Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Korintus 13 >> 

FATSAL XIII.

1SHAHADAN jikalau aku bŭrtutor dŭngan bahsa manusia dan mŭliekat skalipun, tŭtapi tiada pŭngasihau bagieku, nŭschaya aku ini mŭnjadi spŭrti tŭmbaga yang bŭrbunyi, atau chir chir yang gŭmŭrŭnching.

2Dan lagi jikalau aku ada mŭmpunyai kwasa bŭrnabuat, dan mŭngatahui sagala rahsia dan sagala pŭngatahuan skali pun; dan lagi jikalau aku ada sagala iman, sahingga aku dapat mŭmindahkan bukit bukit skalipun, tŭtapi tiada pŭngasihan padaku, nŭschaya aku satu pun tidak.

3Dan jikalau aku mŭmblanjakan sagala hartaku akan mŭmbri makan orang orang mŭskin skalipun; dan jikalau aku sŭrahkan tubohku supaya habis dibakar skalipun, tŭtapi tiada pŭngasihan padaku, nŭschaya tiadalah bŭrfiedah padaku satu pun.

4Adapun pŭngasihan itu tahan lama dan sayang; pŭngasihan itu tiada bŭrdŭngki; pŭngasihan itu tiada mŭmŭgahkan dirinya, dan tiada pula chongkak:

5Dan tiada pula iya bŭrlaku dŭngan tiada bŭrkŭtahuan, dan tiada iya mŭnchari untong bagie dirinya sŭndiri, dan tiada iya suang suang marah, dan tiada iya bŭrfikir jahat;

6Maka tiada pula iya gŭmar kapada kŭsalahan, hanya iya gŭmar pada kabŭnaran itu;

7Maka iya mŭnanggong sagala sŭsuatu, dan pŭrchaya sagala sŭsuatu, dan harap sagala sŭsuatu, dan mŭnahani sagala sŭsuatu.

8Maka pŭngasihan itu tiada pŭrnah habis: tŭtapi jikalau ada nabuat nabuat, itu kŭlak akan habis; dan jikalau ada jŭnis jŭnis bahsa, itupun akan bŭrhŭnti; dan jikalau ada pŭngatahuan, itu pun kŭlak akan lŭnyap adanya.

9Kŭrna kami mŭngatahui sŭparoh sahja, dan kami mŭngajar pun sŭparoh sahja.

10Tŭtapi apabila datang kŭlak pŭrkara yang samporna itu, maka tŭtkala itulah pŭrkara yang sŭparoh itu akan ditolak kŭlak.

11Maka pada masa aku kanak kanak, aku bŭrkata kata spŭrti kanak kanak, dan mŭngarti pun spŭrti kanak kanak, dan bŭrfikir pun spŭrti kanak kanak: tŭtapi apabila aku sampie akal balir, aku buangkanlah sagala pŭrkara kanak kanak.

12Kŭrna skarang ini kami mŭnilik dŭngan chirmin, kaburlah juga, tŭtapi kumdian kŭlak muka sama muka: maka skarang ini aku mŭngatahui sŭparoh sahja; tŭtapi kumdian kŭlak aku akan mŭngatahui spŭrti aku dikŭtahui.

13Maka skarang ini adalah tŭrtinggal iman, dan harap, dan pŭngasihan, katiga ini; tŭtapi yang tŭrutama deripada skalian ini iya itulah pŭngasihan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Korintus 13 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2023
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel Dual Panel

Laporan Masalah/Saran