Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Kisah Para Rasul 19 >> 

FATSAL XIX.

1SŬBARMULA maka adalah pada masa Apollos lagi diKorinthus itu, maka Paulus pun tŭlah mŭlalui tanah tanah sŭblah darat bŭnua itu, maka sampielah iya kaEfesus, maka didapatinyalah bŭbrapa murid disana.

2Maka bŭrkatalah iya pada marika itu, Sudahkah kamu mŭnŭrima Roh Alkudos sŭdang kamu pŭrchaya itu? Maka jawab marika itu, Bŭlomlah pŭrnah kami mŭnŭngar, iyakah ada Roh Alkudos.

3Maka bŭrkatalah iya pada marika itu, Atas jalan yang manakah kamu dibaptisakan? Maka jawab marika itu, Atas jalan baptisan Yahya.

4Maka bŭrkatalah Paulus, Bahwa sŭsungguhnya Yahya tŭlah mŭmbaptisakan orang dŭngan baptisan taubat, mŭmbri tahu kapada kaum itu, supaya marika itu pŭrchaya akan orang yang datang kŭlak kumdian deripadanya, iya itulah Isa Almasih.

5Maka apabila marika itu mŭnŭngar akan hal yang dŭmkian, maka dibaptisakannya marika itu dŭngan nama Tuhan Isa.

6Adapun dŭmi Paulus mŭmbuboh tangan ka’atas marika itu, maka turonlah Roh Alkudos kapadanya, sahingga marika itu bŭrkata kata dŭngan bahsa lain lain sŭrta bŭrnabuat.

7Maka adalah banyak marika itu sŭkira kira duablas orang.

8Maka Paulus pun masoklah kŭdalam kŭnisa, sŭrta mŭngajar dŭngan bŭraninya, sambil bŭrbantah, dan mŭmbujok marika itu tiga bulan lamanya derihal pŭrkara krajaan Allah.

9Tŭtapi apabila banyak orang kŭraslah hatinya, dan tiada mahu pŭrchaya, mŭlainkan mŭndustakan jalan itu dihadapan orang banyak, maka undorlah Paulus deripada marika itu, sŭrta diasingkannya murid itu deripadanya, sambil iya bŭrbantah sahari hari dalam tŭmpat bŭlajar sa’orang yang bŭrnama Tiranus.

10Maka slalulah dŭngan hal yang dŭmkian dua tahun lamanya, sahingga sagala orang yang diam diAsia pun mŭnŭngar derihal pŭrkataan Tuhan Isa, baik orang orang Yahudi, baik orang Grika.

11Maka diadakan Allah dŭngan tangan Paulus itu bukan barang barang ajaib.

12Sahingga dibawalah ulih orang kapada orang yang sakit itu disŭntohkan sapu tangan, atau ikat pinggang Paulus, maka sagala pŭnyakit itu pun tŭrbanglah, dan sagala jin yang jahat itu pun kluarlah deripada marika itu.

13¶ Sŭbarmula maka bŭbrapa orang Yahudi yang bŭranyut, lagi hubatan sŭndiri mŭngambil kwasa mŭnyŭbut nama Tuhan Isa itu atas orang orang yang tŭrkŭna jin yang jahat itu, katanya, Kami mŭnyumpahi kamu dŭmi Isa yang dichŭrtrakan ulih Paulus.

14Maka adalah tujoh orang yang bŭrbuat dŭmkian, iya itu anak Skewa, sa’orang Yahudi pŭnghulu imam.

15Maka disahut ulih jin yang jahat itu katanya, Kukŭnal Isa, dan kukŭnal akan Paulus; tŭtapi angkau ini siapa?

16Maka orang yang tŭrkŭna ulih jin jahat itu pun mŭlompatlah atas marika itu, lalu mŭnanglah iya, marika itu pun alahlah, sahingga larilah marika itu kluar deri rumah itu dŭngan bŭrtŭlanjang dan lukanya.

17Maka pŭchahlah khabar itu kapada sagala orang Yahudi, dan orang Grika yang diam dalam nŭgri Efesus, maka marika itu skalian pun kŭtakotanlah, lalu dipŭrmuliakan oranglah akan nama Tuhan Isa.

18Maka banyaklah orang yang pŭrchaya itu datang, sambil mŭngaku dan mŭngatakan sagala pŭrbuatannya.

19Maka adalah banyak orang yang mŭngŭrjakan hikmat itu pun mŭmbawalah sagala kitab kitabnya bŭrtimbun timbun, dibakarnya dihadapan sagala orang; maka dikira kirakan ulih marika itu harganya adalah lima laksa kŭping perak.

20Dŭmkian itulah bŭrtambah tambah kwasanya pŭrkataan Tuhan tŭrlalu sangat, sŭrta dŭngan kŭmŭnangannya.

21¶ Adapun sŭtlah sŭlŭsielah sagala pŭrkara ini, maka Paulus pun tŭntukan dalam hatinya, apabila iya sudah mŭlalui Makadonia dan Akaia, iya handak pŭrgi kaJerusalem pula, katanya, Jikalau sudah kusampie kŭsana kŭlak, aku handak pula pŭrgi kanŭgri Rom.

22Maka sŭtlah sudah disurohkannya dua orang yang bŭrkhodmat padanya pŭrgi kaMakadonia, iya itu Timothius dan Erastus, akan tŭtapi tinggallah iya sŭndirinya sŭdikit waktu diAsia.

23Maka pada masa itu juga jadilah suatu gŭmpar bukannya kŭchil, sŭbab hal jalan itu juga.

24Kŭrna adalah sa’orang tukang perak yang bŭrnama Demetrius, yang mŭmbuat rumah rumah bŭrhala kŭchil deri pada perak bagie dewata yang bŭrnama Diana, maka iya itu mŭndatangkan untong bukannya sŭdikit kapada sagala kawan kawannya yang bŭkŭrja itu.

25Maka dihimponkannyalah marika itu sŭrta dŭngan sagala orang yang mŭmakan upah dalam sama pŭkŭrjaan itu, sŭrta bŭrkata, Hie tuan tuan skalian, bahwa kamu tŭlah mŭngŭtahui, adapun deripada pŭkŭrjaan inilah kita bŭrulih kahidopan kita

26Tambahan pula kamu tŭlah mŭlihat dan mŭnŭngar, bahwa bukannya dinŭgri Efesus sahja, mŭlainkan hampir sluroh tanah Asia Paulus ini tŭlah mŭmbujok, dan tŭlah mŭmbalikkan banyak orang, katanya, Bahwa barang yang dipŭrbuat dŭngan tangan bukannya Allah adanya.

27Sŭbab dŭmkian itu bukannya pŭkŭrjaan ini sahja akan disŭblahkan, mŭlainkan rumah bŭrhala Diana yang bŭsar itu pun akan dihinakan orang, maka kŭmuliannya yang disŭmbah ulih isi sŭgŭnap Asia itu, dan sagala dunia itu pun binasalah.

28Maka apabila didŭngar ulih sagala orang akan hal yang dŭmkian, maka pŭnohlah marika itu dŭngan marah, lalu bŭrtriak, katanya, Bŭsarlah kiranya Diana orang Efesus itu.

29Maka sagala nŭgri itu pun pŭnohlah dŭngan huru hara; sŭtlah sudah ditangkapnya akan Gaius dan Aristarkus, iya itu orang orang Makadonia yang bŭrkawan dŭngan Paulus dalam pŭrjalanannya, lalu ditŭmpohlah ulih orang dŭngan satu hati ditŭmpat wayang itu.

30Maka apabila Paulus handak masok ditŭmpat marika itu, tiadalah dibri ulih sagala murid.

31Maka adalah bŭbrapa orang pŭnghulu deripada bŭnua Asia sahabat Paulus itu pun mŭnyurohkan orang kapadanya mŭminta supaya jangan iya mŭmasokkan dirinya katŭmpat wayang itu.

32Maka sŭbab itu bŭrtriaklah orang, sŭtŭngah kata bŭgini, sŭtŭngah kata bŭgitu; kŭrna fakat itu tŭlah huru hara, dan kŭbanyakkan orang tiada mŭngŭtahui apakah sŭbabnya iya bŭrhimpon.

33Maka dikluarkannya Iskandar deri antara sagala orang itu, sŭrta ditarohkan ulih orang Yahudi akan dia kahadapan; maka diisharatkan ulih Iskandar dŭngan tangannya, handak mŭmbri jawab kapada kaum itu.

34Tŭtapi apabila dikŭtahui ulih marika itu, bahwa iyalah sa’orang orang Yahudi, maka bŭrtriaklah sagala orang spŭrti suatu swara sŭkira kira dua jam lamanya katanya, Bŭsarlah Diana orang Efesus.

35Adapun sŭtlah sudah didiamkan ulih hakim akan sagala kaum itu, maka bŭrkatalah iya, Hie kamu orang Efesus, siapakah manusia yang bŭlom mŭngŭtahui bŭtapa isi nŭgri Efesus mŭnyŭmbah dewata Diana yang bŭsar itu, dan gambarnya yang tŭlah turon deripada Jupiter.

36Kalau sŭdah dikŭtahui tiadalah bulih dibantahi akan sagala pŭrkara ini, maka saharusnyalah kamu mŭndiamkan dirimu, dan janganlah kamu bŭrbuat barang ada dŭngan gopoh gopoh.

37Kŭrna kamu tŭlah mŭmbawa orang orang ini kŭmari, bukannya iya mŭnchuri harta bŭrhalamu, dan bukannya pula iya mŭnghujat nama dewatamu itu.

38Sŭbab itu jikalau Demetrius, dan orang lain yang sama pŭnchariannya ada barang pŭrda’waan atas sa’orang, bahwa ada tŭmpat bichara dan pŭnghulu, biarlah marika itu bŭrda’wa sa’orang sama sa’orang.

39Tŭtapi jikalau kiranya kamu mŭnuntot akan pŭrkara lain lain itu, bulihlah dibicharakan dalam pŭrhimponan bichara yang bŭtol.

40Kŭrna kita ini ada dalam susah, ŭntah barang kali dipreksai derihal huru hara yang jadi pada hari ini, kŭrna tiada sŭsuatu sŭbab yang kita bulih mŭmbri jawab akan hal pŭrhimponan ini.

41Tŭlah habislah dikatakan ulih hakim itu dŭmkian, maka disurohnyalah pŭrhimponan itu pulang.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Kisah Para Rasul 19 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran