Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 14 >> 

FATSAL XIV.

1SŬBARMULA maka kadua marika itu pun masoklah kŭdalam kŭnisa orang Yahudi dinŭgri Ikoniam itu, sambil mŭngajar, sahingga pŭrchayalah banyak orang, baik orang Yahudi, baik orang Grika.

2Bŭrmula adapun orang orang Yahudi yang tiada pŭrchaya itu, mŭnghasutlah iya akan orang orang sŭsat, dan mŭnjadi ingatannya jahat akan mŭlawan saudara saudara itu.

3Maka tinggallah marika itu bŭbrapa lamanya, sambil mŭngajar dŭngan gagah bŭrani kŭrna nama Tuhan, akan mŭnjadi saksi atas anugrah pŭrkataannya, sŭrta dibrinya bŭbrapa tandah dan ajaib, supaya diadakan ulih tangan marika itu.

4Maka sagala rayat dalam nŭgri itu pun bŭrbahgilah; ada sŭtŭngah orang disŭblah orang Yahudi, dan yang sŭtŭngah orang disŭblah rasol rasol itu.

5Maka apabila orang orang sŭsat, dan orang Yahudi, sŭrta dŭngan pŭnghulu pŭnghulunya sŭrbu handak mŭngannyakan, sŭrta mŭrŭjam akan rasol rasol itu:

6Maka sŭtlah dikŭtahuilah ulih marika itu akan hal yang dŭmkian, larilah iya kanŭgri Listra dan Derbi, iya itu nŭgri nŭgri Likaonia, dan kapada jajahan yang dikliling itu.

7Maka disana pun marika itu mŭmashorkan Injil juga.

8¶ Maka adalah sa’orang diListra dudok dŭngan lŭmah kakinya, iya itu lŭmpoh deri pada pŭrot ibunya, yang bŭlom pŭrnah bŭrjalan.

9Maka didŭngarnya akan Paulus itu bŭrkata kata; maka dirŭnunglah ulih Paulus akan dia, sŭrta dilihatnya bahwa orang itu ada bŭriman, bulih disŭmbohkan.

10Maka bŭrkatalah Paulus dŭngan swara yang nyaring, Bangunlah angkau bŭrdiri bŭtol. Tiba tiba mŭlompatlah iya lalu bŭrjalan.

11Maka apabila sagala kaum itu mŭlihat akan pŭrbuatan Paulus itu, maka dinyaringkannyalah swaranya, katanya dŭngan bahsa Likaonia, Bahwa dewata tŭlah mŭnjŭlmah spŭrti manusia turon kapada kami.

12Maka digŭlar ulih marika itu Barnabas itu Jupiter, dan Paulus itu Merkuri, sŭbab iyalah yang kŭpala dalam bŭrchŭrita.

13Maka pada masa itu datanglah imam Jupiter itu yang ada dihadapan nŭgri marika itu, sŭrta mŭmbawa lŭmbu lŭmbu, dan karangan bunga bungaan kahadapan pintu nŭgri itu, sŭrta dŭngan sagala kaum, handak dikorbankan ulih marika itu.

14Maka dŭmi didŭngar ulih rasol rasol, iya itu Barnabas dan Paulus, maka dikoyakkannya pakieannya, sambil bŭrlarilah iya masok kŭdalam kaum itu, sŭrta bŭrtriak,

15Katanya, Hie sagala tuan tuan, mŭngapa angkau bŭrbuat pŭkŭrjaan dŭmkian? Bahwa kami pun manusia juga sama tabiat spŭrti kamu, dan mŭngajar kamu supaya kamu bŭrbalik deripada pŭkŭrjaan yang sia sia ini kapada Allah yang hidop, yang tŭlah mŭnjadikan langit dan bumi, dan laut sŭrta dŭngan sagala isinya.

16Dan yang mŭmbiarkan zaman dahulu akan sagala orang sŭsat bŭrjalan mŭnurot jalannya sŭndiri

17Tŭtapi Allah tiada mŭmbiarkan dirinya dŭngan tiada saksi, iya itu akan bŭrbuat baik, sŭrta mŭnuronkan hujan pada kita deri langit, dan musim buah buahan yang mŭmŭnohi hati kami dŭngan makanan dan kŭsukaan.

18Maka dŭngan pŭrkataan ini, sukarlah juga rasol rasol itu mŭnahankan sagala kaum itu deripada mŭmbuat korban bagienya.

19¶ Bŭrmula maka datanglah bŭbrapa orang Yahudi deri nŭgri Antiok dan Ikoniam, yang mŭnghasut akan kaum itu, maka sŭtlah sudah dirŭjam marika itu akan Paulus, lalu diseretnya pula akan dia kluar nŭgri, kŭrna pada sangkanya sudah iya mati.

20Tŭtapi tŭtkala sagala murid itu bŭrdiri klilingnya, maka bangunlah iya lalu masok kŭdalam nŭgri, maka pada kaesokkan harinya kluarlah iya bŭsŭrta dŭngan Barnabas pŭrgi kanŭgri Derbi.

21Adapun sŭtlah sudahlah marika itu mŭmashorkan Injil pada orang isi nŭgri itu, dan mŭngajar banyak orang, maka pulanglah iya kŭmbali kaListra dan Ikoniam, dan Antiok.

22Sambil iya mŭnŭtapkan hati sagala murid, dan mŭmbri nasihat supaya tŭgoh dalam iman, surta mŭngatakan, bahwa saharusnyalah kami masok kŭdalam krajaan Allah dŭngan mŭnanggong kŭsukaran banyak.

23Shahadan sŭtlah sudah iya mŭnŭntukan orang tua tua bagie marika itu pada masing masing sidang jŭmaah dŭngan mŭminta doa sŭrta puasa, maka disŭrahkannya marika itu kapada Tuhan yang dipŭrchayai ulih marika itu.

24Maka sŭtlah sudah marika itu mŭlalui bŭnua Pesidia, maka sampielah iya kabŭnua Pamfilia.

25Maka sŭtlah marika itu mŭngajar dinŭgri Perga, maka turonlah iya kanŭgri Attalia.

26Maka deri sanalah marika itu bŭrlayar kaAntiok, ditŭmpat yang dahulu marika itu tŭlah disŭrahkan kapada kasihan Allah, supaya mŭngŭrjakan pŭkŭrjaan yang tŭlah digŭnapkannya.

27Maka apabila marika itu sampielah kŭsana, sŭrta sudah dihimponkannyalah sidang jŭmaah, maka dichŭrtrakannyalah sagala pŭrkara yang tŭlah diadakan Allah dŭngan marika itu, dan bagimana hal iya tŭlah mŭmbuka pintu iman bagie orang sŭsat.

28Maka marika itu pun lamalah diam disana bŭrsama sama dŭngan sagala murid itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 14 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran