1Nyanyian ziarah. Kepada-Mu kuangkat mataku, wahai Engkau yang berada di langit.
2Lihatlah, sebagaimana mata hanya memandang ke tangan tuannya, sebagaimana mata jariah memandang ke tangan tuan perempuannya,demikianlah mata kami memandang kepada Allah Tuhan kami, sehingga Dia berbelas kasihan kepada kami.
3Kasihanilah kami, Ya TUHAN, kasihanilah kami, kerana kami sangat tertekan oleh penghinaan.
4Jiwa kami sebak kerana dicemuh oleh orang yang bongkak, dan dihina oleh orang yang sombong.