Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KEASBERRY1866]     [PL]  [PB] 
 <<  Yohanes 15 >> 

FATSAL XV.

1ADAPUN aku inilah pohon anggor yang bŭtol, dan Ayahku itu tukang kŭbon anggor itu.

2Maka barang sŭsuatu ranting yang dalam aku ini yang tiada bŭrbuah, maka dikŭratkannya; dan barang sŭsuatu yang bŭrbuah, maka disuchikannya akan dia, supaya lŭbat buahnya.

3Bahwa skarang kamu tŭlah suchilah dŭngan pŭrkataan yang tŭlah aku katakan padamu.

4Maka handaklah kamu diam dalam aku, dan aku pun diam dalam kamu; maka spŭrti ranting tiada bulih bŭrbuah deripada sŭndirinya jikalau tiada bŭrsuatu pada pohon anggor, maka dŭmkianlah juga kamu pun tiada bulih jikalau tiada diam dŭngan aku.

5Maka aku inilah pohon anggor, dan kamu rantingnya itu; maka orang yang bŭrsuatu dŭngan aku, dan aku pun dŭngan dia, maka iyalah akan mŭmbri buah banyak, kŭrna dŭngan tiada aku, tiada kamu bulih bŭrbuat barang suatu apa.

6Jikalau barang sa’orang tiada bŭrsuatu dŭngan aku, maka iya akan jadi spŭrti ranting yang tŭrbuang, lagi kring, maka iya itu dikumpolkan orang dibuangkan kŭdalam api, maka habislah kŭlak iya hangus.

7Adapun jikalau kamu diam dalam aku, dan pŭrkataanku pun tinggal didalam kamu, maka barang kahandakmu yang kamu pinta itu akan dibrikan padamu.

8Shahadan dŭngan dŭmkian itu juga Ayahku dipŭrmuliakan, jikalau kamu mŭngluarkan buah banyak, maka dŭngan dŭmkianlah juga kamu jadi murid muridku.

9Spŭrti Ayahku tŭlah mŭngasihi aku, dŭmkian lagi aku tŭlah mŭngasihi kamu, maka handaklah kamu tŭtap dalam pŭngasihanku.

10Maka jikalau kamu mŭmliharakan hukumku, maka kamu pun akan diam didalam pŭngasihanku, spŭrti aku juga tŭlah mŭmliharakan hukum Ayahku, dan diam didalam pŭngasihannya.

11Adapun sagala pŭrkara ini aku katakan padamu, supaya kasukaanku tŭtap didalam kamu, dan lagi supaya kasukaanmu pun bŭrlempahlah adanya.

12Maka inilah hukumku kapadamu, supaya kamu bŭrkasih kasihan sa’orang dŭngan sa’orang spŭrti aku tŭlah mŭngasihi kamu.

13Kapada sa’orang jua pun tiada pŭngasihan yang tŭrlebih deripada ini, iya itu jikalau sa’orang mŭnyŭrahkan jiwanya akan ganti sahabat sahabatnya.

14Bahwa kamu jadilah sahabat sahabatku, jikalau kamu bŭrbuat barang hukumanku.

15Maka tiadalah aku namai akan kamu hamba lagi, kŭrna hamba itu tiada tahu apa yang dipŭrbuat ulih tuannya; tŭtapi aku tŭlah mŭnamai kamu skalian sahabat, kŭrna sagala pŭrkara yang kudŭngar deri pada Ayahku itu tŭlah aku sampiekan kapadamu.

16Bahwa bukannya kamu yang mŭmileh aku, mŭlainkan aku yang mŭmileh kamu, dan mŭnŭntukan kamu, supaya kamu pun pŭrgi mŭngluarkan banyak buah, dan supaya buahmu kŭkallah adanya, dan supaya barang apa yang kamu pinta dŭngan namaku, maka Ayah akan mŭmbri kapadamu.

17Maka inilah hukumku kapadamu, supaya kamu bŭrkasih kasihan sa’orang dŭngan sa’orang.

18Maka jikalau isi dunia ini bŭnchi akan kamu, maka kamu mŭngŭtahui marika itu tŭlah mŭmbŭnchi aku, iya itu dahulu deripadamu.

19Maka jikalau kamu deri pada dunia, nŭschaya dikasihi ulih isi dunia akan orangnya; tŭtapi sŭbab kamu bukan deri pada dunia ini, mŭlainkan aku tŭlah mŭmileh kamu deripada isi dunia, maka sŭbab itulah isi dunia ini bŭnchi akan kamu.

20Bahwa ingatlah kamu akan pŭrkataan yang aku katakan padamu, bahwa sa’orang hamba tiada lebih deripada tuannya; maka jikalau marika itu bŭrbuat annyaya akan daku itu, nŭschaya iya akan bŭrbuat annyaya padamu, dan jikalau orang mŭmliharakan pŭrkataanku, nŭschaya iya mŭmliharakan pŭrkataan kamu.

21Tŭtapi sagala pŭrkara itu akan dipŭrbuat orang padamu sŭbab namaku, kŭrna marika itu tiada mŭngŭnal akan dia yang tŭlah mŭnyurohkan aku.

22Maka jikalau kiranya aku tiada datang mŭngatakan itu pada marika itu, maka tiada dosa pada marika itu, tŭtapi skarang tiadalah lagi bagienya daleh derihal dosanya.

23Maka barang siapa yang bŭnchi akan daku, iya itu sŭrasa mŭmbŭnchi akan Ayahku juga.

24Maka jikalau kiranya aku tiada bŭrbuat sagala pŭrbuatan itu diantara marika itu yang bŭlom dipŭrbuat ulih sa’orang lain pun, maka tiadalah bŭrdosa pada marika itu, tŭtapi skarang marika itu sudah mŭlihat, dan tŭlah mŭmbŭnchi kadua aku dan Ayahku.

25Tŭtapi iya itu tŭlah jadi, supaya gŭnaplah pŭrkataan yang tŭrsŭbut dalam tauretnya, Bahwa marika itu tŭlah bŭnchi akan daku dŭngan tiada sŭmŭna mŭna.

26Tŭtapi apabila datang Pŭnghibur yang aku akan mŭnyurohkan kapadamu deripada Ayah, iya itu Roh yang bŭnar yang kluar deripada Ayah, maka iya juga akan bŭrsaksi derihal aku.

27Maka kamu pun akan mŭnjadi saksi juga, sŭbab kamu sudah bŭsŭrta dŭngan aku deri pada mulanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Yohanes 15 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
© 2010-2020
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel

Laporan Masalah/Saran