Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Petrus 1 >> 

FATSAL I.

1BAHWA Petrus, sa’orang rasul Isa Almasih, iya itu datang kapada sagala orang dagang yang tŭrchŭrie bŭrie dinŭgri Pontus, dan Galatia, dan Kappadosia, dan Asia, dan Bithenia.

2Yang tŭrpileh mŭnurot pŭngatahuan Allah yang tŭrdahulu iya itu Ayah, ulih kasuchian Roh itu, supaya bŭrbakti, dan dŭngan bŭrkat pŭrchekkan darah Isa Almasih itu: Anugrah, dan sŭjahtra itu dipŭrbanyakkanlah kiranya ka’atas kamu.

3Tŭrpujilah kiranya bagie Allah, iya itu Ayah Tuhan kami Isa Almasih, dŭngan kabanyakkan rahmatnya, iya tŭlah mŭmpranakkan kami pula kapada harap yang hidop ulih bŭrkat kabangkitan Isa Almasih deri matinya.

4Sahingga kapada suatu pusaka yang tiada kabinasaan, dan tiada kachŭmaran, dan tiada pula layu, yang tŭlah disimpankan dalam shorga bagie kamu.

5Yang ada tŭrplihara dŭngan kwasa Allah ulih iman akan mŭndapat slamat yang sŭdia, akan dinyatakan pada akhir saman.

6Maka deri sŭbab itulah kamu tŭramat suka chita adanya, sungguhpun skarang ini dalam sŭdikit waktu, jikalau kiranya harus kamu ada dalam kŭbratan kŭrna bŭrbagie bagie pŭrchobaan.

7Supaya pŭrchobaan imanmu yang tŭrlebih indahnya deripada mas yang akan binasa itu, jikalau dinjinya itu dŭngan api skali pun, supaya didapati mŭndatangkan kapujian, dan hormat, dan mulia pada masa kanyataan Isa Almasih:

8Yang bŭlom pŭrna kŭlihatan, kamu kasih juga; maka kapadanya, mŭskipun skarang tiada kamu lihat akan dia, tŭtapi pŭrchaya juga, maka suka chitalah kamu dŭngan suka chita yang tiada dapat dikata katakan, sŭrta pŭnohlah dŭngan kamuliaan;

9Akan mŭnŭrima kasudahan iman kamu, iya itu slamat jiwamu.

10Adapun slamat itulah tŭlah ditanyai dan dipreksai ulih nabi nabi dŭngan rajinnya, yang tŭlah bŭrnabuat akan hal anugrah yang kŭlak akan datang kapadamu;

11Dipreksai pula ulih marika itu akan waktu yang manakah, dan pada jŭnis waktu yang manakah Roh Almasih itu yang ada dalam marika itu tŭlah mŭnyatakan, tŭtkala disaksikannya sagala pri sŭngsara Almasih, dan sagala kamulian tŭrdahulu deripada datangnya.

12Pada marika itu tŭlah dinyatakannya, bahwa bukannya bagie marika itu sŭndiri, mŭlainkan bagie kami pun marika itu tŭlah bŭrsabda akan sagala pŭrkara itu, yang skarang dimashorkan padamuulih orang yang tŭlah mŭngajarkan Injil itu kapada kamu dŭngan bŭrkat Roh Alkudos, yang tŭlah dituronkan deri shorga; iya itu pŭrkara pŭrkara yang dikahandaki ulih mŭliekat mŭliekat akan mŭngatahui dia.

13Maka sŭbab itulah ikatlah ulihmu pinggang ingatanmu, jagalah, sŭrta harap sampie kapada kasudahan, akan anugrah yang akan dibawakan kŭlak padamu pada masa kanyataan Isa Almasih;

14Spŭrti kanak kanak yang mŭnurot prentah, janganlah kamu mŭnurotkan tauladan hawa nafsumu yang dahulu kala, tŭtkala kamu dalam bŭbal;

15Tŭtapi spŭrti Tuhan yang mŭnjŭmpot kamu itu suchi, dŭmkianlah handaknya kamu pun suchi adanya dalam sagala jŭnis klakuanmu.

16Sŭbab sudah tŭrsurat, Suchilah kamu, kŭrna aku ini pun suchi adanya.

17Dan jikalau kiranya kamu bŭrdoa kapada Ayah itu, yang mŭnghukumkan orang masing masing kŭdar pŭrbuatannya dŭngan tiada mŭngindahkan muka orang, jalankanlah umor pŭrsinggaanmu disini dŭngan takot adanya.

18Kŭrna spŭrti yang kamu kŭtahui, maka bukannya kamu tŭlah ditŭbus dŭngan pŭrkara pŭrkara yang akan binasa, spŭrti mas perak, deripada klakuanmu yang sia sia, yang tŭlah turon tŭmuron deripada adat nenek moyang kamu itu,

19Mŭlainkan dŭngan darah Almasih yang indah itu, iya itu spŭrti sa’ekor anak domba yang tiada bŭrchŭla, dan tiada bŭrchachat adanya.

20Maka sŭsungguhnya iya tŭlah ditŭntukan dahulu deri pada pŭrmulaan dunia, tŭtapi tŭlah dinyatakan pada masa yang akhir ini deri kŭrna kamu.

21Maka kamu pŭrchaya, ulih sŭbab Isa, akan Allah yang tŭlah mŭnghidopkan dia deripaba matinya, dan tŭlah mŭngurniakan padanya kamuliaan, supaya iman dan harap kamu itu pun tŭtaplah kapada Allah adanya.

22Maka tampaknya kamu tŭlah mŭnyuchikan jiwamu dŭngan mŭnurot kabŭnaran itu ulih bŭrkat Roh, sampie bŭrkasih kasihanlah yang tiada pura pura kapada saudara bŭrsaudara itu; maka handaklah kamu bŭrkasih kasihan sa’orang akan sa’orang dŭngan hati pŭrsih sŭrta yakin.

23Sŭbab kamu ini tŭlah dipranakkan pula, bukannya deripada bŭnih yang kabinasaan, mŭlainkan tiada kabinasaan, iya itu ulih pŭrkataan Allah yang hidop, dan tŭtap slama lamanya.

24Kŭrna sagala ka’adaan manusia itu spŭrti rumpot adanya, maka sagala kamuliaan manusia itupun spŭrti bunga rumpot juga adanya; maka rumpot rumpotan itu kŭlak layulah, dan bunganya itupun lurohlah adanya.

25Tŭtapi pŭrkataan Tuhan itu kŭkal slama lamanya. Maka inilah dia pŭrkataan itu yang tŭlah diajarkan pada kamu dalam Injil.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Petrus 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2023
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel Dual Panel

Laporan Masalah/Saran