Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 21 >> 

1SABURMULA maka kulihat langit bahru dan bumi bahru; kurna langit lama dan bumi lama pun tulah lunyaplah; maka laut pun tiadalah lagi.

2Bahwa aku Yahya tulah mulihat nugri yang suchi, iya itu Jerusalem yang bahru, turun deripada fihak Allah kluar deri shorga, yang turlangkap sapurti sa'orang pungantin yang dihiasi bagie suaminya.

3Maka kudungar suatu suara busar deri langit, katanya, Bahwa sa'sungguhnya, kaabah Allah ada diantara manusia, maka iya kulak diam bursama sama dungan dia, marika itu kulak munjadi kaumnya, maka Allah sundirinya kulak ada bursama sama dungan marika itu, surta munjadi Allahnya.

4Bahwa Allah akan munyapu sagala ayer mata deripada matanya: dan maut pun tiada lagi, atau duka chita, atau munangis, atau kusakitan pun tiada lagi: kurna sagala purkara yang lama itu tulah lalu.

5Maka burkatalah orang yang duduk diatas arash itu, katanya, Bahwa sa'sungguhnya, aku munjadikan sagala purkara itu bahru. Surta katanya padaku, Tulislah: kurna purkataan inilah bunar dan sutiawan adanya.

6Maka burkatalah iya padaku, sudahlah habis. Bahwa aku Alif dan Iya, iya itu purmulaan dan kasudahan. Maka aku handak mumbri kapada orang; yang dahaga itu minum deri dalam mata ayer hayad dungan chuma chuma.

7Maka barang siapa yang munang iyalah kulak akan mumpusakai sagala sa'suatu; akulah akan munjadi Allahnya, maka iya kulak munjadi anakku.

8Tutapi orang yang punakut, dan yang tiada purchaya, dan yang kuji, dan yang mumbunuh, dan yang burzinah, dan orang hubatan, dan yang munyumbah burhala, dan sagala orang yang dusta, adalah bahgian marika itu kulak dalam tasik yang munyala dungan api dan blerang; iya itu maut yang kadua.

9Burmula maka datanglah kapadaku sa'orang muleikat deripada yang katujoh itu, yang ada tujoh piala yang punuh dungan tujoh bala yang akhir, lalu iya burkata padaku, katanya, Marilah kamari, aku akan mununjukkan padamu pungantin prumpuan, iya itu istri anak Domba itu.

10Maka dibawanyalah akan aku dungan roh kapada sa'buah bukit busar dan tinggi, lalu diunjukkannyalah nugri busar itu, iya itu Jerusalem yang suchi, turun deri langit deripada fihak Allah.

11Yang ada mumpunyai kamuliaan Allah, dan lagi chayanya pun sapurti chaya purmata yang amat indah, sa'olah olah bagie purmata yashib, yang jurnih sapurti hablor;

12Maka adalah pula bagienya suatu tembok yang busar dan tinggi, dan adalah pula bagienya duablas pintu kurbang, maka dipintu kurbang itu adalah duablas orang muleikat, dan adalah nama nama turtulis diatasnya itu, iya itu sama nama duablas suku bangsa bunih Israel:

13Disublah timor tiga pintu; disublah utara tiga pintu; disublah sulatan tiga pintu; disublah barat tiga pintu.

14Maka tembok nugri itu adalah duablas alas, maka dalamnya itu adalah nama duablas orang rasul anak Domba itu.

15Maka orang yang burkata kata dungan aku itu adalah iya mumugang suatu buluh yang kaamasan supaya mungukor nugri, dan sagala pintu kurbang, dan tembok temboknya itu.

16Adapun nugri itu ampat pursugi adanya, panjang dan lebarnya sama: maka diukornya nugri itu dungan buluh itu, duablas ribu stadia. Sama panjangnya, dan lebarnya, dan tingginya.

17Maka diukornya temboknya sa'ratus ampat puloh ampat hasta, sapurti ukuran manusia juga, iya itu, muleikat.

18Maka temboknya itu dibangunkan dungan purmata yashib: maka nugri itu dipurbuat dungan mas urie, sapurti kacha yang jurnih,

19Maka alas tembok nugri itu adalah dihiasi dungan burbagie bagie junis purmata yang indah indah. Adapun alas tembok yang purtama itu deripada yashib; dan yang kadua itu, deripada nilam; dan yang katiga itu deripada kalsedonia; dan yang kaampat itu deripada zamrud;

20Dan yang kalima itu, deripada akik; dan yang kaanam itu deripada yakud merah; dan yang katujoh itu deripada phiruz; dan yang kudulapan itu deripada azak; dan yang kasumbilan itu, deripada yakud kuning; dan yang kasapuloh itu deripada zabarjud; dan yang kasublas itu deripada pusparagam; dan yang kaduablas itu deripada marteis.

21Maka kaduablas pintu kurbang itu adalah duablas biji mutiara; maka tiap tiap pintu itu dipurbuat dungan sa'biji mutiara: dan lorong nugri itu deripada mas urie, sapurti kacha trang trus.

22Maka kulihat tiada kaabah didalamnya: kurna Tuhan Allah yang maha kuasa itu dan anak Domba itulah kaabahnya.

23Maka pada nugri itu tiadalah burguna chaya mata hari, dan chaya bulan, munurangi dia, kurna kamuliaan Allah ada munarangi akan dia, dan anak Domba itupun munjadi trangnya.

24adapun sagala bangsa orang yang burulih slamat itu kulak akan burjalan dalam trangnya itu; dan sagala raja raja dibumi itupun akan mumbawa kamuliaan dan hormatnya kadalamnya itu.

25Maka pintu pintu kurbangnya itupun tiada kulak turkonchi skali kali pada siang hari; tugal tiadalah malam disana.

26Maka dibawa kulak orang kamuliaan dan hormat sagala bangsa kadalamnya.

27Maka tiada akan masok kadalamnya skali kali barang yang munujiskan, atau yang mungurjakan purkataan kabunchian, atau yang burtutur bohong: hanya sagala orang yang turtulis namanya dalam kitab hayad anak Domba itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Wahyu 21 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran