Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 10 >> 

FATSAL X.

1SŬBARMULA maka sŭtlah dipanggil ulih Isa akan kadua blas muridnya, lalu dibrikannyalah kwasa padanya, supaya marika itu bulih mŭmbuangkan sagala jin yang nŭjis nŭjis, dan mŭnyŭmbohkan sagala jŭnis pŭnyakit, dan sagala pŭnyakitan.

2Maka inilah nama kadua blas Rasol itu: pŭrtama tama Simon yang bŭrgŭlar Petros, dan Andria saudaranya; Yakob ben Zabdi, dan Yahya saudaranya;

3Philipus, dan Bartholomu; dan Thomas, dan Mathius yang mŭmŭgang chukie itu; dan Yakob ben Alfius, dan Libius yang bŭrgŭlar Thaddius;

4Simon anak nŭgri Kanaan, dan Judas Iskariot, iya itulah yang mŭnyŭrahkan Isa dŭngan tipunya.

5Maka kadua blas orang itulah disurohkan ulih Isa, sŭrta iya bŭrpŭsan padanya, katanya, Janganlah kamu skalian pŭrgi kanŭgri orang sŭsat, dan janganlah kamu masok kadalam nŭgri orang Samaria:

6Mŭlainkan tŭrutamalah kamu pŭrgi kapada kambing yang hilang, iya itu kaum bŭni Israil itu.

7Maka sambil kamu bŭrjalan itu, ajarkanlah, katakan, Krajaan shorga sudah dŭkat.

8Sŭmbohkanlah orang yang sakit, dan suchikanlah orang kusta, dan hidopkanlah orang yang mati, dan buangkanlah sagala jin; maka kamu tŭlah trima dŭngan kŭmurahannya, maka handaklah kamu bri dŭngan kŭmurahannya juga.

9Maka janganlah kiranya kamu mŭmbawa bŭkal mas, atau perak, atau tŭmbaga digandonganmu:

10Atau barang bŭkal makanan kapada pŭrjalananmu, dan lagi jangan kamu bŭrbaju dua lapis, dan jangan bŭrbŭkal trompah, atau tongkat; kŭrna dapat tiada orang yang bŭkŭrja itu, patutlah akan mŭndapat rŭzkinya.

11Shahadan dinŭgri, atau diduson yang mana pun baik kamu masuki, tanya ulihmu siapa dalamnya yang layak, maka dirumahnyalah kamu tinggal sampie kamu kluar deri tŭmpat itu.

12Maka apabila kamu masok kadalam sa’buah rumah, brilah sŭlam kapada isi rumah itu.

13Maka jikalau layak kiranya orang dirumah itu, maka biarlah sŭlammu itu didapatinya, tŭtapi jikalau iya tiada layak, maka kŭmbalilah pula sŭlammu itu kapadamu.

14Maka barang siapa yang tiada mŭnŭrima kamu, dan tiada mŭnurot pŭrkataanmu, maka apabila kamu kluar deri dalam rumah itu, atau deri dalam nŭgri itu, maka kŭbaskanlah abok yang lŭkat pada kakimu itu.

15Maka sasungguhnya aku bŭrkata padamu, bahwa tŭrlebih ringan pula seksa orang nŭgri Sodom dan Gomorah pada hari kiamat deripada orang nŭgri itu.

16¶ Tengoklah, bahwasanya aku mŭnyurohkan kamu ini spŭrti domba masok diantara sŭrigala, sŭbab itu handaklah kamu bijaksana spŭrti ular, dan tulus spŭrti mŭrpati.

17Maka ingat ingatlah kamu deripada manusia, kŭrna marika itu akan mŭmbawa kŭlak kamu kadalam bichara, dan dalam kŭnisanya marika itu akan mŭnyŭsah kamu.

18Dan lagi akan dibawanya kamu kahadapan pŭnghulu pŭnghulu, dan raja raja, ulih sŭbab aku, supaya kamu mŭnjadi saksi bagie marika itu, sŭrta orang sŭsat.

19Tŭtapi apabila disŭrahkan orang akan kamu kadalam bichara, maka janganlah kamu mŭnaroh fikiran, bagimana, atau apa yang handak kamu kata, kŭrna pada sa’at itu juga akan dikurniakan padamu apa yang patut kamu bŭrkata kata;

20Kŭrna bukannya kamu yang bŭrkata, mŭlainkan roh ayahmu yang bŭrkata kata didalammu itu.

21Maka sa’orang saudara akan mŭnyŭrahkan saudaranya supaya dibunoh, maka bapa pun bŭrbuat kapada anaknya dŭmkian, dan anak anak akan bŭrbangkit mŭlawan ibu bapanya, sahingga kaduanya itu dibunoh.

22Maka kamu ini akan dibŭnchi ulih sagala orang deri sŭbab namaku, tŭtapi barang siapa yang bŭrtahan sampie kasudahan, maka iyalah mŭndapat slamat.

23Maka apabila diannyayai orang akan kamu dalam nŭgri ini, larilah kamu kasa’buah nŭgri lain, kŭrna sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, tiada akan habis pŭkŭrjaanmu dalam nŭgri nŭgri Israil itu, kalau sŭbŭlom datang anak manusia.

24Maka tiadalah murid itu tŭrlebih deripada Gurunya, dan tiada pula hamba itu tŭrlebih deripada tuannya.

25Maka chukoplah kiranya bagie murid itu, jikalau bŭrsamaan dŭngan gurunya, dan dŭmkian pula hamba itu pun dŭngan tuannya; jikalau orang mŭngatakan tuan yang ampunya rumah itu Bilzebab, istemewa pula orang isi rumahnya itu?

26Maka sŭbab itu, bahwa janganlah kamu takot akan marika itu, kŭrna sasuatu pun tiada yang tŭrtutop itu, mŭlainkan tŭrbuka juga, dan yang tŭrsŭmbunyi itu pun akan nyata.

27Maka barang apa yang kukatakan padamu dalam gŭlap, maka handaklah kamu katakan dalam trang; dan barang yang kadŭngaran kŭtlingamu, handaklah kamu mashorkan itu deri atas rumah.

28Dan janganlah kamu takot kapada orang yang mŭmbunoh tuboh, tŭtapi tiada kwasa iya mŭmbunoh nyawa; maka tŭrutamalah kamu takoti akan yang bŭrkwasa mŭmbinasakan nyawa dan tuboh kaduanya kadalam nŭraka.

29Maka bukankah dijual orang burong pipet itu dua ekor sa’duit? Bahwa sa’ekor jua pun tiada bulih jatoh katanah, jikalau tiada dŭngan kahandak ayahmu.

30Lagi pun sagala rambut kapalamu ada dŭngan bilangannya.

31Maka sŭbab itu, janganlah kamu takot, adapun kamu ini tŭrlebih indahnya deripada burong pipet yang banyak itu.

32Maka sŭbab itu, barang siapa yang mŭngaku akan daku dihadapan manusia ini, bahwa aku pun mŭngakulah kŭlak akan dia dihadapan ayahku yang ada dishorga.

33Tŭtapi barang siapa yang mŭnyangkal akan daku dihadapan manusia ini, maka aku pun akan mŭnyangkal dia kŭlak dihadapan ayahku yang ada dishorga.

34Maka janganlah kamu kirakan, bahwa aku datang ini mŭmbawa damie ka’atas bumi, aku datang bukannya mŭmbawa damie, mŭlainkan pŭdang.

35Kŭrna kŭdatanganku ini mŭngadu anak dŭngan bapanya, dan anak pŭrampuan dŭngan ibunya, dan mŭnantu pŭrampuan dŭngan mŭntua pŭrampuannya.

36Orang yang sa’rumahnya juga akan mŭnjadi musohnya.

37Maka barang siapa yang mŭngasihi bapanya, atau ibunya tŭrlebih deripadaku, bahwa iya itu tiadalah layak padaku, dan barang siapa yang mŭngasihi anaknya laki laki atau pŭrampuan tŭrlebih deripadaku, maka iya itupun tiadalah layak padaku.

38Dan barang siapa yang tiada mŭmikol salibnya, lalu mŭngikot aku, maka iya itupun tiadalah layak padaku.

39Maka barang siapa yang mŭmliharakan dirinya, iya akan mŭnghilangkan, dan barang siapa yang mŭnghilangkan dirinya ulih sŭbab aku, maka iya itulah akan mŭndapat dia pula.

40¶ Maka barang siapa yang mŭnyambut kamu, sŭrasa iya mŭnyambut aku, dan barang siapa mŭnyambut aku, sŭrasa iya mŭnyambut akan dia yang tŭlah mŭnyurohkan aku.

41Barang siapa yang mŭnyambut nabi, sŭbab bŭrnama nabi, maka orang itu akan mŭndapat fahala nabi; dan barang siapa yang mŭnyambut orang bŭnar, sŭbab bŭrnama bŭnar, maka orang itu akan mŭndapat fahala orang bŭnar.

42Dan barang siapa yang mŭmbri minum ayer sŭjuk sa’chawan sahja kapada barang siapa yang tŭrkŭchil skali pun deri orang ini, sŭbab iya bŭrnama murid, maka sasungguhnya aku bŭrkata kapadamu, bahwa skali kali tiada akan hilang fahalanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran