Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Matius 26 >> 

FATSAL XXVI.

1MAKA adalah tŭtkala Isa sudah putus deripada sagala pŭrkataan ini, maka bŭrkatalah iya pada murid muridnya:

2Kamu tŭlah mŭngtahui, bahwa lagi dua hari akan datang hari raya langka, maka Anak manusia akan disŭrahkan supaya disalebkan.

3¶ Maka tŭtkala itu bŭrhimpunlah sagala imam yang bŭsar bŭsar, dan khatib khatib, dan orang tua tua deri pada kaum itu ka’atas balierong kapala imam yang bŭrnama Kiefas.

4Lalu bŭrmufakatlah marika itu sama sŭndirinya handak mŭnangkap Isa dŭngan tipu, supaya dibunohnya akan dia.

5Tŭtapi bŭrkatalah marika itu, Janganlah pada hari raya ini, kalau kalau jadi gŭmpar kŭlak diantara kaum itu.

6¶ Sŭbarmula tŭtkala Isa diBethani, dalam rumah Simon kusta,

7Maka datanglah sa’orang pŭrampuan kapadanya mŭmbawa suatu chŭmbol yang bŭrisi minyak yang sangat mulia, lalu dituangkannyalah ka’atas kapalanya, tŭtkala iya dudok makan.

8Maka apabila marika itu mŭlihat itu, marahlah marika itu, katanya, Apa buat rugi chuma chuma ini?

9Kŭrna minyak ini bulih dijual dŭngan harga mahal, dan wangnya itu dibrikan pada orang miskin.

10Maka apabila dikŭtahui ulih Isa akan hal itu, maka bŭrkatalah iya pada marika itu, Mŭngapa kamu mŭnyusahkan pŭrampuan ini? kŭrna iya tŭlah bŭrbuat suatu pŭkŭrjaan yang baik padaku.

11Adapun orang miskin itu slalu ada padamu, tŭtapi aku tiada slalu padamu.

12Kŭrna pŭrampuan itu mŭnuangkan minyak itu ka’atas tubohku, maka dibuatnya itu kŭrna mŭnanamkan mayatku.

13Sasungguhnya aku bŭrkata padamu, barang dimana pun baik Injil ini akan dimashorkan dalam sagala dunia, maka pŭrbuatan pŭrampuan ini akan disŭbot sŭbot, mŭnjadi pŭringatan bagie dia.

14¶ Maka sŭtlah itu pŭrgilah sa’orang deripada dua blas orang murid muridnya itu yang bŭrnama Yuda Iskariot, kapada kapala kapala imam;

15Sambil bŭrkata padanya, Apa kamu handak bri padaku, supaya aku mŭnyŭrahkan Isa kapadamu? Maka marika itu bŭrjanjilah handak mŭmbri akan dia tiga puloh wang perak.

16Maka deripada kutika itulah Yudas itu mŭnchari kutika sŭnang, supaya disŭrahkannya Isa.

17¶ Bŭrmula pada hari yang pŭrtama deripada hari raya roti yang tiada bŭragi, maka datanglah murid muridnya kapada Isa, sŭrta bŭrkata padanya, Dimanakah angkau kahandaki, supaya kami sŭdiakan makan pŭrjamuan hari raya langka?

18Maka bŭrkatalah iya, Pŭrgilah kamu masok kadalam nŭgri kapada sa’orang anu, katakanlah padanya, Guru bŭrkata, bahwa ajalku sudah dŭkat, maka dalam rumahmulah aku handak mŭndapati hari raya langka sŭrta dŭngan murid muridku.

19Maka dipŭrbuatlah ulih murid muridnya spŭrti yang disurohkan Isa itu padanya, sŭrta disŭdiakannya pŭrjamuan langka itu.

20Maka apabila sudah pŭtang hari, lalu dudoklah Isa makan sa’hidangan dŭngan kadua blas murid muridnya itu.

21Maka tŭtkala marika itu makan, lalu bŭrkatalah iya, Sasungguhnya aku bŭrkata padamu, bahwa sa’orang deri antaramu ini akan mŭnyŭrahkan aku kapada musohku.

22Maka duka chitalah sangat marika itu, lalu bŭrtanyalah masing masing kapadanya, Hambakah dia, ya Tuhan?

23Maka jawabnya, Adapun orang yang masok tangan sŭrtaku dalam pinggan ini, iyalah akan mŭnyŭrahkan aku.

24Bahwa Anak manusia itu akan mati spŭrti yang tŭlah tŭrsurat deri halnya, tŭtapi karamlah bagie orang yang mŭnyŭrahkan Anak manusia itu, lebih baiklah jikalau orang itu tiada dipranakkan.

25Maka sahut Yudas yang akan mŭnyŭrahkan Isa itu, katanya, Hambakah dia itu ya Guru? Maka jawabnya, Spŭrti katamu itu.

26¶ Bŭrmula maka adalah marika itu pada tŭngah makan, maka diambil ulih Isa roti, sŭtlah sudah dibŭrkatinya akan dia, lalu dipŭchahkannyalah, sŭrta dibrikannya kapada murid muridnya, katanya, Ambillah, makan ulihmu, bahwa inilah tubohku.

27Dan lagi diambilnya pula sa’chawan minoman, maka sŭtlah iya mŭnguchap shukor, lalu dibrikannyalah pada marika itu, katanya, minomlah ulihmu sŭmua akan dia:

28Kŭrna inilah darahku, iya itu pŭrjanjian bahru yang tŭlah tumpah sŭbab orang banyak, supaya dosanya dihapuskan.

29Maka aku bŭrkata padamu, bahwa deripada kutika ini tiadalah lagi aku minom deri pada ayer anggor ini, hingga sampie pada hari apabila aku dŭngan kamu kŭlak minom dia itu dŭngan bahrunya, dalam krajaan Ayahku.

30Sŭtlah sudah marika itu mŭnyanyi suatu puji pujian, maka kluarlah marika itu kabukit Zieton.

31Tŭtkala itu, maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Bahwa sŭmua kamu ini kŭlak akan mŭmungkirkan aku pada malam ini, kŭrna tŭlah tŭrsurat dŭmkian, Bahwa aku akan mŭnyinchang gombala itu, maka domba sa’kawan itu pun akan chŭrie brielah.

32Tŭtapi apabila aku kŭlak hidop pula, maka aku akan bŭrjalan dahulu dihadapanmu pŭrgi kanŭgri Galilia.

33Maka disahut ulih Petros akan dia, Jikalau kiranya sagala orang mungkirkan angkau skali pun, bahwa skali kali aku tiada mungkir.

34Maka bŭrkata Isa padanya, Sasungguhnya juga aku bŭrkata padamu, bahwa pada malam ini juga, sŭbŭlom ayam bŭrkokok, maka angkau akan mŭnyangkali aku tiga kali.

35Maka kata Petros padanya, Jikalau mati hamba skali pun, sŭrta juga dŭngan angkau, bahwa tiadalah aku kŭlak mŭnyagkali angkau; dŭmkian lagi pŭrkataan sagala murid muridnya yang lain pun.

36¶ Tŭtkala itu datanglah Isa bŭrsama sama dŭngan marika itu masok kadalam suatu tŭmpat yang bŭrnama Gethsamani, maka bŭrkata Isa pada murid muridnya, Dudoklah kamu disini sŭmŭntara aku pŭrgi minta doa disitu.

37Maka dibawanyalah bŭrsama sama Petros, dan anak Zabdi kadua, maka bahrulah datang duka chitanya, sŭrta dŭngan sangat brat rasanya.

38Tŭtkala itu, maka bŭrkatalah Isa pada marika itu, Nyawaku tŭrsangatlah bŭrduka bagie akan mati, nantilah kamu disini sŭrta bŭrjaga dŭngan aku.

39Maka pŭrgilah iya jauh sŭdikit, maka sujudlah iya mŭniarap, sambil mŭminta doa, katanya, Ya Ayahku, jikalau bulih kiranya, biarlah chawan minoman itu dinyahkan deripada aku, tŭtapi dalam pada itu pun bukannya spŭrti kahandakku, mŭlainkan spŭrti kahandakmu.

40Maka kŭmbalilah iya pada murid muridnya, maka didapatinya marika itu tidor, lalu katanya kapada Petros, Bagimana, tiadakah bulih kamu bŭrjaga sŭrtaku sa’jam sahja?

41Bŭrjagalah dŭngan bŭrminta doa, supaya jangan kamu kŭna pŭrchobaan, maka sungguh pun Roh itu bŭrkahandak, tŭtapi hati itu lŭmahlah adanya.

42Maka pŭrgilah iya pula pada kadua kalinya mŭminta doa, katanya, Ya Ayahku, jikalau kiranya chawan minoman itu tiada bulih nyah deripadaku, mŭlainkan handak kuminom juga akan dia itu, kahandakmu jadilah.

43Maka iya pun kŭmbalilah, lalu didapatinya akan marika itu tidor pula, kŭrna tŭrlalu sangat brat matanya.

44Maka ditinggalkanyalah marika itu, lalu pŭrgilah iya mŭminta doa pada katiga kalinya, mŭngatakan pŭrkataan itu juga.

45Sŭtlah itu kŭmbalilah iya kapada murid muridnya, lalu bŭrkata padanya, Tidorlah juga skarang, sŭnangkanlah dirimu, sasungguhnya kutika tŭlah sampie, bahwa Anak manusia itu akan disŭrahkan kŭtangan orang bŭrdosa.

46Bangunlah kamu, mari kita pŭrgi; tengoklah, orang yang handak mŭnyŭrahkan aku itu ada datang.

47¶ Maka antara iya bŭrkata kata itu lagi, bahwasanya Yudas, sa’orang deripada yang kadua blas orang itu pun datanglah dŭngan mŭmbawa banyak rayat bŭrsama sama, sŭrta dŭngan pŭdang pŭdang, dan kayu kayu, iya itu disuroh imam bŭsar bŭsar, dan orang tua tua kaum itu.

48Adapun orang yang mŭnyŭrahkan Isa itu tŭlah mŭmbri suatu isharat pada marika itu, katanya, Barang siapa yang kuchium iya itulah dia, tangkaplah ulihmu.

49Maka dŭngan skutika itu juga datanglah Yudas kapada Isa, katanya, Slamatlah Guru, maka dichiumnya akan dia.

50Tŭtapi jawab Isa padanya, Sahabat, apa mulanya angkau datang ini? Sŭtlah itu datanglah marika itu mŭmbuboh tangannya ka’atas Isa, lalu ditangkapnya.

51Maka sasungguhnya ada sa’orang deripada marika itu yang bŭrsama sama dŭngan Isa mŭnghulorkan tangannya, sŭrta dihunasnya pŭdangnya, lalu dichinchangnya hamba imam bŭsar itu, putuslah tlinganya.

52Maka bŭrkatalah Isa padanya, Sarongkanlah pŭdangmu itu kŭmbali, kŭrna barang sa’orang yang mŭmakie pŭdang itu, iya akan dibinasakan ulih pŭdang juga.

53Untah pada sangkamu, tiadakah bulih aku mŭminta pada Ayahku skarang ini, bahwasanya iya akan mŭmbri aku lebih deripada dua blas pasukan mŭliekat?

54Tŭtapi bagimanakah garangan kitab itu bulih digŭnapkan? Bahwasanya dapat tiada dŭmkianlah jadinya.

55Maka pada masa itu bŭrkatalah Isa pada sagala rayat itu, Kamu ini kluar sa’olah olah handak mŭnangkap orang pŭnyamunkah, dŭngan mŭmbawa pŭdang dan kayu handak mŭnangkap aku? Maka pada tiap tiap hari aku dudok bŭrsama sama dŭngan kamu mŭngajar dalam ka’abah, maka tiada kamu mŭnangkap aku.

56Tŭtapi skaliannya ini tŭlah jadi, supaya gŭnaplah surat sagala nabi; tŭtkala itu maka ditinggalkanlah ulih sagala murid muridnya akan Isa, lalu larilah marika itu.

57Adapun orang orang yang mŭnangkap Isa itu, dibawanyalah akan dia kapada Kiefas, imam bŭsar itu, ditŭmpat pŭrhimpunan khatib khatib, dan orang tua tua itu.

58Akan tŭtapi Petros mŭngikotlah akan dia deri jauh, sampie kapada balerong imam yang bŭsar itu, sŭtlah sudah iya masok, maka dudoklah iya bŭrsama sama dŭngan hamba imam, sŭbab handak mŭlihat kasudahannya.

59Maka imam imam yang bŭsar, dan orang tua tua, sŭrta sagala orang bichara pun mŭnchari saksi dusta handak mŭnyalahkan Isa, supaya dibunohnya akan dia.

60Tiada juga didapatinya sa’orang pun, bahkan, maka sungguh pun banyak saksi yang dusta tŭlah datang, tŭtapi tiada juga sa’orang tŭrpakie.

61Kŭmdian deripada itu, datang pula dua orang saksi dusta, katanya, Iya ini tŭlah bŭrkata, iya bulih mŭmŭchahkan ka’abah Allah, dan bulih pula mŭmbangunkan dia dalan tiga hari.

62Maka bangunlah imam yang bŭsar, lalu bŭrkata pada Isa, Suatu pun tiadakah angkau jawab, apakah dia itu yang ditudoh ulih saksi ini atasmu?

63Tŭtapi Isa mŭndiamkan dirinya. Maka sahut imam yang bŭsar itu, sŭrta bŭrkata, Bahwasanya aku mŭlŭtakkan ka’atasmu sumpah, dŭmi Allah yang hidop, supaya angkau mŭngatakan pada kami kalau kalau angkaukah Almasih anak Allah itu.

64Maka kata Isa padanya, Spŭrti katamu itu; tŭtapi aku bŭrkata padamu, bahwa kumdian deripada ini kŭlak kamu akan mŭliat Anak manusia itu dudok disŭblah kanan Allah yang maha kwasa, sŭrta datang diatas awan awan deri langit.

65Maka tŭtkala itu imam yang bŭsar itu mŭngoyakan pakieannya sŭndiri, katanya, Bahwasanya iya ini mŭmbuat fitnah akan Allah, apa gunanya saksi lagi, bahwa sasungguhnya skarang kamu sudah mŭnŭngar fitnahnya itu.

66Bagimanakah fikiran kamu? Maka disahut ulih marika itu katanya, Adapun hukumannya ini patutlah dibunoh.

67Tŭtkala itu maka diludahilah ulih marika itu muka Isa, sŭrta ditumboknya akan dia, dan ada yang mŭnampar dia,

68Katanya, Nabuatkanlah pada kami, hie Almasih, siapakah yang mŭmukol angkau?

69¶ Sŭbarmula derihal Petros itu, adalah iya dudok diluar balierong, maka datanglah sa’orang pŭrampuan muda kapadanya, katanya, Angkau ini pun bŭrsama sama juga dŭngan Isa orang Galilia itu.

70Maka bŭrsangkallah iya dihadapan sagala orang itu, katanya, Apakah angkau kata itu? tiada aku kŭtahui.

71Maka tŭtkala itu kluarlah iya kasrambi balie, maka dilihat pula ulih sa’orang pŭrampuan yang lain akan dia, katanya kapada orang orang yang ada disana, Iyaini pun bŭrsama sama juga dŭngan Isa orang Nazareth itu.

72Maka iya bŭrsangkal pula dŭngan sumpah katanya, Tiada aku mŭngŭnal orang itu.

73Maka skutika lagi orang yang bŭrdiri disana bŭrkata pada Petros, Sungguhlah angkau ini sa’orang deripada marika itu, kŭrna deripada bahsamu angkau dikŭnal.

74Hata maka tŭtkala itu bahrulah iya mŭngutoki dirinya, sŭrta bŭrsumpah, katanya, Tiada aku mŭngŭnal orang itu. Maka sŭbŭntar lagi ayam pun bŭrkokoklah.

75Maka tŭrkŭnanglah Petros akan pŭrkataan Isa yang tŭlah dikatakannya padanya, bahwa sŭbŭlom ayam bŭrkokok, tiga kali angkau akan mŭnyangkali aku; maka kluarlah iya, sŭrta mŭnangis dŭngan tŭrsŭdeh sŭdeh.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Matius 26 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2021
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran