalem itu pun bursama sama.

4Shahadan maka dikampongkannya sagala Imam yang busar busar, dan Khatib Khatib deripada kaum itu, lalu dipreksainyalah kapadanya dimanakah Almasih itu akan jadi.

5Maka kata marika itu kapadanya, di Bathliham tanah Yahuda, kurna dumkianlah tulah disuratkan ulih Nabi.

6Hie Bathliham, tanah Yahuda, bukannya angkau turkuchil deri antara sagala kupala nugri Yahudi, kurna akan kluar kulak deri dalammu sa'orang Raja, maka iya itu akan mumrentahkan kaumku Israil.

7Sutlah itu, maka dipanggil ulih raja Herodis akan pundita pundita itu diam diam, surta dipreksainya kapada marika itu baik baik, bilakah bintang itu tulah kulihatan.

8Hata maka disuruhnyalah marika itu purgi kaBathliham, katanya, Purgilah kamu chari baik baik kanak kanak itu; maka apabila kamu tulah mundapat dia, brilah tau padaku, supaya aku pun datang munyumbah akan dia.

9Maka apabila didungar ulih marika itu akan purkataan raja, lalu purgilah iya; hieran, adapun bintang yang dilihatnya dinugri timor itu, adalah turdahulu burjalan dihadapan marika itu, sampie datanglah bintang itu turhunti diatas tumpat yang ada budak itu.

10Maka apabila dilihat ulih marika itu akan bintang itu, suka chitalah marika itu dungan suka chita yang amat busar.

11Shahadan apabila masoklah marika itu kadalam rumah itu, maka dilihatnya akan budak itu dungan Muriam ibunya, maka sujudlah marika itu munyumbah akan dia, lalu dibukakannyalah tumpat purmasaannya, surta dipursumbahkannyalah padanya akan hadiah hadiah, iya itu mas, dan kumnyan, dan mor.

12Lalu diingatkan Allah akan marika itu dalam mimpi, bahwa janganlah marika itu kumbali kapada Herodis lagi, maka pulanglah iya kanugrinya deripada sempang yang lain.

13Shahadan apabila marika itu sudah kumbali, hieran, datanglah sa'orang maliekat Tuhan kapada Yusof, dilihatnya dalam mimpi, katanya, Bangunlah angkau, ambil budak itu surta dungan ibunya, bawalah lari kaMasir, tinggallah angkau disana, sampie aku mumbri tau akan dikau, kurna Herodis munchari budak itu handak dibunuhnya dia.

14Maka apabila bangunlah iya, lalu diambilnya budak itu, surta dungan ibunya pada malam, lalu burjalanlah iya kaMasir.

15Maka tinggallah iya disana, sampie kapada kutika mati Herodis, supaya gunaplah barang yang dikatakan ulih Nabi deripada Tuhan, katanya, Bahwa aku tulah mumanggil anakku deri dalam nugri Masir.

16Kulakian apa bila dilihat ulih Herodis, bahwa iya tulah ditipu ulih pundita pundita itu, maka turlalulah marahnya, surta disuruhkannya orang purgi mumbunuh sagala budak budak yang ada diBathliham, dan pada skalian jajahannya itu, yang ada burumor dua tahun, dan kurang deripada itu, diturutnya sapurti kutika yang tulah dipreksainya baik baik deripada pundita pundita itu.

17Maka pada tutkala itu, gunaplah purkara yang dikatakan ulih Nabi Jermiah,

18Katanya, Kadungaranlah dinugri Rama, satu suara, ratap, dan tangis, dan duka chita yang amat sangat, iya itu Rabil munangiskan anaknya, tiadalah iya mau dihiborkan, subab katidaan anaknya.

19Adapun apabila matilah Herodis, hieran, datanglah sa'orang maliekat Tuhan, dilihat Yusof dalam mimpi diMasir,

20Katanya, Bangunlah angkau, ambil akan budak itu surta dungan ibunya, bawalah purgi kutanah Israil, kurna adapun yang handak mumbunuh budak itu sudah mati.

21Hata bangunlah iya, sambil diambilnya budak itu, surta dungan ibunya, maka purgilah iya katanah Israil.

22Tutapi apabila didungarnya Arkilaus tulah munjadi raja munggantikan Herodis bapanya dalam tanah Yahuda, maka takutlah Yusof purgi kusana, maka diingatkan Allah akan dia dalam mimpi, lalu munyempanglah iya kapada jajahan tanah Galilia.

23Maka datanglah iya tinggal dalam sa'buah nugri yang burnama Nazareth: supaya gunaplah barang yang dikatakan ulih nabi nabi, Bahwa Isa itulah akan burgular sa'orang Nazareth.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 2 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran