Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Korintus 15 >> 

FATSAL XV.

1TAMBAHAN pula, hie saudara saudara, bahwa aku mŭnyatakan padamu deri hal Injil yang aku tŭlah mŭmashorkan kapada kamu, iya itu yang tŭlah kamu pun trima, dan dŭngan itu juga kamu tŭtap.

2Maka deripadanyalah juga kamu bŭrulih slamat jikalau kiranya kamu mŭnaroh ingatan barang apa yang tŭlah kuajar kapadamu, lamun jangan kamu pŭrchaya dŭngan chuma chuma.

3Kŭrna sudah aku sŭrahkan pada kamu barang yang tŭlah kutrima mula mula, iya itu bagimana pri Almasih tŭlah mati ulih sŭbab dosa kami, spŭrti yang tŭrsŭbut dalam kitab Allah;

4Dan iya tŭlah ditanam, dan iya tŭlah bŭrbangkit pula pada hari yang katiga, spŭrti yang tŭrsurat dalam kitab Allah:

5Dan iya tŭlah klihatan kapada Kephas, kumdian kapada duablas umat:

6Kumdian deripada itu, iya tŭlah klihatan pula kapada lŭbih deripada lima ratus orang saudara pada skaligus; dan kŭbanyakkan lagi deripada orang orang itu yang ada tinggal sampie skarang, tŭtapi sŭparohnya itu tŭlah mangkat bŭradu.

7Kumdian deripada itu iya tŭlah klihatan kapada Yakob; dŭmkian kapada sagala rasul rasul itu.

8Maka pada akhirnya skali iya tŭlah klihatan padaku pun, spŭrti sa’orang anak yang dipranakkan lebih dahulu deripada waktunya.

9Kŭrna aku inilah ada tŭrhina deripada sagala rasul itu, maka aku ini tiada layak disŭbutkan rasul, sŭbab aku tŭlah mŭngannyayakan sidang jŭmaah Allah.

10Tŭtapi dŭngan anugrah Allah juga aku tŭlah jadi spŭrti yang ada ini: dan anugrahnya yang dibri padaku bukannya sia sia; tŭtapi aku tŭlah bŭrlŭlah tŭrlebih deripada sagala marika itu: tŭtapi bukannya aku, mŭlainkan anugrah Allah yang ada bŭsŭrta dŭngan aku.

11Maka sŭbab itu, baik aku, atau baik marika itu, maka dŭmkianlah juga kami tŭlah mŭngajar, dan dŭmkianlah juga kamu tŭlah pŭrchaya

12Adapun jikalau Almasih itu dimashorkan, bahwa iya tŭlah dibangkitkan deripada matinya, maka bagimanakah garangannya kata sŭtŭngah orang diantara kamu tiada kŭbangkitan orang mati?

13Maka jikalau kiranya tiada kŭbangkitan orang mati itu, nŭschaya Almasih pun tiadalah bangkit.

14Shahadan jikalau Almasih itu tiada bangkit, nŭschaya sia sialah adanya pŭngajaran kami, dan lagi sia sialah adanya iman kamu pun.

15Bahkan, maka kami didapati mŭnjadi saksi saksi dusta kapada Allah; sŭbab kami tŭlah mŭngaku kŭrna Allah, bahwasanya iya tŭlah mŭmbangkitkan Almasih, yang tiada dibangkitkannya, jikalau sungguh orang mati itu tiada bŭrbangkit.

16Kŭrna jikalau kiranya orang mati itu tiada bŭrbangkit, nŭschaya Almasih pun tiadalah bŭrbangkit:

17Dan jikalau kiranya Almasih itu tiada dibangkitkan, nŭschaya sia sialah iman kamu; dan tinggallah lagi kamu dalam dosamu juga.

18Maka orang orang itupun yang tŭlah mangkat bŭradu dalam Almasih binasalah.

19Maka jikalau dalam hayat skarang ini sahja kami mŭnaroh harap akan Almasih, nŭschaya kamilah orang kŭna chilaka tŭrlebih deripada sagala manusia adanya.

20Tŭtapi skarang Almasih itu sudah bŭrbangkit deripada matinya, akan mŭnjadi buah buahan bungaran bagie sagala orang yang tŭlah mangkat bŭradu.

21Kŭrna sŭbab sa’orang manusialah maut itu tŭlah datang, dŭmkianlah pula ulih sŭbab sa’orang manusia juga, kŭbangkitan deripada mati itu tŭlah datang.

22Kŭrna ulih sŭbab Adam sagala manusia tŭlah mati, maka dŭmkian lagi ulih sŭbab Almasih skaliannya itu tŭlah dihidopkan pula.

23Tŭtapi masing masing dŭngan pŭratorannya sŭndiri; adapun Almasih buah bungaran itu, kumdian deripadanya kŭlak sagala orang yang mŭnjadi milik Almasih pada hari kŭdatangannya.

24Kumdian akan jadi kasudahannya, apabila disŭrahkannya krajaan pada Allah, iya itu Ayah; maka apabila sudah iya mŭmbinasakan sagala prentah, dan kabŭsaran, dan pŭngwasaan.

25Kŭrna ta’dapat tiada iyalah akan mŭmrentah sahingga ditarohkannya sagala sŭtrunya itu kabawah kakinya.

26Adapun sŭtru yang kasudahan itu kŭlak akan dibinasakan, iya itulah maut.

27Kŭrna Allah tŭlah mŭnarohkan sagala pŭrkara itu dibawah kakinya. Maka apabila dikatakannya, bahwa sagala pŭrkara itu tŭlah ditarohkannya dibawah kakinya, maka nyatalah, bahwa Allah dikŭchualikan yang sudah mŭna’lokkan sŭmua itu kabawah prentahnya.

28Maka apabila sagala pŭrkara sudah dita’lokkan kabawah prentahnya, maka tŭtkala itulah Anak laki laki itu pun sŭndiri akan ta’lok kŭbawah prentah Allah yang sudah mŭna’lokkan sagala pŭrkara itu kŭbawahnya, supaya Allah mŭliputi skaliannya.

29Jikalau lain deripada itu apakah yang akan dipŭrbuat ulih orang yang tŭlah dibaptisakan deri kŭrna mati? Maka jikalau orang mati itu tiada skali kali dibangkitkan, maka mŭngapatah marika itu dibaptisakan kŭrna mati itu?

30Dan mŭngapa pula kami ini tinggal dalam mŭrbahya pada tiap tiap waktu?

31Maka dŭmi kamŭgahan kamu yang ada padaku dŭngan bŭrkat Isa Almasih Tuhan kami, maka adalah hal aku ini dalam kŭmatian sahari hari.

32Maka jikalau spŭrti adat orang, aku sudah bŭrlaga dŭngan binatang binatang dinŭgri Efesus, apatah fiedahnya bagieku, jikalau orang mati tiada dibangkitkan? Maka baiklah kami makan minum, kŭrna esok kami mati.

33Bahwa janganlah kamu tŭrtipu, bahwa bŭrjinak jinakkan dŭngan pŭrkara yang jahat itu, iya itu mŭrosakkan kŭlakuan yang baik adanya.

34Maka handaklah kamu sŭdar dŭngan sŭbŭnarnya; maka janganlah kamu bŭrdosa, kŭrna sŭtŭngah deripada kamu tiada bŭrpŭngtahuan akan Allah; maka aku katakan ini sŭbab mŭmbri malu akan kamu.

35Tŭtapi ada juga orang yang kŭlak bŭrkata, Bagimanakah halnya orang mati itu akan dibangkitkan, dan dŭngan tuboh yang manakah marika itu akan kluar?

36Hie orang yang bodoh, barang pŭrkara yang angkau tanam itu tiada akan dihidopkan, mŭlainkan sŭbŭlom iya mati.

37Maka yang angkau tanam itu, bukannya angkau mŭnanam ka’adaan yang akan bŭrbangkit itu, mŭlainkan sŭmata mata biji bijian juga, spŭrti kiranya biji gandam atau biji yang lain lain.

38Tŭtapi dibri Allah padanya satu ka’adaan spŭrti yang dikahandakinya, dan masing masing biji bijian itu dŭngan ka’adaannya sŭndiri.

39Maka sŭmua daging itu tiada bŭrsamaan adanya; tŭtapi lain daging manusia, dan lain daging binatang, dan lain daging ikan, dan lain daging burong burong.

40Dan ada bŭbrapa ka’adaan langit, dan bŭbrapa ka’adaan bumi, tŭtapi kamuliaan ka’adaan langit itu satu, dan kamuliaan ka’adaan bumi itu satu adanya.

41Maka adalah iya itu suatu kamuliaan matahari, dan suatu kamuliaan yang lain, iya itu bulan, dan lain kamuliaan bintang bintang, kŭrna kamulian sa’buah bintang itu bŭrlainan deripada bintang yang lain.

42Maka dŭmkianlah juga adanya deri hal kŭbangkitan orang mati itu; adapun iya itu ditanamkan dŭngan kabusokkan, maka dibangkitkan itu dŭngan tiada busok.

43Ditanam dŭngan kahinaan, dan dibangkitkan dŭngan kamuliaan; ditanamkan dŭngan kalŭmahan, dan dibangkitkan dŭngan kwasa.

44Ditanam dŭngan ka’adaan bŭrnafas, dan dibangkitkan dŭngan ka’adaan rohani; maka adalah yang ka’adaan bŭrnafas, dan ada yang ka’adaan rohani.

45Kŭrna dŭmkianlah tŭlah tŭrsurat, Adapun manusia yang pŭrtama Adam itu tŭlah dijadikan dŭngan nyawa yang hidop, maka Adam yang akhir itu tŭlah jadi dŭngan roh yang mŭnghidopkan.

46Tŭtapi yang pŭrtama itu bukannya rohani, mŭlainkan bŭrnafas; dan kumdian deri pada itu, iya itulah rohani adanya.

47Adapun manusia yang pŭrtama itu deripada tanah, maka tanahlah adanya; tŭtapi manusia yang kadua itu Tuhan deri shorga.

48Maka spŭrti yang deri pada tanah itu, dŭmkian pula sagala yang deripada tanah itu; maka spŭrti yang deri pada shorga itu, dŭmkian pula sagala yang deripada shorga adanya.

49Maka spŭrti kami sudah dijadikan srupa dŭngan yang deripada tanah itu, dŭmkian pula kami akan dijadikan srupa dŭngan yang deripada shorga itu.

50Maka skarang inilah pŭrkataanku saudara saudara, adapun daging dan darah itu tiada kŭlak mŭmpusakai krajaan Allah, atau kabusokkan itu pun kŭlak tiada mŭmpusakai yang tiada busok.

51Tengoklah, aku mŭnunjokkan pada kamu suatu rahsia, maka tiada kamu skalian ini kŭlak akan bŭradu, mŭlainkan kami skalian akan diubahkan adanya.

52Dŭngan sŭsaat juga, dŭngan sŭkŭjap mata juga, pada sangkakala yang akhir, kŭrna sangkakala itu akan bŭrbunyi, maka orang mati akan dibangkitkan dŭngan tiada kabusokkan, dan kami pun akan diubahkan.

53Kŭrna kabusokkan ini dapat tiada akan mŭmakie kŭlak yang tiada busok itu, dan kŭmatian ini akan mŭmakie kŭlak yang tiada mati.

54Maka dŭmkianlah apabila yang kabusokkan itu tŭlah mŭmakie yang tiada busok itu, dan yang kŭmatian ini tŭlah mŭmakie yang tiada mati itu, maka tŭtkala itulah kŭlak akan mŭnjadi gŭnap pŭrkataan yang tŭlah tŭrsurat itu, Bahwa maut itu tŭlah ditŭlankan dŭngan kamŭnangan.

55Hie maut, dimanakah sŭngatmu? hie kubor, dimanakah kamŭnanganmu?

56Adapun sŭngat maut itulah dosa, dan kwasa dosa itulah hukum.

57Tŭtapi shukorlah bagie Allah yang tŭlah mŭngurniakan pada kami kamŭnangan dŭngan bŭrkat Tuhan kami Isa Almasih.

58Maka sŭbab itulah hie saudara saudara yang kukasih, tŭtaplah kamu dŭngan tiada bŭrgŭrak, sŭrta slalu bŭrtambah tambahlah dalam pŭkŭrjaan Tuhan, kŭrna sŭbab kamu tŭlah mŭngŭtahui, bahwa lŭlah kamu itu tiadalah sia sia pada Tuhan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Korintus 15 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran