Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  2 Timotius 1 >> 

FATSAL I.

1BAHWA Paulus, sa’orang rasul Isa Almasih dŭngan kahandak Allah, iya itu mŭnurot pŭrjanjian slamat yang ada dalam Isa Almasih,

2Kapada Timothius anak yang kŭkasih: maka biarlah kiranya anugrah, dan rahmat, dan sŭjahtra padamu, deripada Allah iya itu Ayah, dan Isa Almasih Tuhan kami.

3Bahwa mŭnguchap shukorlah aku kapada Allah, yang aku bŭrbakti deripada nenek moyangku sŭrta dŭngan angan angan yang suchi, maka tŭringat ingatlah juga aku akan dikau dŭngan tiada bŭrkaputusan didalam sagala doaku baik malam baik siang.

4Sŭrta dŭngan rindu dŭndam handak bŭrtŭmu dŭngan dikau, sŭbab tŭrkŭnang kŭnang akan ayer matamu, supaya kŭlak aku dipŭnohkan dŭngan kasukaan.

5Apabila aku tŭringat akan iman yang bukan pura pura, yang ada dalammu itu, mula mula dalam nenekmu pŭrampuan Lois itu, dan ibumu Eunike itu, maka yakinlah aku bahwa dŭmkian itulah juga ada kapadamu.

6Maka sŭbab itulah aku mŭngingatkan dikau, supaya mŭnggalakkan anugrah Allah yang ada dalam hatimu itu, sŭbab aku tŭlah mŭmbuboh tanganku ka’atasmu itu.

7Kŭrna tiada dibri Allah pada kami Roh yang katakotan; mŭlainkan bŭrkwasa, dan kasih, dan akal yang tŭgoh.

8Maka sŭbab itu janganlah kiranya angkau malu bŭrsaksi deri hal Tuhan kami, atau derihalku, orang yang tŭrpŭnjara kŭrna Tuhan: tŭtapi handaklah angkau mŭnjadi orang mŭnanggong kasusahan Injil itu mŭnurot kwasa Allah.

9Yang tŭlah mŭmbri slamat, dan mŭnjŭmpot kami dŭngan jŭmpotan yang suchi, bukannya deri sŭbab amal kami, mŭlainkan mŭnurot kahandak dan anugrahnya sŭndiri, yang tŭlah dikurniakannya kapada kami dŭngan bŭrkat Isa Almasih, iya itu dahulu deripada pŭrmulaan dunia.

10Tatapi pada skarang ini tŭlah dinyatakannya sŭbab kadatangan Isa Almasih, pŭnulong kami yang tŭlah mŭnghapuskan maut, dan yang tŭlah mŭmbawa akan hidop, dan kŭkal kapada trang dŭngan bŭrkat Injil:

11Maka deri sŭbab itulah aku ini tŭlah dijadikan utusan, dan sa’orang rasul, dan guru orang orang sŭsat.

12Kŭrna sŭbab yang dŭmkianlah akupun mŭrasai pŭrkara pŭrkara ini: kŭndatilah, tiada aku malu: kŭrna kukŭtahui kapada siapa yang aku tŭlah pŭrchaya, sŭrta yakinlah aku Tuhan chakap mŭnyimpan itu, yang tŭlah kusŭrahkan kapadanya sŭbab hati itu.

13Pŭganglah tŭtap tŭtap akan tauladan pŭrkataan pŭrkataan yang baik itu, yang tŭlah angkau dŭngar deripadaku itu, sŭrta dŭngan iman dan kasih pada Isa Almasih.

14Adapun pŭrkara yang baik itu yang tŭlah disŭrahkan kapadamu, simpanlah akan dia dŭngan kwasa Roh Alkudos yang ada dalam kami.

15Angkau tŭlah mŭngatahui, adapun sagala orang yang diAsia itu tŭlah bŭrpalinglah deripadaku; dŭmkianlah juga hal Phigellus dan Hermogenes.

16Tuhanlah juga kiranya mŭngurniakan rahmat pada orang isi rumah Onesiphorus, kŭrna kŭrap kali iya tŭlah mŭnyŭgarkan aku, dan tiadalah iya malu sŭbab rantieku ini;

17Mŭlainkan apabila iya diRom, dicharinyalah akan daku dŭngan sŭlidek sŭrta didapatinya akan daku.

18Tuhanlah juga mŭngurniakan padanya supaya iya bŭrulih rahmat deripada Tuhan pada hari itu; danlagi bŭbrapa pula iya bŭrkhodmat padaku dinŭgri Efesus, angkau pun tahu itu baik baik.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  2 Timotius 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2023
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel Dual Panel

Laporan Masalah/Saran