Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 136 >> 

1Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana kebaikan-Nya. Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

2Bersyukurlah kepada TUHAN segala tuhan: Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

3Bersyukurlah kepada Junjungan segala junjungan: Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

4kepada Dia yang satu-satunya melakukan keajaiban besar, Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

5kepada Dia yang dengan kebijaksanaan menjadikan langit, Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

6kepada Dia yang membentangkan bumi di atas perairan, Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

7kepada Dia yang menjadikan cahaya-cahaya besar

8matahari untuk memerintah sewaktu siang, Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

9bulan dan bintang untuk memerintah sewaktu malam; Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

10kepada Dia yang memusnahkan anak sulung Mesir Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

11dan mengeluarkan kaum Israel dari kalangan mereka Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

12dengan tangan yang perkasa, dan lengan yang dihulurkan; Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

13kepada Dia yang membelah Laut Merah Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

14dan membolehkan kaum Israel berjalan melaluinya, Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

15tetapi menewaskan Firaun dan tenteranya di Laut Merah; Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

16kepada Dia yang memandu umat-Nya merentas gurun, Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

17kepada Dia yang menggulingkan raja-raja besar, Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

18dan membunuh raja-raja yang masyhur

19Sihon raja orang Amori Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

20dan Og raja Bashan

21dan memberikan tanah mereka sebagai warisan, Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

22warisan kepada hamba-Nya Israel; Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

23kepada Dia yang ingat kepada kita sewaktu kita tertindas Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

24dan menyelamatkan kita daripada musuh kita, Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

25Dia memberi makanan kepada semua makhluk. Kasih-Nya kekal selama-lamanya.

26Bersyukurlah kepada Allah Tuhan syurga. Kasih-Nya kekal selama-lamanya.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 136 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel