Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 23 >> 

FATSAL XXIII.

1PADA tŭtkala itu bŭrkatalah Isa kapada pŭrhimponan orang itu, dan kapada murid muridnya,

2Katanya, Adapun khatib khatib dan orang orang Farisia itu ada dudok diatas korsi Musa.

3Sŭbab itu sagala sasuatu yang disurohkannya bŭrbuat, maka pŭrbuatlah ulihmu akan dia, tŭtapi janganlah kamu mŭnurot kŭlakuannya, kŭrna marika itu mŭngatakan sahja, tŭtapi tiada dipŭrbuatnya.

4Kŭrna marika itu mŭngikat tanggongan yang brat, dan susah dipikolnya, maka ditarohkannya diatas bahu manusia, tŭtapi marika itu tiada mahu mŭnggrakkan iya itu dŭngan suatu jarinya pun.

5Adapun sagala pŭrbuatannya itu dipŭrbuatnya, supaya dilihat ulih manusia sahja, kŭrna dilebarkannya azimat pada dahinya, dan dipanjangkannya rambu rambu pakieannya.

6Maka sukalah marika itu dudok pada tŭmpat katinggian dalam pŭrjamuan, dan pada kadudokan yang mulia dalam kŭnisa kŭnisa.

7Dan disukainya orang mŭmbri sŭlam dipŭkan pŭkan, dan orang mŭmanggil akan dia Mulana, Mulana.

8Tŭtapi janganlah kamu ini dinamai Mulana, Mulana, kŭrna ada sa’orang jua Guru kamu, iya itu Almasih, maka kamu skalian ini bŭrsaudara.

9Janganlah kamu mŭmanggil kapada sa’orang jua pun dalam dunia ini ayah, kŭrna asa jua Ayahmu, iya itu yang ada dishorga.

10Maka janganlah kamu dinamai guru guru, kŭrna sa’orang jua Guru kamu, iya itulah Almasih.

11Tŭtapi yang tŭrlebih bŭsar diantara kamu, iya itulah patut mŭnjadi hambamu.

12Maka barang siapa yang mŭninggikan dirinya, iya itu akan dihinakan, dan barang siapa yang mŭrŭndahkan dirinya, iya itu akan ditinggikan.

13¶ Tŭtapi karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang Farisia, hie munafik! kŭrna kamu tŭlah mŭngunchikan krajaan shorga itu dihadapan manusia, maka kamu sŭndiri pun tiada masok, dan orang yang handak masok pun tiada kamu bri.

14Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! kŭrna kamu makankan sagala harta bŭndah pŭrampuan janda, dan mŭlanjotkan sŭmbahyang dŭngan pura pura, sŭbab itulah kamu akan mŭnŭrima seksa yang tŭrlebih brat.

15Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! kŭrna kamu mŭnglilingi laut dan darat, akan mŭnjadi sa’orang mualaf, dan apabila iya jadi dŭmkian, maka kamu jadikan dia pula isi nŭraka, dua kali gandah tŭrlebih deripada kamu sŭndiri.

16Karamlah bagiemu, hie pŭmimpin buta! yang bŭrkata, Jikalau barang sa’orang bŭrsumpah dŭngan nama ka’abah, iya itu tiada mŭngapa; tŭtapi jikalau barang sa’orang yang bŭrsumpah dŭngan nama mas ka’bah, iya itu mŭnjadi fŭrlu.

17Hie orang orang bodoh, dan buta, apakah yang tŭrlebih bŭsar, maskah atau ka’abahkah, yang mŭnjadikan mas itu suchi?

18Dan lagi katamu, Jikalau barang sa’orang yang bŭrsumpah dŭngan nama tŭmpat pŭrsŭmblihan, iya itu tiada mŭngapa; tŭtapi jikalau iya bŭrsumpah dŭngan nama pŭrsŭmbahan yang diatas tŭmpat itu, iya itu mŭnjadi dosa.

19Hie orang orang bodoh, dan buta, apakah yang tŭrlebih bŭsar, pŭrsŭmbahankah, atau tŭmpat pŭrsŭmblihankah, yang mŭnjadikan pŭrsŭmbahan itu suchi?

20Sŭbab itu barang siapa yang bŭrsumpah dŭngan nama tŭmpat pŭrsŭmblihan, sŭrasa iya bŭrsumpah dŭngan nama tŭmpat itu, dan dŭngan nama skalian yang diatasnya itu.

21Dan barang siapa yang bŭrsumpah dŭngan nama ka’abah, sŭrasa iya bŭrsumpah dŭngan nama ka’abah, dan dŭngan nama Tuhan yang dudok dalamnya.

22Dan barang siapa yang bŭrsumpah dŭngan nama shorga, maka sŭrasa iya bŭrsumpah dŭngan arash Allah, sŭrta dŭngan nama yang dudok diatasnya itu.

23Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! kŭrna kamu mŭmbayar dalam spuloh asa deripada slasih, dan adas manis, dan jintan, tŭtapi kamu laliekan pŭrkara yang tŭrlebih brat hukumnya dalam Tauret, iya itu bŭnar, dan rahmat, dan iman; adapun sagala pŭrkara ini patutlah kamu bŭrbuat, tŭtapi janganlah kamu mŭninggalkan lain pŭrkara itu pun.

24Hie pŭmimpin buta! kuman kamu tapiskan, tŭtapi onta kamu tŭlan bulat.

25Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang Farisia, hie munafik! bahwa kamu mŭnyuchikan luar chawan dan pinggan, tŭtapi dalamnya pŭnoh dŭngan rampasan dan nŭjis.

26Hie orang Farisia yang buta! suchikanlah dahulu dalam chawan dan pingganmu, supaya diluarnya pun bulih suchi.

27Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! bahwa adalah kamu spŭrti kubor yang dilŭbor puteh, sasunggohnya klihatan diluarnya chantek, tŭtapi dalamnya pŭnoh dŭngan tulang orang mati, dan sagala jŭnis chŭmar.

28Maka dŭmkianlah adanya kamu ini klihatan diluar bŭnar pada manusia, tŭtapi dalamnya pŭnoh dŭngan munafik, dan kŭjahatan.

29Karamlah bagiemu khatib khatib, dan orang orang Farisia, hie munafik! kŭrna kamu mŭmbaikki kubor sagala nabi nabi, dan mŭnghiasi kubor sagala orang yang bŭrbakti;

30Sambil kamu bŭrkata, Jikalau kiranya ada kami pada tŭtkala zaman nenek moyang kami, nŭschaya tiadalah kami sŭdaya dŭngan marika itu mŭnumpahkan darah nabi nabi itu.

31Dŭmkianlah kamu juga mŭnjadi saksi atas diri kamu, bahwa kamulah anak chuchu yang tŭlah mŭmbunoh nabi nabi.

32Bahwa chukopkanlah ulihmu sukatan nenek moyangmu itu.

33Hie ular, dan kŭturonnan ular yang bisa! bagimanakah kŭlak kamu bulih lŭpas lari dirimu deripada seksa nŭraka itu?

34Sŭbab itulah, bahwa aku akan mŭnyurohkan kapadamu bŭbrapa nabi, dan pŭndita, dan guru, maka sŭtŭngah deripada marika itu kamu akan mŭmbunoh dŭngan rŭgang, dan sŭtŭngah deripada marika itu kamu sŭsah dŭngan jari ampi dalam kŭnisa kŭnisa kamu, dan kamu akan mŭnghambat dia deripada sabuah nŭgri kasabuah nŭgri.

35Supaya tŭrtanggonglah ka’atasmu sagala darah orang yang bŭnar itu yang tŭlah tŭrtumpah diatas bumi, iya itu deripada darah Habil, orang yang bŭnar itu, sampielah kapada darah Zakaria anak Barakia, yang tŭlah kamu bunoh diantara ka’abah dŭngan tŭmpat pŭrsŭmblihan.

36Sasunggohnya juga aku bŭrkata padamu, bahwa sagala pŭrkara ini akan bŭrlaku juga dalam zaman orang ini.

37Hie Jerusalem, Jerusalem, yang mŭmbunoh sagala nabi, dan mŭrŭjam sagala orang yang disurohkan kapadamu, maka adalah bŭbrapa kali sudah aku handak mŭnghimpunkan anak anak kamu, spŭrti sa’ekor ibu ayam yang mŭnghimpunkan anak anaknya kabawah kŭpaknya, maka tiada kamu mahu.

38Bahwa sasungguhnya kŭlak tŭmpat kŭdiamanmu itu akan mŭnjadi sunyi sŭnyap.

39Bahwa aku bŭrkata padamu, deripada waktu ini, tiadalah dapat kamu mŭlihat aku lagi, sampie kamu bŭrkata, Bŭrbahgialah orang yang datang dŭngan nama Tuhan.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 23 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel