Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Roma 10 >> 

FATSAL X.

1HIE sagala saudaraku, bahwa kahandak hatiku, dan doaku kapada Allah kŭrna orang Israil, supaya marika itu bulih dislamatkannya.

2Kŭrna aku mŭnjadi saksi bagie marika itu, bahwa adalah rajin marika itu kapada Allah, tŭtapi bukannya dŭngan hal pŭngŭtahuan.

3Kŭrna ulih sŭbab kŭbodohan marika itu akan kabŭnaran Allah, sŭrta handak mŭmbuat jalan akan mŭndirikan kabŭnarannya sŭndiri, akam tiadalah marika itu mŭna’lokkan dirinya kapada kabŭnaran Allah.

4Kŭrna Almasih itulah kasudah sudahan tauret ulih sŭbab kabŭnaran bagie tiap tiap manusia yang bŭriman.

5Kŭrna Musa pun mŭngatakan pri kabŭnaran yang datang deripada tauret juga, Adapun orang yang mŭmbuat sagala pŭrkara itulah akan hidop ulih sŭbabnya.

6Tŭtapi kabŭnaran yang datang deripada iman itu mŭngatakan dŭmkian: Bahwa janganlah angkau bŭrfikir dalam hatimu, siapakah akan naik kashorga? (iya itu akan mŭnuronkan Almasih kŭbawah.)

7Atau siapakah akan turon kŭdalam alam bŭrzak? (iya itu akan mŭmbangkitkan Almasih pula deripada matinya.)

8Tŭtapi apakah kata itu? Adapun pŭrkataan itu dŭkat padamu, iya itu dalam mulotmu dan dalam hatimu pun, iya itu pŭrkataan iman yang kita mŭngajarkan.

9Bahwa jikalau angkau mŭngaku dŭngan mulotmu akan Tuhan Isa itu, dan pŭrchaya pula angkau dalam hatimu, bahwa Allah tŭlah mŭmbangkitkan dia deripada matinya, maka angkau kŭlak akan slamat.

10Kŭrna dŭngan hatilah manusia itu pŭrchaya akan bŭrulih kabŭnaran, dan dŭngan mulotlah iya mŭngaku akan bŭrulih slamat.

11Kŭrna kitab mŭngatakan, Maka barang siapa yang pŭrchaya akan dia, iya itu tiada akan malu.

12Kŭrna tiadalah pŭrbethaan diantara orang Yahudi dŭngan orang Grika, kŭrna suatu juga Tuhan yang diatas skalian, maka iyalah kaya bagie sagala orang yang bŭrsru kapadanya.

13Kŭrna barang siapa yang bŭrsru akan nama Tuhan, maka iya itu kŭlak akan slamat.

14Maka bagimanakah garangannya orang orang bulih bŭrsru kapadanya, sŭbŭlom marika itu pŭrchaya akan dia? Dan bagimana garangannya orang bulih pŭrchaya akan dia, sŭbŭlom didŭngar ulih marika itu akan halnya? dan bagimanakah marika itu handak mŭnŭngar, dŭngan tiada sa’orang yang mŭmbri tahu?

15Dan bagimanakah orang bulih mŭmbri tahu, jikalau tiada iya disurohkan? Spŭrti yang tŭlah tŭrsurat, Bagimanakah eloknya kaki orang orang yang mŭmashorkan Injil pŭrdamiean, dan yang mŭmbawa khabar sŭnang derihal pŭrkara pŭrkara yang baik.

16Tŭtapi bŭlomlah sŭmua marika itu mŭnurot Injil itu, kŭrna nabi Jasia tŭlah bŭrkata, Tuhan siapakah yang tŭlah pŭrchaya akan khabar kita?

17Bŭgitulah, bahwa iman itu datang deri sŭbab pŭnŭngaran, dan pŭnŭngaran itu datang deri sŭbab fŭrman Allah.

18Tŭtapi aku bŭrkata, bahwa bŭlomkah didŭngar ulih marika itu? Bahkan, sŭsungguhnya bunyinya tŭlah mŭmŭchah atas sagala muka bumi, dan pŭrkataannya pun sampie kapada sagala fiak bumi.

19Tŭtapi aku bŭrkata, Bŭlomkah tŭlah sudah dikŭtahui ulih bani Israil? Tŭrdahulu Musa tŭlah bŭrkata, Aku kŭlak akan mŭmbangkitkan bagiemu chŭmbruan ulih orang yang bukannya sa’kaum, dan ulih sŭbab suatu bangsa yang bodoh itu kŭlak aku akan mŭmbangkitkan kŭmarahanmu.

20Tŭtapi nabi Jasia itu tŭrlalu brani, sambil katanya, Bahwa aku tŭlah didapati ulih orang orang yang tiada mŭnchari akan daku, dan aku pun tŭlah dinyatakan kapada marika itu yang tiada bŭrtanya akan daku.

21Tŭtapi Allah tŭlah bŭrfŭrman kapada bani Israil, Bahwa sŭpanjang panjang hari aku tŭlah mŭmanjangkan tanganku kapada suatu bangsa yang dŭrhaka dan yang bŭrbantah.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Roma 10 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2019
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran