Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Wahyu 9 >> 

FATSAL IX.

1SHAHADAN maka mŭliekat yang kalima itupun mŭniuplah nafirinya, maka kulihatlah sa’buah bintang gugor deri langit ka’atas bumi, maka kapadanyalah tŭlah dikurniakan anak kunchi kluboran yang tiada dapat tŭrduga itu.

2Maka dibukakannyalah kluboran yang tiada dapat tŭrduga itu, lalu bŭrbangkitlah asap deri dalamnya spŭrti asap kanhor yang bŭsar; sahingga glaplah matahari dan udara, deri kŭrna asap kluboran itu.

3Arkian kluarlah deri dalam asap itu bŭbrapa bŭlalang kunyit ka’atas bumi; maka kapadanya itulah tŭlah dikurniakan kwasa spŭrti kalajŭngking bŭrkwasa diatas bumi.

4Sŭrta dipŭsan pula padanya skalian supaya jangan dibinchanakannya rumpot rumpotan, atau barang tumboh tumbohan yang hijau, atau barang pohon kayu; mŭlainkan orang orang yang tiada bŭrmutrie Allah didahinya.

5Maka tŭlah dibri kwasa pula akan dia, supaya jangan dibunohnya marika itu, mŭlainkan supaya marika itu diseksakannya lima bulan lamanya: adapun seksanya itu adalah spŭrti seksa kalajŭngking, tŭtkala disŭngatnya manusia.

6Maka pada masa itulah bahru manusia mŭnuntut mati, tŭtapi tiada didapatinya akan dia; dan dikahandakinya akan mati, tŭtapi maut itu larilah deripadanya.

7Adapun rupa bŭlalang kunyit itu adalah spŭrti kuda kuda yang langkap akan prang; maka diatas kŭpalanya adalah spŭrti mahkota srupa mas, dan mukanya bagie muka manusia.

8Maka adalah iya bŭrambut spŭrti rambut pŭrampuan, dan giginya pun spŭrti gigi singa.

9Maka adalah iya itu bŭrbarut dada spŭrti barut dada deripada bŭsi, dan bunyi sayapnya bagie bunyi rata yang ditarek ulih bŭbrapa kuda dalam prang.

10Maka ada pula bagienya ekor spŭrti ekor kalajŭngking, dan adalah bŭrsŭngat diekornya itu, iya itu kwasanya akan mŭnyakiti manusia lima bulan lamanya.

11Maka adalah suatu raja pula atasnya, iya itu mŭliekat kluboran yang tiada dapat tŭrduga itu, maka namanya dalam bahsa Ibrani Abaddon, dan dalam bahsa Grika namanya Apollion.

12Adapun suatu bala tŭlah lalulah; maka sŭsungguhnya, akan datang pula dua bala lagi kumdian.

13Hata maka mŭliekat yang ka’anam itupun mŭniuplah nafirinya, maka kudŭngar suatu swara tŭrbit deripada ampat tandok tŭmpat pŭrsŭmbahan yang kaamasan yang ada dihalrat Allah itu,

14Katanya kapada ka’anam mŭliekat itu yang mŭmŭgang nafiri, Lŭpaskanlah ampat orang mŭliekat yang ada tŭrblunggu disungie Euphrates yang bŭsar itu.

15Maka ampat mŭliekat itupun dilŭpaskanlah, yang disŭdiakan dalam sa’jam, dalam sa’hari, dan dalam sa’bulan, dan dalam sa’tahun, supaya mŭmbunoh tiga bahgian manusia.

16Maka adalah banyak bilangannya bŭlatŭntara yang bŭrkaindraan diatas kuda itu dua ratus ribu; maka kudŭngar bilangannya.

17Maka dŭmkianlah prinya yang tŭlah kulihat sagala kuda itu dalam pŭnglihatan ini, dan orang orang yang mŭngindrai akan dia itu bŭrbarut dada api, dan biru langit, dan worna blerang; adapun kŭpala sagala kuda itu bagie kŭpala singa: maka kluarlah deri mulotnya api, dan asap, dan blerang.

18Maka dŭngan tiga inilah tŭlah tŭrbunoh tiga bahgian manusia dŭngan api, dan asap, dan blerang yang kluar deri pada mulot mulotnya.

19Kŭrna kwasanya itu mulotnya, dan ekornya; tŭgal ekornya itu sŭrupa dŭngan ular ada bŭrkŭpala, maka dŭngan itulah disakitinya.

20Maka orang orang yang tŭrtinggal yang tiada tŭrbunoh dŭngan bala itu tiadalah juga iya bŭrtaubat deripada pŭrbuatan tangannya, iya itu ta’patut disŭmbahnya Shietan, dan bŭrhala deripada mas, dan perak, dan tŭmbaga, dan batu, dan kayu, yang tiada dapat mŭlihat, dan mŭnŭngar, atau bŭrjalan:

21Maka tiada juga marika itu bŭrtaubat deripada mŭmbunoh orang, atau hubatan hubatan, atau bŭrzinah, atau mŭnchuri.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Wahyu 9 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2022
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran