Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Roma 4 >> 

1SUBARMULA apakah yang handak kita katakan, Ibrahim bapa kita itu tulah mundapat deri subab adat adat tauret?

2Kurna jikalau Ibrahim itu dibunarkan subab amal, maka adalah kapadanya kamulian; tutapi tiada dia burulih kamulian dihalrat Allah?

3Maka apakah yang tursubut dalam kitab? Adapun Ibrahim tulah purchaya akan Allah, maka subab itulah dibilangkan dia bunar.

4Adapun kapada orang yang burbuat amal itu, maka faalah itu bukannya dibilang deripada anugrah, mulainkan pumbayar hutang adanya.

5Tutapi kapada orang yang tiada burbuat amal itu, hanya iya purchaya kapada Allah yang mumbunarkan orang jahat, adapun imannya itu dibilangkan kurna kabunaran.

6Maskipun sapurti yang dikatakan ulih Daud deri hal slamat orang itu, yang dibilang Allah bunar dungan tiada purbuatan amalnya,

7Katanya, Bahwa burbhagialah orang orang yang diampuni Allah kasalahannya, dan ditudongkannya dosa dosanya.

8Dan burbhagialah pula orang yang tiada ditanggongkan Tuhan dosa atasnya.

9Adapun burkat yang datang itu atas orang yang disunatkankah sahja, atau atas orang yang tiada disunatkan pun? kurna kita tulah burkata adapun iman itulah dibilangkan bagie Ibrahim ganti kabunaran.

10Bagimanakah grangannya tulah dibilangkan? iya itu tutkala Ibrahim itu sudah bursunatkah, atau tutkala bulom lagi disunatkankah? Maka iya itu bukannya tutkala sudah iya bursunat, mulainkan sa'bulom dia bursunat.

11Maka iya tulah munurima akan slamat bursunat itu, maka iya itulah suatu mutrie akan kabunaran iman yang ada padanya tutkala sa'bulom iya disunatkan: supaya iya munjadi bapa bagie sagala orang yang purchaya, maski pun marika itu tiada disunatkan; supaya kabunaran itu dapat ditanggongkan kapada marika itu pun.

12Maka Ibrahim itulah yang tulah munjadi bapa bursunat itu, bukannya kapada orang yang bursunat sahja, mulainkan kapada barang siapa yang munurut kajujaan iman bapa kami Ibrahim itu, sa'bulom lagi iya disunatkan.

13Kurna adalah purjanjian itu, bahwa Ibrahim itu akan munjadi warith dunia, bukannya kapada Ibrahim, atau kapada bunihnya deri subab tauret, hanya deri subab kabunaran iman juga.

14Kurna jikalau orang yang burtauret munjadi warith, nuschaya iman itu sia sialah adanya, dan purjanjian itupun ta'da burguna adanya:

15Kurna tauret itu mundatangkan morka: maka barang dimana, tiada hukum, maka disana pun tiada barang kasalahan.

16Maka subab itulah kabunaran itu munjadi deripada iman, adapun datangnya itu deripada anugrah; kasudahannya kulak suatu purjanjian itu munjadi tutap kapada sagala bunih; bukannya iya itu deripada bunih tauret sahja, mulainkan iya itu deripada bunih iman bapa kita skalian pun, iya itu Ibrahim,

17(Sapurti yang tulah tursurat, bahwa aku tulah munjadikan dikau akan bapa kapada bubrapa bangsa,) maka dihadapan Allah yang dipurchayai ulih Ibrahim itu, bahwa iyalah juga yang munghidopkan orang yang mati, dan iya mungadakan purkara purkara yang ta'da, sapurti yang tulah ada.

18Adapun dilawan ulih Ibrahim itu akan harap, tutapi purchaya juga iya dungan harap yang iya kulak akan munjadi bapa bagie bubrapa bangsa, sapurti yang tulah dikatakan Allah, Dumkianlah kulak akan jadi bunihmu itu.

19Maka imannya tiadalah lumah, maka tiadalah ditimbangkannya dirinya itu akan mati, tutkala umurnya kira kira sa'ratus tahun, dan tiada pula ditimbangkannya deri hal kalumahan rahim Sarah itu:

20Maka tiada juga iya burgrak deripada purjanjian Allah; dungan kurang imannya mulainkan dungan tugoh imannya sambil mumuliakan Allah;

21Maka yakinlah juga iya sangat, iya itu bahwa Allah burkuasa akan munyampiekan purkara yang tulah dijanjikannya itu.

22Maka subab itulah dibilangkan dia bunar.

23Adapun bukannya itu disuratkan bagie Ibrahim sahja, subab iya dibilangkan bunar;

24Mulainkan bagie kita pun kulak akan dibilangkan juga, jikalau kiranya kita purchaya akan dia itu yang tulah mumbangkitkan Isa Tuhan kita deripada matinya;

25Yang tulah disurahkan akan dia subab kusalahan kami, dan yang tulah dibangkitkan pula subab kabunaran kami.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Roma 4 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran