Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Filemon 1 >> 

FATSAL I.

1BAHWA Paulus sa’orang yang tŭrblunggu kŭrna Isa Almasih, sŭrta Timothius saudara kami, iya itu datang kapada Philemon kŭkasih kami, yang sama pŭkŭrjaan dŭngan kami,

2Dan kapada Aphia kŭkasih kami, dan kapada Arkipus yang sama sa’kawan sŭldadu, dan kapada sidang jŭmaah yang dalam rumahnya.

3Maka biarlah kiranya anugrah padamu, dan sŭjahtra deripada Allah, iya itu Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih.

4Bahwa aku mŭmbri shukor kapada Allahku, sŭrta kusŭbut sŭbutkan kamu slalu dalam sagala doaku.

5Sŭbab aku tŭlah mŭnŭngar kasihmu dan imanmu, yang kamu mŭnaroh akan Tuhan Isa, dan kapada sagala orang salih.

6Supaya kluasaan imanmu itu kŭlak mŭnjadi pun guna, ulih diakui orang, tiap tiap pŭrkara yang baik baik ada dalammu bagie Isa Almasih.

7Kŭrna adalah kami mŭndapat kasukaan yang amat, sŭrta pŭnghiburan deri kŭrna kasihmu, sŭbab hati orang salih itu sŭgarlah ulih sŭbab angkau, saudara.

8Maka sŭbab itu sungguh pun aku bulih jadi lebih brani dalam Almasih akan amanatkan kapada angkau deri hal pŭrkara yang bŭrguna itu;

9Akan tŭtapi ulih sŭbab kasih, tŭrlebih baik aku minta padamu, sŭbab angkau bagie aku juga Paulus sa’orang tua, danlagi sa’orang yang tŭrbŭlunggu kŭrna Isa Almasih.

10Maka kupinta kapadamu deri kŭrna Onesimus, anakku yang tŭlah kupranakkan dalam blungguku,

11Yang pada masa tŭlah lalu itu tiada bŭrguna padamu, akan tŭtapi skarang bŭrgunalah iya padamu dan padaku.

12Iya tŭlah kusurohkan pulang pula, maka sŭbab itu handaklah kiranya angkau mŭnŭrima akan dia, iya itu buah hatiku sŭndiri,

13Yang handak kumŭnahankan sŭrtaku, supaya iya akan bŭrkhodmat kapadaku gantimu, didalam blungguku deri kŭrna Injil.

14Akan tŭtapi dŭngan tiada kŭtahuimu, tiadalah aku mahu bŭrbuat barang suatu, supaya kŭbajikanmu itu jangan jadi dŭngan paksa, mŭlainkan dŭngan kŭrelaan.

15Kŭrna barang kali sŭbab itulah iya tŭlah bŭrchŭrie deripadamu sŭbŭntar sahja lamanya, supaya angkau bulih mŭnaroh dia kŭkal.

16Maka bukannya skarang spŭrti sa’orang hamba, mŭlainkan tŭrlebih deripada hamba, iya itu sa’orang saudara yang kŭkasih, istimewa bagieku, tŭtapi brapa lagi kŭlak bagiemu, baik dalam daging dan darah, baik dalam Tuhan.

17Maka sŭbab itu jikalau kiranya angkau mŭmbilangkan aku ini sa’orang taulan, trimalah akan dia itu spŭrti aku sŭndiri.

18Maka jikalau ada salahnya, atau hutang apa apa padamu, masokkanlah itu dalam kira kiraku.

19Bahwa aku ini Paulus tŭlah mŭnulis itu dŭngan tanganku sŭndiri, maka aku akan mŭmbayar itu: sungguh pun aku tiada mŭngatakan padamu bŭtapa angkau ada bŭrhutang padaku, iya itupun dirimu sŭndiri.

20Bahkan saudara, biarlah aku ini bŭrulih kasukaan deripadamu bagie Tuhan: sŭgarkanlah hatiku bagie Tuhan.

21Sŭbab pŭrchayalah aku angkau kŭlak mŭnurot, aku kirimkan surat ini padamu, kŭrna aku tŭlah kŭtahuilah angkau akan bŭrbuat tŭrlebih pula deripada pŭrkataanku.

22Maka dalam itupun sŭdiakanlah bagieku suatu tŭmpat mŭnumpang: kŭrna haraplah aku dŭngan bŭrkat doamu aku akan dikŭmbalikan padamu.

23Epafras kawan sŭpanjara dŭngan aku kŭrna Isa Almasih ampunya sŭlam padamu.

24Dan lagi Markus, dan Aristarkas, dan Dimas, dan Lukas, yang sama bŭkŭrja dŭngan aku ampunya sŭlam.

25Maka adalah kiranya anugrah Tuhan kami Isa Almasih bŭsŭrta dŭngan Rohmu. Amin.i1 ¶ Tŭrmaktob surat ini dinŭgri Rom, dan dikirimkan kapada Philemon, ulih Onesimus sa’orang hamba.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Filemon 1 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel