Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 18 >> 

FATSAL XVIII.

1MAKA pada kutika itu juga datanglah murid murid itu kapada Isa katanya, Siapakah grangan yang tŭrlebih bŭsar dalam krajaan shorga?

2Maka dipanggil ulih Isa sa’orang kanak kanak hampir kapadanya, lalu ditarohnya akan dia pada sama tŭngah marika itu,

3Sŭrta bŭrkata, Sasungguhnya aku bŭrkata padamu, jikalau tiada angkau bŭrubah mŭnjadi spŭrti kanak kanak, maka skali kali tiada dapat kamu masok kadalam krajaan shorga.

4Maka sŭbab itu, barang siapa yang mŭrŭndahkan dirinya spŭrti kanak kanak ini, maka iyalah juga yang tŭrlebih bŭsar dalam krajaan shorga.

5Maka barang siapa yang mŭnyambut sa’orang kanak kanak spŭrti ini sŭbab namaku, maka srasa iya mŭnyambut aku.

6Tŭtapi barang siapa yang mŭndatangkan kasalahan pada sa’orang jua pun kanak kanak ini yang pŭrchaya akan daku, maka tŭrlebih baik padanya itu, jikalau digantongkan sa’buah batu kisaran dilehirnya, ditŭngglamkan ditŭngah laut.

7Karamlah bagie orang dunia, deri sŭbab mŭndatangkan kasalahan, kŭrna dapat tiada bŭbrapa kasalahan akan datang, tŭtapi karamlah bagie orang orang yang mŭndatangkan kasalahan itu.

8Maka sŭbab itu jikalau kiranya tanganmu, atau kakimu mŭndatangkan kasalahan bagiemu, kratkanlah akan dia, buangkan deripadamu, maka tŭrlebih baik angkau masok kadalam kahidopan kŭkal itu dŭngan tempang atau pinchang, deripada bŭrtangan dua, atau bŭrkaki dua dimasokkan kadalam api yang kŭkal.

9Dan jikalau matamu mŭndatagkan kasalahan bagiemu, korekkanlah dia, buangkan deri padamu, maka tŭrlebih baik angkau masok kadalam kahidopan kŭkal dŭngan sŭblah mata, deripada bŭrmata kaduanya dimasokkan kadalam api nŭraka.

10¶ Ingatlah, jangan kamu mŭnghinakan barang sa’orang deripada sagala orang yang tŭrkŭchil ini, kŭrna aku bŭrkata padamu, bahwa mŭliekatnya dalam shorga lagi sŭntiasa mŭmandang halrat ayahku yang dalam shorga.

11Kŭrna anak manusia datang akan mŭmliharakan yang tŭlah hilang.

12Maka bagimanakah sangkamu, jikalau ada kiranya sa’orang mŭnaroh sratus ekor domba, maka sa’ekor dombanya tŭlah sŭsat barat, bukankah ditinggalkannya sŭmbilan puloh sŭmbilan ekor domba itu, iya naik turon gunong mŭnchari yang sŭsat itu?

13Jikalau didapatinya akan dia itu, bahwasanya aku bŭrkata padamu, suka chitalah iya akan dia, tŭrlebih deripada sŭmbilan puloh sŭmbilan yang tiada sŭsat itu.

14Maka dŭmkianlah kahandak ayahmu yang ada dishorga pun, supaya jangan binasa barang sa’orang jua pun deripada yang tŭrkŭchil ini.

15¶ Tambahan pula, jikalau saudaramu ada bŭrsalah padamu, pŭrgilah tŭgor akan dia antara sama sa’orang angkau dŭngan dia, jikalau ditrimanya akan pŭrkataanmu itu, tŭlah angkau bŭrulih kŭmbali akan saudaramu itu.

16Tŭtapi jikalau tiada iya mahu mŭnrima pŭrkataanmu itu, bawalah sa’orang atau dua orang lagi sŭrtamu, supaya bulih ditŭntukan sagala pŭrkataanmu itu ulih mulot dua tiga orang saksi itu.

17Dan jikalau ŭnggan iya akan marika itu, brilah tahu pada sidang jŭmaah, maka jikalau iya ŭnggan pula akan sidang jŭmaah, maka handaklah angkau mŭmbilang dia spŭrti orang sŭsat, dan orang yang mŭmŭgang chukie.

18Maka sasungguhnya aku bŭrkata padamu, barang suatu yang kamu ikat diatas bumi ini, iya itu ada tŭrikat dalam shorga; dan barang suatu yang kamu uriekan diatas bumi ini, maka iya itu pun ada tŭrurie dalam shorga.

19Lagi pun aku bŭrkata padamu, jikalau kiranya dua orang deripadamu bŭrmufakat sama sama diatas bumi ini, iya itu derihal barang apa yang handak dipintanya, maka iya itu akan dikurniakan bagienya ulih ayahku yang ada dishorga.

20Kŭrna barang dimana ada dua tiga orang bŭrhimpun deri kŭrna namaku, maka disitulah aku pun ada bŭrsama sama ditŭngah marika itu.

21¶ Maka pada tŭtkala itu, datanglah Petros padanya, katanya, Ya Tuhan, brapa kali saudaraku bŭrsalah padaku yang patut kuampuni akan dia, sampia tujoh kalikah?

22Maka jawab Isa padanya, Bahwa bukannya aku bŭrkata padamu, sampie tujoh kali, mŭlainkan sampie tujoh puloh kali tujoh.

23Sŭbab itulah krajaan shorga itu diumpamakan dŭngan sa’orang Raja, yang handak mŭnŭntukan kira kira dŭngan orangnya.

24Adapun tŭtkala bahru dimulainya mŭlihat kira kira, maka dibawa oranglah kapadanya sa’orang yang bŭrhutang wang salaksa tŭlanta.

25Maka sŭbab tiada padanya pŭmbayar itu, maka disuroh ulih tuannya itu jualkan dia laki bini, anak branak, dan sagala sasuatu harta bŭndanya, akan mŭmbayar hutangnya.

26Maka mŭnyŭmbahlah orang itu sampie katanah, sambil bŭrkata, Ya tuan, sabarlah, maka hamba nanti mŭmbayar sŭmuanya skali.

27Maka kasihanlah tuannya akan orang itu, sambil dilŭpaskannya akan dia, lalu dimaafkannyalah hutangnya itu.

28Hata kluarlah orang itu, lalu bŭrtŭmulah iya dŭngan sa’orang kawannya yang sa’tuan dŭngan dia, yang ada bŭrhutang padanya sratus dinar; maka ditangkapnya akan dia, sŭrta dichŭkekkannya lehirnya, katanya, Bayarlah hutangmu.

29Maka mŭnyŭmbahlah kawannya itu dikakinya, sŭrta mŭminta padanya, Sabarlah kiranya, maka hamba akan mŭmbayar sŭmuanya.

30Maka ŭngganlah iya, lalu dibawanya pŭrgi dimasokkannya kadalam pŭnjara, sampie dibayarnya hutangnya itu.

31Maka apabila dilihat ulih sagala kawan lain yang sa’tuan dŭngan dia itu akan hal yang dŭmkian, maka duka chitalah marika itu sangat, sŭrta pŭrgilah iya skalian pada tuannya mŭmbri tahu akan sagala hal ahwal itu.

32Sŭtlah sudah dipanggil ulih tuannya itu akan dia, lalu bŭrkata, Hie hamba yang jahat, adapun hutangmu sŭmuanya sudah kumaafkan, sŭbab angkau mŭminta padaku:

33Maka bukankah patut angkau pun kasihankan kawanmu itu spŭrti aku tŭlah mŭngasihi akan dikau?

34Maka morkalah tuannya itu, sŭrta disŭrahkannya dia kapada pŭnunggu pŭnjara, sampie dibayarnya hutangnya itu sŭmuanya.

35Dŭmkianlah juga ayahku pun yang ada dishorga kŭlak buat padamu, jikalau tiada dŭngan sungguh hati kamu mŭngampuni akan sŭsa’orang saudaramu deri pada sagala kasalahannya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 18 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran