Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Korintus 3 >> 

FATSAL III.

1MAKA mahukah kita mŭmulai pula mŭngŭnalkan diri kita? atau adakah kita kurang spŭrti orang orang lain, surat kŭnalan kapada kamu, atau surat kŭnalan deri pada kamu.

2Bahwa kamulah juga surat kami yang tŭrtulis dalam hati kami, iya itu dikŭnal dan dibacha ulih sagala manusia.

3Maka tŭlah nyatalah skali, bahwa adalah kamu jadi surat Almasih yang bŭrkhodmat ulih kami, dan tŭrtulis bukannya dŭngan dawat, hanya dŭngan Roh Allah yang hidop, maka bukannya diatas loh loh batu, mŭlainkan diatas loh loh daging, iya itu hati.

4Maka kami mŭnaroh harap yang dŭmkianlah dŭngan bŭrkat Almasih kapada Allah.

5Bukannya kami ini chakap bagie diri kita sŭndiri handak mŭngirakan barang apa apa deripada kami sŭndiri, mŭlainkan chakap kita ini deri pada Allah juga adanya.

6Yang tŭlah mŭnjadikan kami pula utus utusan wasihat bahru, iya itu bukannya deri pada surat suratan, mŭlainkan deripada Roh, kŭrna surat suratan itu mŭmatikan, tŭtapi Roh itu mŭnghidopkan.

7Tapi jikalau kiranya utusan maut itu yang tŭrtulis dan tŭrukir diatas batu tŭlah jadi mulia, sahingga bani Israil tiada dapat mŭmandang bŭtol akan muka Musa, deri kŭrna kamulian mukanya itu; kamulian itu pun tŭlah tŭntu akan dihilangkan;

8Istimewa pula brapakah lŭbihnya utusan Roh itu mŭnjadi mulia?

9Kŭrna jikalau utusan kabinasaan itu mŭnjadi mulia, brapa pula lebihnya lagi utusan kabŭnaran itu lempah kamuliannya?

10Kŭrna mŭski pun itu yang tŭlah dimuliakannya tiada mŭmpunyai kamulian spŭrti ini, sŭbab kamulian ini tŭrlebih adanya.

11Kŭrna jikalau yang tŭlah lŭnyap itu mulia adanya, maka lebih pula banyak mulia yang tinggal itu.

12Sŭbab nyatalah kamu ada mŭnaroh harap yang dŭmkian itu, kami mŭmakie pŭrkataan yang trang trang.

13Maka bukannya spŭrti Musa yang mŭmakie tudong muka, sahingga tiada dapat ditŭntang ulih bani Israil akan kasudahan pŭrkara yang tŭlah dihapuskan itu.

14Tŭtapi mata hati marika itu tŭlah dibutakan, kŭrna sampie skarang pun ada lagi tinggal juga tudong muka yang bŭlom tŭrsingkap pada tŭtkala mŭmbacha wasihat yang lama itu, iya itu tudong yang ditolakkan ulih Almasih.

15Tŭtapi mŭskipun sampie skarang, apabila dibachanya kitab Musa itu, maka adalah juga tudong dihati marika itu.

16Tŭtapi apabila marika itu akan ditaubatkan kapada Tuhan, maka tudong itu kŭlak akan dilalukan.

17Adapun Tuhan itu iyalah Roh itu adanya: maka barang dimana ada Roh Tuhan itu, disanalah ada kabibasan.

18Akan tŭtapi kami skalian ini dŭngan muka tŭrbuka mŭmandanglah spŭrti dalam suatu chŭrmin — kapada kamulian Tuhan, maka kita tŭrsalin atas tuladan itu juga, ulih Roh Tuhan deripada kamulian sampie kamulian.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Korintus 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran