Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Markus 14 >> 

1SUBARMULA tulah dua hari lalu hari raya langkah, dan roti yang tiada buragi: maka kupala imam imam, dan khatib khatib munchari jalan bagimana bulih marika itu munangkap akan dia dungan tipu, handak dibunohnya.

2Tutapi kata marika itu, Janganlah pada hari raya, nanti kulak munjadi gadoh kaum ini.

3Maka pada masa iya dalam Bethani dirumah Simon burkusta, tutkala Isa dudok makan, maka datanglah sa'orang prumpuan mumbawa suatu chumbul batu yang burisi minyak bau bauan yang amat indah; maka dibukanya chumbul itu, lalu dichurahkannya kaatas kapala Isa.

4Maka adalah disana bubrapa orang yang munaroh amarah, maka katanya, Mungapakah minyak bau bauan ini dibuangkan chuma chuma?

5Kurna iya ini dapat dijual turlebih deripada tiga ratus dinar, iya itu bulih dibrikan kapada orang miskin. Maka disungutilah ulih marika itu.

6Maka burkata Isa, Biarkanlah akan dia: mungapa kamu mumbuat susah akan dia? iya itu tulah burbuat suatu pukurjaan yang baik atasku.

7Kurna ada pada kamu orang miskin itu slalu, barang bila pun kamu bulih burbuat baik kapadanya: tutapi aku ini tiadalah kamu dapat slalu.

8Maka prumpuan itu burbuat barang apa iya bulih: iya datang turduhulu mumbuboh minyak bau bauan ditubohku akan munanam mayatku.

9Maka sasunggohnya aku burkata kapadamu, Barang dimana injil ini akan dimashorkan burkliling dunia ini, maka dumkianlah adanya apa yang dipurbuat prumpuan ini pun akan dikatakan, kurna suatu puringatan akan dia.

10Maka adalah Juda Iskariot itu, sa'orang deripada duablas murid, purgilah iya kapada kupala kupala imam, handak disurahkan dungan tipu akan Isa kapada marika itu.

11Maka apabila didungar ulih marika itu akan dia, sukalah marika itu, maka burjanji handak mumbri akan dia wang. Maka dicharinyalah jalan yang sunang bagimanakah handak disurahkannya akan dia dungan tipu.

12Maka pada hari yang purtama deripada hari raya roti tiada buragi, apabila punghabisan korban hari raya langkah, kata murid muridnya kapada Isa, Dimanakah angkau kahandaki kami purgi supaya kami sudiakan angkau makan purjamuan hari raya langkah.

13Maka disurohkannya dua orang muridnya, surta katanya kapadanya, Purgilah angkau masok kudalam nugri, maka disana angkau akan burtumu dungan sa'orang yang ada mungangkat sa'buah buyong ayer: ikotlah akan dia.

14Maka barang dimana iya masok, kata ulihmu kapada orang dirumah itu, Guru tulah burkata, Dimanakah ada bilek jamu yang aku akan mumakan purjamuan hari raya langkah dungan murid muridku?

15Maka iyalah kulak akan mununjokkan kapadamu suatu bilek lapang diatas, yang burhias dan tulah sudia: disanalah sudiakan bagie kita.

16Maka purgilah murid muridnya itu, lalu masok kudalam nugri, maka didapatinya sapurti yang dikatakannya kapada marika itu: maka disudiakanlah ulih marika itu purjamuan hari raya langkah itu.

17Maka pada putang datanglah Isa bursama sama dungan duablas orang muridnya.

18Maka apabila tungah marika itu makan, maka kata Isa, Sasunggohnya aku burkata kapada kamu, sa'orang deripada kamu yang makan dungan aku, akan munyurahkan aku dungan tipu.

19Maka marika itu skalian pun bahrulah burdukachita, dan burkata kapadanya sa'orang lupas sa'orang, Akukah? maka kata yang lain, Akukah?

20Maka jawabnya surta burkata kapada marika itu, Iya itu sa'orang deripada duablas, yang munchulopkan tangannya bursama sama dungan aku dalam pinggan.

21Maka dungan sasunggohnya Anak manusia itu munurut sapurti ajalnya, yang tulah turtulis bagienya: akan tutapi karamlah bagie orang yang munyurahkan dungan tipu akan Anak manusia itu! maka turlebih baiklah bagie orang itu kalau iya tiada dipranakkan skali kali.

22Maka sutlah sudahlah marika itu makan, Isa mungambil roti, diburkatinya, lalu dipuchahkannya akan dia, surta dibrikannya kapada marika itu, maka katanya, Ambillah, makan: inilah tubohku.

23Maka diambilnya chawan, maka sutlah sudah iya munguchap shukor, lalu dibrikannyalah itu kapada marika itu: maka skaliannya itupun minumlah akan dia.

24Maka katanya kapada marika itu, Inilah darahku wasiyat bahru, yang turtumpah subab orang banyak.

25Maka sasunggohnya aku burkata kapada kamu, Tiadalah aku kulak muminum lagi ayer bua anggor ini sampielah pada hari yang aku muminum akan dia dalam krajaan Allah.

26Maka apabila marika itu skalian sudah munyanyi puji pujian, marika itu kluarlah purgi kapada bukit Zieton.

27Maka kata Isa kapada marika itu skalian, Kamu kulak akan kuna shak ulih subab aku pada malam ini: karna iya itu tulah turtulis, aku akan mumalu gumbala kambing, maka kambing kambing itu akan burtaboran.

28Tutapi kumdian deripada itu aku akan burbangkit, maka aku kulak purgi dahulu deripada kamu kudalam Galilia.

29Tutapi kata Petros kapadanya muskipun skaliannya akan kuna shak, tutapi aku tidak.

30Maka kata Isa kapadanya, Sasunggohnya aku burkata kapadamu, Adapun hari ini, muskipun pada malam ini, dahulu deripada ayam burkokoh dua kali, angkau kulak munyungkali aku tiga kali.

31Tutapi iya burkata turlubih kras, Jikalau kiranya aku mati skalipun, bursama sama juga dungan angkau, maka tiadalah aku munyungkali angkau dalam barang bichara. Maka dumkian lagi juga kata marika itu skalian.

32Maka datanglah marika itu kapada suatu tumpat yang burnama Gethsemani: maka kata Isa kapada murid muridnya, Dudoklah kamu disini sa'muntara aku muminta doa.

33Maka dibawanya surtanya Petros dan Yakob dan Yahya, maka bahrulah iya dukachita sangat, jadi turlalu brat;

34Maka katanya kapada marika itu, Bahwa nyawaku turlalu sangat dukachita kapada mati: nantilah disini, dan burjaga.

35Maka purgilah iya kahadapan sa'dikit, lalu sujud kabumi, surta muminta doa, jikalau dungan sa'bulih bulihnya, waktu itu biarlah lalu deripadanya.

36Maka katanya, Aba, Bapa, sagala purkara tiada mustahil bagiemu; jaukanlah chawan ini deripadaku: maka dalam itupun bukannya sapurti kahandakku mulainkan barang kahandakmu.

37Maka datanglah iya, lalu didapatinya marika itu skalian tidor, maka katanya kapada Petros, Simon, tidorkah kamu? tiadakah bulih kamu burjaga satu jam?

38Jagalah kamu dan burdoa, supaya jangan kamu masok kudalam purchobaan. Maka roh itu sasunggohnya sudialah, tutapi tuboh itu lumahlah adanya.

39Maka purgilah iya pula, lalu muminta doa, surta burkata dumkianlah juga purkataan.

40Maka apabila kumbalilah iya, maka didapatinya marika itu tidor pula, (kurna mata marika itu brat,) atau apa handak dijawabkan ulih marika itu akan dia.

41Maka datanglah iya katiga kalinya, lalu burkata kapada marika itu, Tidorlah kamu skarang, bursunanglah kamu: tulah chukoplah, waktu sudah sampie; sasunggohnya Anak manusia itu disurahkan dungan tipu kutangan orang orang burdosa.

42Bangunlah, biar kita purgi; tengoklah, orang yang munyurahkan dungan tipu akan daku itu tulah dukat.

43Maka dungan sa'kutika itu, sa'lagi iya burchakap, maka datanglah Judas, yang dalam duablas murid itu, maka adalah busurta dungan dia bulantantara turlalu banyak dungan pudang dan tombak, iya itu deripada kupala kupala imam, dan khatib khatib, dan orang tua tua.

44Maka orang yang munyurahkan dungan tipu itu tulah mumbri suatu tanda kapada marika itu, katanya, Kapada barang siapa aku akan munchiyum, iya itulah dia; tangkaplah, bawalah akan dia baik baik.

45Maka surta iya tulah datang, maka butul ditujunya akan Isa, surta katanya, Guru, guru; lalu dichiumnya akan dia.

46Maka marika itu skalian pun mumbubohlah tangan akan dia, lalu ditangkapnya.

47Maka adalah sa'orang yang burdiri dukat itu, mungunuslah pudangnya, lalu diparangkannya kapada sa'orang hamba imam yang busar, lalu putuslah tulinganya.

48Maka kata Isa kapadanya, Kudatangan kamu ini kluar, sapurti mulawan sa'orang punchurikah, dungan pudang pudang dan tombak tombak akan munangkap aku?

49Maka adalah pada tiap tiap hari aku ada busurta dungan kamu dalam kaabah mungajar, tiada kamu munangkap aku: tutapi dapat tiada kitab itu tulah gunaplah.

50Maka skalian marika itupun muninggalkanlah akan dia, lalu lari.

51Maka adalah sa'orang orang muda yang mungikot akan dia itu, munyangkutkan sa'lei kain khasa ditubohnya yang burtulanjang itu; maka ditangkaplah ulih orang orang muda itu akan dia:

52Maka ditanggalkannyalah akan kain puteh, lalu larilah iya dungan burtulanjang.

53Maka marika itupun mumbawalah akan Isa kapada imam yang busar: maka adalah disana bursama sama dungan dia burhimpunlah sagala kupala kupala imam, dan orang tua tua dan khatib khatib.

54Maka adalah Petros itu mungikut akan dia jau deri blakang, itupun sampie kapada mahaligei imam: maka dudoklah iya bursama sama dungan hamba hamba itu, mungganggang tubohnya dukat api itu.

55Maka kupala kupala imam dan sagala orang orang bichara itupun muncharilah saksi akan mulawan Isa supaya dibunohnya akan dia; maka tiadalah didapatinya.

56Kurna adalah banyak yang munjadi saksi dusta mulawan akan dia, tutapi saksinya itu tiadalah sa'tuju sa'orang dungan sa'orang.

57Maka burbangkitlah sa'orang anu, yang munjadi saksi dusta mulawan akan dia, katanya,

58Adalah kami munungar katanya, Aku nanti mumbinasakan kaabah ini yang tulah dipurbuat dungan tangan, maka dalam tiga hari aku bulih mumbangunkan yang lain yang dipurbuat bukan dungan tangan.

59Tutapi dumkian juga tiada saksi saksi marika itu sa'tuju bursama sama.

60Maka imam busar itupun burdirilah ditungah tungah, lalu burtanya kapada Isa, katanya, Tiadakah angkau munjawab suatu pun? apa yang saksi saksi ini munodoh akan dikau?

61Tutapi diamlah iya, maka satu pun tiada dijawabnya. Ditanya ulih imam busar itu pula akan dia, surta burkata kapadanya, Angkaukah Almasih, Anak burkat itu?

62Maka kata Isa, Akulah: maka kamu kulak akan mulihat Anak manusia itu dudok disa'blah kanan yang burkuasa, datang dalam awan awan dilangit.

63Sutlah itu maka imam busar itupun munguyakkan kain bajunya, surta burkata, Apa guna lagi kapada kita munchari saksi saksi?

64Kamu tulah munungar hujat ini: apakah kamu fikir? Maka marika itu skalian pun mununtukan iya salah patut mati.

65Maka ada orang yang mumulai muludahi akan dia, dan munutupi mukanya, dan ditumboknya akan dia, surta burkata kapadanya, Nabuatkanlah: maka hamba hamba itupun munamparlah akan dia.

66Adapun tutkala Petros itu adalah dibawah dalam astana, maka datanglah sa'orang hamba prumpuan imam busar itu:

67Maka apabila dilihat ulih hamba prumpuan itu Petros burganggang tubohnya, maka dipandangnya akan dia, lalu katanya, Angkau pun bursama samakah dungan Isa orang Nazareth itu?

68Tutapi bursangkallah iya, katanya, Aku tiada tau, atau mungarti apa kamu kata. Lalu kluarlah iya kabaleirong; maka ayam pun burkokoklah.

69Maka dilihatlah ulih sa'orang hamba prumpuan pula akan dia, katanya kapada orang orang yang burdiri dukat itu, Ini sa'orang deripada marika itu.

70Maka bursangkahlah iya pula. Sa'buntar lagi, orang orang yang burdiri dukat itu, burkata lagi kapada Petros, Sunggoh sunggoh angkau sa'orang deripada marika itu: kurna angkau sa'orang Galilia, tuturmu pun bugitu juga.

71Tutapi iya mumulai mungutok dirinya dan bursumpah, katanya, Aku tiada mungunal akan orang yang kamu kata itu.

72Maka ayam pun burkokoklah kadua kali. Maka Petros pun turingatlah dalam hatinya akan purkataan yang dikatakan Isa kapadanya dahulu deripada ayam burkokok dua kali, angkau kulak munyungkali aku tiga kali. Maka apabila iya turkunanglah itu, munangislah iya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Markus 14 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran