1Surat ini daripada Paulus, Silwanus dan Timotius, Kepada jemaah di Tesalonika dalam Allah Bapa dan Junjungan Isa al-Masih: Kasih kurnia dan sejahtera menyertai kamu.
Ucapan syukur
2Kami sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu semua dan menyebut nama-namamu dalam doa kami.
3Kami sentiasa ingat betapa kamu telah bekerja dalam iman, berusaha dengan kasih dan bersabar dengan sepenuh harapan kepada Junjungan Isa al-Masih kita di hadapan Allah Bapa kita.
4Saudara-saudara yang dikasihi, kami tahu bahawa Allah telah memilihmu.
5Kerana Injil yang kami beritakan itu telah sampai kepadamu bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan kuasa, dengan Roh Suci dan dengan keyakinan kukuh. Kamu tahu akan sifat dan kehidupan kami sewaktu bersamamu demi kebaikanmu.
6Kamu mengikut teladan kami dan teladan Junjungan. Walaupun kamu banyak menanggung kesengsaraan, namun kamu menyambut khabar itu dengan sukacita yang datang daripada Roh Suci.
7Oleh yang demikian kamu menjadi teladan kepada semua orang beriman di Makedonia dan Akhaya.
8Firman Tuhan tersebar bukan sahaja di Makedonia dan Akhaya malah di serata tempat. Mereka telah mendengar tentang imanmu kepada Allah, maka kami tidak perlu berkata apa-apa lagi.
9Mereka sendiri menceritakan bahawa kamu telah menyambut kami dengan baik apabila kami mengunjungimu dulu, bahawa kamu berpaling daripada menyembah berhala untuk menyembah Allah Yang Hidup dan Benar,
10dan untuk menantikan kedatangan Putera-Nya dari syurga, yang telah dibangkitkan Allah daripada kematian