Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 14 >> 

FATSAL XIV.

1BAHWA janganlah duka chita hatimu, kamu pŭrchayalah akan Allah, maka pŭrchayalah pula akan daku.

2Adapun dirumah Ayahku ada banyak tŭmpat diam, maka jikalau tiada kiranya dŭmkian, nŭschaya aku katakanlah padamu; maka aku pŭrgi ini, supaya aku sŭdiakan suatu tŭmpat bagiemu.

3Maka jikalau aku pŭrgi sŭrta kusŭdiakan tŭmpat bagiemu, maka aku akan datang kŭmbali mŭnyambut kamu bŭrsama sama, supaya barang dimana aku ada, maka kamu pun ada juga sŭrtaku.

4Dan kŭmana aku pŭrgi kamu tahu juga, dan jalan itu pun kamu tahu.

5Maka bŭrkatalah Thomas padanya, Tuhan, tiada kami kŭtahui kŭmanakah angkau handak pŭrgi, ŭntah bagimanakah bulih kita orang tahu jalannya itu.

6Maka bŭrkatalah Isa padanya, Bahwa aku inilah jalan, dan kŭbŭnaran, dan hayat itu; maka barang sa’orang pun tiada bulih mŭndapatkan kapada Ayah jikalau tiada dŭngan aku.

7Maka jikalau kamu mŭngŭnal aku, nŭschaya kamu mŭngŭnallah Ayahku pun; maka deri skarang inilah kamu mŭngŭnal akan dia, dan mŭlihat dia.

8Maka bŭrkatalah Filipus padanya, Tuhan, tunjokkanlah Ayah itu pada kami, maka chukoplah.

9Maka bŭrkatalah Isa padanya, Bŭgitu lama aku tŭlah bŭrsama sama dŭngan angkau, maka bŭlomkah angkau mŭngŭnal aku Filipus? Bahwa orang yang sudah mŭlihat aku, sŭrasa sudah mŭlihat Ayah; maka bagimanakah katamu, Tunjokkanlah Ayah itu pada kami?

10Tiadakah angkau pŭrchaya, bahwa aku ini ada dalam Ayah, dan Ayah itu pun ada didalamku? Adapun sagala pŭrkataan yang aku katakan padamu itu, bahwa bukannya itu deripada kahandak diriku, tŭtapi Ayah yang tinggal di dalamku, maka iyalah yang mŭngadakan sagala pŭrbuatan itu

11Pŭrchayalah ulih kamu skalian, bahwa aku ini ada didalam Ayah, dan Ayah didalam aku, atau pŭrchayalah akan daku ulih sŭbab sagala pŭrbuatan yang kuadakan itu.

12Maka sŭsungguh sungguhnya aku bŭrkata padamu, orang yang pŭrchaya kapadaku, bahwa sagala kŭrja yang aku pŭrbuat, maka iya pun akan bŭrbuat itu juga, dan yang lebih deripada itu pun iya akan bŭrbuat, kŭrna aku ini pŭrgi kapada Ayahku.

13Dan barang suatu apa yang kamu pinta dŭngan namaku, maka aku nanti adakan itu, supaya Ayah dipŭrmuliakan ulih Anak itu.

14Maka jikalau kamu mŭminta barang apa dŭngan namaku, maka aku akan mŭngadakan itu.

15¶ Adapun jikalau kamu mŭngasihi aku, bahwa handaklah kamu mŭmliharakan sagala hukumku.

16Maka aku akan mŭmohonkan kapada Ayah, dan iya nanti mŭmbri pŭnghiburan yang lain, supaya tinggal bŭrsama sama dŭngan kamu sampie slama lamanya.

17Iya itu Roh yang bŭnar yang tiada dapat ditrima ulih orang dunia, kŭrna iya tiada mŭlihat dia, dan tiada mŭngŭnal dia; tŭtapi kamu ini mŭngŭnal dia, kŭrna iya diam bŭrsama sama dŭngan kamu, dan iya itu kŭlak ada dalam kamu.

18Bahwa aku tiada akan mŭninggalkan kamu spŭrti anak anak piatu, maka aku akan datang kŭlak kapadamu.

19Bŭrmula maka skutika lagi lamanya orang dunia tiada akan mŭlihat aku lagi, tŭtapi kamu skalian akan mŭlihat aku; adapun sŭbab aku ini hidop, maka kamu pun akan hidop juga.

20Maka pada hari itulah kŭlak kamu akan mŭngŭtahui, bahwa aku ada dalam Ayah, dan kamu dalam aku, dan aku didalam kamu.

21Bahwa orang yang mŭmŭgang sagala hukumku, dan mŭmliharakan dia, maka iya itulah dia yang mŭngasihi aku, dan orang yang mŭngasihi aku, maka iya pun dikasih ulih Ayahku, dan lagi aku pun akan mŭngasihi dia, sŭrta aku mŭnyatakan diriku kapadanya.

22Maka bŭrkatalah Yudas, bukannya Iskariot, Tuhan, bagimanakah halnya angkau handak mŭnyatakan dirimu kapada kami, dan tiada pada orang isi dunia?

23Maka sahut Isa katanya, Jikalau orang mŭngasihi aku, maka dapat tiada iya mŭmliharakan pŭrkataanku, dan Ayahku pun akan mŭngasihi dia, dan kami akan datang kapadanya, dan diam bŭsŭrta dŭngan dia.

24Maka orang yang tiada mŭngasihi aku, maka tiada pula iya mŭmliharakan sagala pŭrkataanku; adapun pŭrkataan yang kamu dŭngar itu, bukannya aku yang punya dia, mŭlainkan pŭrkataan Ayah yang tŭlah mŭnyurohkan aku.

25Adapun sagala pŭrkara ini aku katakan padamu sŭlagi ada aku bŭrsama sama dŭngan kamu.

26Tŭtapi Pŭnghibur, iya itulah Roh Alkudus yang akan disurohkan ulih Ayah sŭbab namaku, maka iyalah nanti mŭngajar sagala pŭrkara itu padamu, sŭrta mŭngingatkan padamu akan sagala pŭrkara yang tŭlah kukatakan padamu.

27Maka aku tinggalkan slamat pada kamu, adapun aku mŭmbri slamatku kapadamu itu, bahwa bukannya aku mŭmbri itu kapada kamu spŭrti pŭmbrian orang dunia; maka janganlah hatimu mŭnjadi susah, atau jangan iya takot.

28Bahwa kamu tŭlah mŭnŭngar aku katakan, adapun aku akan pŭrgi, sŭrta datang kŭmbali kapadamu, maka jikalau kamu mŭngasihi aku, nŭschaya kamu suka chitalah, sŭbab aku tŭlah bŭrkata, bahwa aku pŭrgi kapada Ayah, kŭrna Ayahku itu lebih bŭsar deri padaku.

29Maka skarang pun bahwa aku katakan itu padamu sŭbŭlom jadinya, supaya apabila iya jadi kŭlak kamu bulih pŭrchaya.

30Kumdian deripada ini tiadalah aku mahu bŭrkata banyak lagi pada kamu, kŭrna pŭnghulu dunia datang, maka tiada iya akan bŭrulih barang suatu didalam aku.

31Tŭtapi supaya isi dunia ini tahu, bahwa aku mŭngasihi Ayah, dan spŭrti Ayah mŭmbri hukum padaku, dan dŭmkianlah kupŭrbuat; maka bangunlah, mari kita undor deri sini.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yohanes 14 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel