Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 3 >> 

FATSAL III.

1BŬRMULA tuliskanlah surat kapada mŭliekat sidang jŭmaah yang diSardis; maka inilah pŭrkara pŭrkara yang dikatakan ulih orang yang ada mŭnaroh tujoh Roh Allah, dan tujoh buah bintang; Bahwa aku mŭngatahui akan sagala pŭkŭrjaanmu, maka angkau adalah mŭmpunyai satu nama yang angkau ada hidop, tŭtapi mati adanya.

2Maka jagalah angkau, sŭrta kuatkanlah pŭrkara pŭrkara yang ada tinggal itu, yang hampir mahu mati: kŭrna tiadalah aku dapat pŭkŭrjaanmu itu samporna dihadapan Allah.

3Maka sŭbab itu ingatlah angkau bagimana angkau tŭlah mŭnŭrima dan mŭnŭngar itu, pŭganglah tŭgoh tŭgoh, sŭrta bŭrtaubat, maka jikalau tiada kŭlak angkau bŭrjaga, aku akan datang kapadamu spŭrti pŭnchuri, maka tiada angkau kŭlak mŭngatahui pada jam yang manakah aku akan datang padamu.

4Maka adalah padamu sŭdikit sahja nama mŭskipun diSardis itu yang tiada kŭna kotor pakieannya; maka marika itulah kŭlak akan bŭrjalan sŭrtaku dŭngan mŭmakie putih: kŭrna marika itulah layak adanya.

5Maka orang yang mŭnang, iyalah kŭlah dipŭrsalini dŭngan pakiean putih; maka tiadalah kŭlak aku parangkan namanya deri dalam kitab hayat, mŭlainkan aku akan mŭngaku namanya dihadapan Ayahku, dan dihadapan sagala mŭliekatnya.

6Maka barang siapa yang ada bŭrtŭlinga, handaklah didŭngarnya akan pŭrkataan yang dikatakan ulih Roh kapada sidang sidang jŭmaah.

7Bŭrmula tuliskanlah surat kapada mŭliekat sidang jŭmaah yang diFiladelfia; maka inilah pŭrkara pŭrkara yang dikatakan ulih dia yang suchi, dan iya yang bŭnar, dan iya yang mŭmŭgang anak kunchi Daud, maka iya yang mŭmbuka, sa’orang pun tiada dapat mŭnutop; dan mŭnutop sa’orang pun tiada dapat mŭmbuka;

8Bahwa aku kŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu: maka sŭsungguhnya, tŭlah kudirikan dihadapanmu suatu pintu yang tŭrbuka, maka sa’orang juapun tiada dapat mŭnutopkan dia; kŭrna adalah angkau sŭdikit kuat, dan tŭlah mŭmliharakan pŭrkataanku, maka tiada angkau bŭrsangkal akan namaku.

9Maka sŭsungguhnya, aku akan mŭnjadikan dia orang kŭnisa Sheitan, yang mŭngatakan dirinya orang Yahudi, tŭtapi bukan, mŭlainkan iya bŭrdusta; bahwasanya, aku kŭlak mŭnjadikan marika itu datang sujud dikakimu, dan iya kŭlak mŭngatahui aku mŭngasihi dikau.

10Maka sŭbab angkau tŭlah mŭmliharakan pŭrkataan sabarku, maka aku pun akan mŭmliharakan dikau deripada waktu pŭrchobaan, yang akan datang ka’atas sluroh bumi, iya itu akan mŭnchobai sagala yang diam diatas muka bumi.

11Maka sŭsungguhnya, dŭngan sŭgranya aku akan datang, pŭganglah tŭgoh tŭgoh pŭrkara yang ada kapadamu itu, supaya jangan diambil ulih sa’orang juapun akan mahkotamu itu.

12Maka orang yang mŭnang, bahwa kujadikan dia itu satu tiang batu dalam kaabah Allahku, maka iya kŭlak tiada akan kluar lagi: maka aku akan mŭnyuratkan atasnya nama Allahku, dan nama nŭgri Allahku, iya itu Jarusalem yang bahru, yang kluar turon deri dalam shorga deripada Allahku: aku akan mŭnuliskan atasnya namaku yang bahru.

13Maka orang yang ada bŭrtŭlinga, handaklah iya mŭnŭngar akan pŭrkara yang dikatakan ulih Roh kapada sidang sidang jŭmaah itu.

14Bŭrmula tuliskanlah surat kapada mŭliekat sidang jŭmaah yang diLaodikia; maka inilah pŭrkara pŭrkara yang dikatakan ulih Amin, iya itu saksi yang sŭtiawan dan bŭnar, pŭrmulaan kajadian Allah;

15Bahwa kukŭtahuilah akan sagala pŭkŭrjaanmu, maka tiadalah angkau sŭjok atau panas: kusukai angkau sŭjok atau panas,

16Kalau bagitu, sŭbab angkau suam, iya itu tiada sŭjok atau panas, maka aku kŭlak akan mŭludahkan angkau kluar deri dalam mulotku.

17Sŭbab angkau bŭrkata, aku kaya, dan bŭrtambah tambah dŭngan harta, dŭngan tiada bŭrkorangan barang apa apa; tŭtapi tiada angkau katahui bahwa angkau chilaka, dan malang, dan miskin, dan buta, dan bŭrtŭlanjang:

18Maka aku nasihatkan akan dikau bŭlilah mas deripadaku yang tŭlah diuji dŭngan api, supaya angkau kŭlak mŭnjadi kaya; dan lagi pakiean putih, supaya angkau bŭrsalin, dan supaya malu tŭlanjangmu itu jangan klihatan; dan lantekkanlah matamu dŭngan chŭlak, supaya angkau bulih mŭlihat.

19Maka sŭbanyak orang yang kukasihi, maka kutŭngking dan kusŭsah: maka sŭbab itu handaklah angkau rajin, sŭrta bŭrtaubat.

20Maka tengoklah, aku ada bŭrdiri dipintu, sŭrta mŭngŭtok: jikalau barang siapa mŭnŭngar swaraku, dibukanya pintu, aku akan datang kapadanya, makan bŭrsama sama, dan iya bŭrsama dŭngan aku.

21Maka kapada orang yang mŭnang aku akan mŭngurniakan dia dudok bŭrsama sama dŭngan aku diatas arashku, spŭrti aku pun tŭlah mŭnang, dan ada dudok bŭrsama sama dŭngan Ayahku diatas arashnya.

22Maka barang siapa yang ada bŭrtŭlinga, handaklah didŭngarnya akan pŭrkara yang dikatakan ulih Roh kapada sidang sidang jŭmaah itu.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Wahyu 3 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel