Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  1 Petrus 5 >> 

Jemaah umat Allah

1Kepada tua-tua jemaah di kalanganmu, kutujukan pesanan ini. Aku, sebagai seorang tua-tua juga yang telah menyaksikan penderitaan al-Masih dan yang akan turut dimuliakan apabila kemuliaan-Nya ternyata, menyerumu:

2Jagalah jemaah Allah sekitarmu seperti gembala menjaga kawanan domba. Awasi mereka

3bukan sebagai tuan bagi mereka yang diamanahkan kepadamu, tetapi sebagai teladan untuk mereka.

4Apabila Gembala Agung datang kelak, kamu akan menerima mahkota kemuliaan yang kekal.

5Demikian juga kamu, orang muda, tunduklah kepada orang tua yang memimpinmu. Ya, kamu semua hendaklah saling menghormati dan merendah diri, kerana, ‘Allah menentang orang yang angkuh tetapi menganugerahi orang yang rendah hati.’

6Oleh itu, rendahkan dirimu di bawah kuasa Allah, supaya kamu ditinggikan-Nya pada waktu yang telah ditetapkan.

7Serahkan segala kerunsinganmu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentangmu.

8Kawallah dirimu dan berwaspadalah, kerana musuhmu Iblis merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa.

9Lawanlah Iblis dengan iman yang teguh. Kamu tahu bahawa penderitaan yang sama sedang ditanggung oleh saudara-saudara seimanmu serata dunia.

10Tetapi setelah kamu menderita beberapa waktu, Allah, sumber segala kasih kurnia, yang telah memanggil kamu untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, akan menyempurnakan, menegakkan, mengukuhkan dan menenteramkan kamu.

11Bagi Allah segala kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya. Amin.

Salam akhir

12Aku menulis surat ringkas ini kepadamu dengan pertolongan Silwanus, yang kuanggap saudara kita yang setia. Tujuanku ialah menasihatimu dan memberi ringkasan kesaksianku bahawa inilah kasih kurnia sejati daripada Allah untukmu. Berdiri teguhlah di dalamnya.

13Jemaah di Babel, yang sepertimu juga dipilih Allah, berkirim salam kepadamu, begitu juga anakku Markus.

14Bersalamanlah dengan kasih sayang. Selamat sejahtera kepada kamu semua milik al-Masih.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  1 Petrus 5 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel