Alkitab Mobile SABDA
[VER] : [KSZI]     [PL]  [PB] 
 <<  Mazmur 59 >> 

1Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu ‘Jangan Binasakan’. Mazmur Daud, ketika Saul menghantar orang mengawasi rumah Daud untuk membunuhnya. Selamatkan aku daripada musuhku, Ya Allah; pertahankan aku daripada mereka yang bangkit menyerangku.

2Selamatkan aku daripada orang yang melakukan kejahatan dan lindungi aku daripada manusia yang dahagakan darah.

3Lihatlah, mereka mengendap menanti untuk meragut nyawaku! Orang yang berkuasa berpakat menentangku bukan kerana apa-apa kesalahan atau dosaku, Ya TUHAN.

4Mereka bersiap-siap menyerangku, sedangkan aku tidak bersalah. Bangunlah untuk menolongku; lihatlah!

5Ya Allah, TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Tuhan Israel, bangunlah dan hukumlah segala bangsa itu; jangan kasihani mereka yang zalim dan berdosa.

6Pada waktu senja mereka datang lagi, menderam seperti anjing, dan mengelilingi kota.

7Mulut mereka meluahkan kata-kata

8Tetapi Engkau, Ya TUHAN, akan mentertawakan mereka; Engkau akan menjadikan segala bangsa itu bahan ejekan.

9Ya, Kekuatanku, aku akan menanti-Mu dengan penuh keyakinan; Ya Allah Yang Maha Kuasa, Allah Pelindungku.

10Allah yang mengasihiku akan datang kepadaku Allah akan menunaikan permohonanku tentang musuhku.

11Jangan terus matikan mereka, Ya TUHAN, takut nanti kaumku lupa.Pecah-belahkan mereka dengan kekuasaan-Mu, dan jatuhkan mereka, Ya TUHAN, perisai pelindung kami.

12Kerana kelancangan mulut mereka, melemparkan kata- kata berdosa, biarlah mereka disambar di tengah-tengah keangkuhan mereka.Dan kerana mereka menyumpah dan berdusta,

13musnahkan mereka dalam kemurkaan-Mu, musnahkan mereka, supaya mereka tidak wujud lagi.Dan tunjukkan bahawa Allah memerintah dalam Yakub, dan setiap pelosok bumi.

14Pada waktu senja mereka datang lagi, mereka menderam seperti anjing, dan mengelilingi kota.

15Mereka merayau-rayau mencari makanan dan melolong jika tidak kenyang.

16Tetapi aku akan menyanyi tentang kekuasaan-Mu, ya, aku akan menyanyi setiap pagi dengan nyaring tentang kasih-Mu;kerana Engkau pelindungku, dan penaungku pada waktu kesusahan.

17Untuk-Mu, Ya Allah, kekuatanku, aku akan menyanyikan puji-pujian; kerana Allah Pelindungku, Allah yang mengasihiku.


  Share Facebook  |  Share Twitter

 <<  Mazmur 59 >> 


Bahan Renungan: SH - RH - ROC
Download
Alkitab ANDROID
Kamus Alkitab
Kamus Bahasa
Kidung Jemaat
Nyanyikanlah Kidung Baru
Pelengkap Kidung Jemaat
Alkitab.mobi
Copyright
Alkitab.SABDA.org
Android.SABDA.org
SABDA.APP
BaDeNo
Bantuan
Dual Panel Dual Panel