Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 103 >> 

1Mazmur Daud. Pujilah TUHAN, wahai jiwaku; dan segala yang dalamku, pujilah nama-Nya yang suci.

2Pujilah TUHAN, wahai jiwaku, dan jangan lupakan segala rahmat-Nya

3Dia mengampunkan segala dosamu Dia menyembuhkan segala penyakitmu,

4Dia menyelamatkan nyawamu daripada kemusnahan Dia memahkotakanmu dengan kasih sayang dan belas kasih,

5Dia memuaskan hasratmu dengan yang baik supaya usia mudamu dibaharui seperti burung helang.

6TUHAN menjalankan kebenaran dan keadilan bagi semua yang tertindas.

7Dia memberitahu jalan-Nya kepada Musa, perbuatan-Nya kepada kaum Israel:

8TUHAN penuh belas kasihan dan kasih kurnia, panjang sabar serta melimpah kasih-Nya.

9Dia tidak sentiasa memarahi kita, dan tidak menyimpan kemarahan-Nya untuk selama-lamanya;

10Dia tidak memperlakukan kita berdasarkan dosa kita dan tidak menghukum kita setimpal dengan kesalahan kita.

11Kerana sebagaimana tingginya langit di atas bumi, demikianlah limpah kasih-Nya kepada orang yang takut kepada-Nya;

12sebagaimana jauhnya timur dari barat, begitulah jauhnya Dia telah membuang keingkaran kita daripada diri kita.

13Sebagaimana bapa mengasihani anak-anak, demikianlah TUHAN mengasihani orang yang takut kepada-Nya;

14kerana Dia tahu bagaimana kita dibentuk, Dia ingat bahawa kita adalah debu.

15Hidup manusia seperti rumput, seperti bunga di padang, begitulah dia berkembang;

16angin meniupnya, maka tiadalah dia lagi, dan tempatnya dahulu tidak mengingatinya.

17Tetapi kasih TUHAN dari selama-lamanya sampai selama-lamanya bagi mereka yang takut kepada-Nya, dan kebenaran-Nya sampai ke anak cucu

18kepada mereka yang mematuhi perjanjian-Nya dan kepada mereka yang mengingati ajaran-ajaran-Nya.

19TUHAN telah menempatkan takhta-Nya di syurga, dan kerajaan-Nya memerintah semua yang ada.

20Pujilah TUHAN, hai kamu para malaikat-Nya yang amat gagah perkasa, yang menjalankan firman-Nya dan sentiasa mendengar suara firman-Nya.

21Pujilah TUHAN, hai kamu semua alam semesta-Nya, kamu para hamba-Nya yang melakukan apa yang diredai-Nya.

22Pujilah TUHAN, segala hasil kerja-Nya di semua tempat yang dikuasai-Nya.Pujilah TUHAN, wahai jiwaku.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 103 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
© 2010-2023
Alkitab.SABDA.org

Android.SABDA.org
SABDA.mobi
Bantuan
Dual Panel Dual Panel

Laporan Masalah/Saran