Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 22 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu ‘Rusa Subuh’. Mazmur Daud. Ya Allah, Ya TUHANku, mengapa Kau tinggalkan aku? Mengapa Engkau terlalu jauh untuk menolongku, dan untuk mendengar kata-kata rintihanku?

2Ya Allah Tuhanku, aku meratap sepanjang siang, tetapi Engkau tidak mendengar, dan semalaman aku tidak berhenti merayu.

3Tetapi Engkau suci; bertakhta di atas puji-pujian umat Israel.

4Nenek moyang kami percaya kepada-Mu; mereka percaya dan Engkau menyelamatkan mereka.

5Mereka merayu kepada-Mu, lalu mereka diselamatkan; mereka percaya kepada-Mu, dan tidak kecewa.

6Tetapi aku makhluk melata, bukan manusia, dikeji dan dihina orang.

7Semua yang melihatku mentertawakanku; mereka mencaciku, menggeleng kepala, sambil berkata:

8‘Dia percaya kepada TUHAN; biar TUHAN selamatkan dia.Biar TUHAN lepaskan dia, kerana TUHAN berkenan kepadanya.’

9Tetapi Engkaulah yang mengeluarkan aku dari rahim; Engkau membuat aku percaya ketika masih disusui ibuku.

10Aku diserahkan kepada-Mu sejak lahir; semenjak di rahim ibuku lagi Engkaulah Allah Tuhanku.

11Janganlah jauh daripadaku, kerana kesusahan dekat denganku dan tiada siapa yang menolong.

12Banyak lembu jantan mengelilingiku; lembu jantan Bashan yang kuat telah mengepungku.

13Mereka merenungku dengan mulut ternganga seperti singa yang mengaum ganas.

14Aku dicurah keluar seperti air, dan semua tulangku terseliuh daripada sendinya.Hatiku seperti lilin; dan telah cair dalam diriku.

15Kekuatanku telah kering-kontang, dan lidahku melekat ke langit-langitku; Engkau telah membawaku ke debu maut.

16Anjing-anjing telah mengelilingiku; gerombolan orang durjana mengepungku, mereka telah menembusi tangan dan kakiku.

17Aku dapat membilang semua tulangku; mereka membelalak merenungku.

18Mereka membahagikan pakaianku antara mereka dan untuk itu mereka membuang undi.

19Tetapi Engkau, Ya TUHAN, janganlah jauh daripadaku; Ya TUHAN kekuatanku, segeralah datang menolongku.

20Selamatkan aku daripada pedang, dan nyawaku yang satu-satunya daripada cengkaman.

21Selamatkan aku daripada mulut singa; dan daripada tanduk lembu liar.

22Aku akan mengisytiharkan nama-Mu kepada saudara-saudaraku; di tengah-tengah perhimpunan aku akan memuji-Mu.

23Kamu yang takut akan TUHAN, pujilah Dia! Semua kamu zuriat Yakub, muliakan TUHAN! Dan takutilah Dia, semua kamu anak cucu Israel!

24Kerana Dia tidak menghina atau menjijikkan derita orang yang menderita;dan Dia tidak menyembunyikan wajah-Nya daripada dia. Apabila dia berseru kepada-Nya, Dia mendengar.

25Pujuan-pujian aku untuk-Mu kelak di perhimpunan besar; aku akan menunaikan sumpahku di hadapan mereka yang takut akan Dia.

26Orang miskin akan makan sehingga puas; mereka yang mencari TUHAN akan memuji-Nya

27Setiap pelosok dunia akan ingat dan berpaling kepada TUHAN,dan semua suku bangsa akan menyembah-Mu,

28kerana kerajaan milik TUHAN dan Dia memerintah segala bangsa.

29Semua orang yang makmur di bumi akan berjamu dan menyembah TUHAN; semua yang turun ke debu akan tunduk kepada-Nya

30Orang kemudian akan melayani-Nya; perihal TUHAN akan disampaikan kepada keturunan akan datang.

31Mereka akan datang mengisytiharkan kebenaran-Nya kepada bangsa yang akan lahir


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 22 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel